Isnin, 2 Februari 2015

Fazura sindir peminat kerana dituduh menjadi penyebab Virus terkeluar

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Kegagalan kumpulan Virus untuk mara ke peringkat akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) menyebabkan segelintir peminat kumpulan tersebut menuding jari kepada salah seorang juri, Nur Fazura Sharifudin.
 
Nur Fazura dikatakan menjadi penyebab kumpulan yang dianggotai Yus, Zizan dan Tauke itu tersingkir dalam saingan Jumaat lalu.
 
 
Ini kerana Fazura sebelum ini pernah menegur salah seorang anggota kumpulan itu, Zizan, yang disifatkannya berlagak kerana menyampuk sewaktu beliau memberi komen. 
 
Salah seorang peminat kumpulan itu 'menyerang' Nur Fazura di laman Instagram dengan mengatakan teguran Fazura terhadap Zizan menjadi faktor kumpulan iu tersingkir, selain mengatakan pelakon itu tidak sesuai menjadi juri program realiti lawak berkenaan.
 
 
Bengang dengan komen peminat berkenaan, Fazura bertindak membalas kembali komen berkenaan dengan penuh sinis.
 
Dalam saingan separuh akhir MLM2014, Jumaat lalu, lima peserta yang mara ke peringkat akhir pada 6 Februari ini ialah Nabil, Bocey, Zero, Sepahtu dan Shiro.

Tiada ulasan: