Jumaat, 25 Disember 2015

Anak kedua Anwar dimasukkan ke hospital

Nurul Nuha Anwar
Nurul Nuha Anwar - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


SHAH ALAM – Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha disahkan dimasukkan di hospital swasta di Kota Damansara, sejak semalam.

Perkara itu disahkan oleh ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Menurut Wan Azizah, Nurul Nuha yang kini mengandungkan anak ketiga terjatuh di rumahnya dan terpaksa ditahan di hospital untuk pemantauan lanjut.

“Tak ada apa-apa. Nurul Nuha bukan stress, cuma sibuk dengan anak-anaknya yang masih kecil.

"Pagi itu (hari kejadian) Nurul Nuha nak cepat kerana anak kedua Nurul Nuha asyik menangis,” katanya ketika ditemui Sinar Online, hari ini.

Kata Wan Azizah lagi, apa yang berlaku tidak memberi kesan kepada kandungan Nurul Nuha.

“Dia terjatuh dan hanya mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya lagi.


Tiada ulasan: