Isnin, 2 Februari 2015

Mustafa mahu jumpa Anwar jelaskan isu PBT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
 
PETALING JAYA: Datuk Mustafa Ali akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pertelingkahan beliau dengan Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng bersabit isu pilihanraya untuk ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 
 
Menurut Setiausaha Agung PAS itu, pertemuan itu adalah bagi membolehkan beliau memberi maklumat terperinci mengenai kemelut berkenaan yang menjadi duri dalam daging terbaru hubungan PAS-DAP. 
 
"Saya akan berjumpa Datuk Seri Anwar dalam masa terdekat. Hanya saya dan beliau...tanpa orang lain termasuk Guan Eng.
 
"Dalam pertemuan itu nanti saya akan jelaskan apa yang sebenarnya berlaku," katanya kepada mStar Online. 
 
 Ahad lalu, Anwar menggesa Mustafa dan Guan Eng supaya menyelesaikan perselisihan antara mereka secepat mungkin sebelum 10 Februari iaitu tarikh Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusannya berhubung rayuan terakhir beliau dalam kes sodominya.
 
Pada 28 Januari lalu, Mustafa menggelar Guan Eng bermulut celupar dan berbohong serta mencabar Setiausaha Agung DAP untuk berdebat berhubung isu pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP. Setakat ini Guan Eng belum menyahut cabaran itu. 
 
 Guan Eng dilaporkan terlebih dahulu menuduh Mustafa berbohong kerana mendakwa beliau (Mustafa) bersetuju dengan pilihan raya PBT sedangkan pemimpin PAS itu menafikannya.
 
Mengulas lanjut Mustafa berkata, sehingga kini beliau belum menerima sebarang maklum balas daripada Guan Eng berhubung cabarannya minggu lalu.
 
"Tak ada...beliau atau wakilnya tidak menghubungi saya lagi. Saya masih menunggu," katanya.

Tiada ulasan: