Ahad, 12 April 2015

Ismail: Saya tidak samakan Najib dengan Allah

MALAYSIAKINI


 


Menteri Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan sebuah laporan akhbar Sabah bahawa beliau berkata tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti tidak mempercayai Allah.

Beliau mengulas satu artikel Daily Express bertajuk 'Umat Islam tidak percaya Najib tidak percaya Allah', berhubung Najib bersumpah tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Itu tidak benar, dalam ucapan saya, saya berkata Najib telah bersumpah dalam masjid, 'Wallahi, Wabillahi, Wattalahi' (bersumpah dengan nama Allah sebagai saksi).

"Sebagai seorang Muslim, kita harus percaya kepadanya dengan sumpahnya," katanya melalui satu kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Keratan laporan The Daily Express sedang tersebar di media sosial dengan ramai yang mengkritik Ismail sebagai pembodek.

Najib pada wawancara yang dirakam dengan TV3 pada Khamis berkata beliau bersumpah laknat pada 2008 bahawa beliau tidak tahu Altantuya.

Beliau dengan tegas menafikan sebarang penglibatan dalam pembunuhan pada 2006, yang menyaksikan badan Altantuya diletupkan dengan bahan letupan.


Tiada ulasan: