Isnin, 7 Disember 2015

DAP pula serang PAS ekoran kenyataan Mat Sabu

s Oleh Azizul Osman 

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Selepas PAS mendakwa Mohamad Sabu menjadi jurucakap kepada DAP, Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng pula menuduh parti Islam itu lebih berkemungkinan menjadi jurucakap kepada Umno-Barisan Nasional (BN).
 
Memetik laporan Malaysian Insider hari ini, Guan Eng berkata PAS seakan menjadi jurucakap kepada kerajaan apabila bekas Naib Presidennya Nasharudin Mat Isa kini bersama kerajaan.
 
Dakwa Guan Eng, Nasharudin yang kini dilantik mengetuai Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Putrajaya disifatkan lebih teruk daripada Mohamad Sabu yang kini menjadi Presiden Amanah.
 
"Tidak seperti Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS yang dilantik Perrdana Menteri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif GMM.
 
"Saya fikir PAS lebih berkemungkinan jadi jurucakap Umno, MCA, MIC, Gerakan kerana Nasharudin dilantik kerajaan BN," kata Guan Eng seperti yang dilaporkan.
 
Guan Eng membuat kenyataan itu selepas merasmikan konvensyen negeri Wilayah Persekutuan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.
 
Kenyataan itu seakan 'memulakan serangan peribadi' terhadap kenyataan PAS semalam yang mendakwa Mohamad Sabu kini menjadi jurucakap kepada DAP.
 
Menjawab perkara itu, Guan Eng berkata Mohamad Sabu atau Mat Sabu sudah tidak diberi apa-apa imbuhan untuk khidmat beliau selaku lembaga pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan memegang jawatan sebagai pengarah Penang International Halal Hub selepas melepaskan jawatan berkenaan secara terbuka Jun lalu.
 
Ia ekoran pendirian PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP yang diputuskan di Muktmar PAS di Kuala Selangor, sewaktu Mat Sabu gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS yang disandang beliau.
 
Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan Mat Sabu yang mengaitkan PAS dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) mengesahkan yang beliau ialah jurucakap DAP.
 
"Ini tidak benar. Saya setiausaha agung DAP, saya tidak boleh menjadi jurucakap Amanah. Mat Sabu bukan setiausaha agung DAP, dia tidak boleh menjadi jurucakap DAP. Dia hanya boleh menjadi jurucakap Amanah.
 
"Semasa beliau (Mat Sabu) dalam PAS, beliau mendapat elaun. Tetapi apabila beliau meninggalkan PAS, meletak jawatan dan membantu secara sukarela, beliau tidak mendapat apa-apa dari negeri ini. Sebaliknya, Nasharudin dibayar kerajaan BN", tegas Guan Eng.
 
 

Tiada ulasan: