MALAYSIAKINI
Kitab seks kuno India, Kama Sutra kini mempunyai saingan baru.
Ia bukan dari segi teknik, tetapi daripada segi harga apabila sebuah
kitab seks kurun ke-17 Inggeris dijual pada harga sekurang-kurangnya
GBP65,000 (RM351,000).
Berjudul Aristoteles Masterpiece, kitab terbitan tahun 1684
tanpa nama pengarang itu membicarakan segalanya daripada "penggunaan dan
tindakan kemaluan" sehinggalah "kelahiran gergasi dan punca-puncanya",
lapor The Guardian.
Namun jangan keliru dengan tajuknya, kitab ini bukan dikarang oleh Aristotle dan bukan juga dianggap sebagai satu karya agung.
Kitab tersebut membicarakan seks secara berterus terang dan antara
perkara yang dihuraikan adalah cara mendapatkan bayi lelaki atau
perempuan dan "posisi perempuan yang sepatutnya selepas melakukan
hubungan badan".
Walaupun bukan karya agung, kitab yang cuma tinggal tiga naskhah ini
pernah disebut dalam karya agung James Joyce, Ulysses pada tahun 1922.
“Encik Bloom menyelak dengan malas helaian-helaian.... Aristotles Masterpiece,” tulis James Joyce.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan