Khamis, 9 April 2015

PAS tawar bantuan dana untuk polis jumpa Sirul

MALAYSIAKINI


 


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau sedia membantu kewangan polis untuk bertemu dengan Sirul Azhar Umar yang disabit kesalahan membunuh Altantuya Shaaariibu, jika pihak berkuasa itu kekurangan dana.

“Jika polis tiada wang untuk bayar pada pegawainya, saya akan cari penaja yang boleh bayar kepada polis dan IGP (ketua polis negara) untuk ke sana (Australia),” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 3 April berkata polis telah menjalankan siasatan terhadap semua dakwaan terbaharu dibangkitkan Sirul dan berpendapat tidak mempunyai apa-apa untuk meneruskan siasatan.

Mengulas gesaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahthir Mohamad, Khalid berkata polis telah bertemu Sirul yang berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia untuk diambil keterangan berhubung semua dakwaan yang dibuatnya itu.

Sirul menafikan perkara itu dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Sementara itu, Mahfuz juga mengesahkan bahawa ibu Sirul , Piah Samad, telah bertemu dengan Mahathir di pejabatnya di Putrajaya semalam.

“Betul, saya bawa ibu Sirul dan pakciknya bertemu Mahathir di pejabat Yayasan Perdana di Putrajaya semalam,” katanya.


Tiada ulasan: