PRK Rompin Grafik Sinar Online
 
 
 
SHAH ALAM - Kerjasama Pemuda Pas dan Pas Rompin untuk menghangatkan lagi PRK Rompin berjalan dengan lancar setakat ini.
 
Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, setakat ini pihaknya diberi ruang secara terbuka untuk menggerakkan jentera mereka dalam kempen PRK Rompin.
 
“Jentera Pemuda Pas sudah digerakkan. Setakat ini kerjasama kami (Pemuda Pas dan Pas Rompin) berjalan dengan baik dan tidak ada masalah.
 
“… Rompin tak apa, ‘no problem’ (tidak ada masalah),” katanya kepada Sinar Online menerusi aplikasi sosial WhatsApp, hari ini.
 
Pas pada sidang media 13 April lalu, Pas menyampaikan isyarat jelas bahawa pihaknya akan terus memperkukuh kedudukan di Rompin, dalam masa yang sama membantu rakan serumpunnya, PKR dalam mengekalkan kemenangan di PRK Permatang Pauh.
 
PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.