Sabtu, 28 Februari 2015

Haji Hadi Wajar Dilantik Mursyidul Am PAS, Lepaskan Jawatan Presiden

KELAB GREENBOC



PAS Batu mahu Abdul Hadi jadi Mursyidul Am

Di tengah-tengah kemelut PAS dengan PasMa tiba-tiba ada satu bahagiannya menyarankan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi presiden.

PAS Kawasan Batu melalui Yang Dipertuanya, Ishak Surin mahu Abdul Hadi berbuat demikian pada pemilihan Muktamar PAS ke 61 Mei ini.

Katanya, ia bagi memberi laluan kepada tokoh baharu untuk mengepalai parti Islam terbesar itu.

“Saranan ini tidak bermaksud PAS Kawasan Batu mahu mengetepikan beliau dalam arus perdana politik tanahair, sebaliknya mencadangkan tokoh karismatik PAS ini diangkat lebih tinggi mengetuai Majlis Syura Ulama (MSU) sebagai Mursyidul Am bagi mengggantikan murabbi ummah, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Ishak seterusnya memberitahu, sesuai dengan kedudukan Abdul Hadi di peringkat antarabangsa selaku Naib Kesatuan Ulama Sedunia, menjulangnya sebagai Mursyidul Am adalah sangat tepat, efisyen dan mampu membawa PAS menangani pelbagai isu dalaman, tempatan dan antarabangsa, lapor MalaysiaGazette.

PAS Kawasan Batu juga bersikap terbuka dalam pemilihan pucuk pimpinan parti yg diizinkan oleh Perlembagaan PAS dan tidak mustahil boleh berlaku pertandingan pada semua jawatan utama termasuk kerusi nombor satu PAS pada pemilihan kali ini, katanya.

“Bagi menjaga keutuhan jemaah dan mengecilkan sikap berpuak-puak yang mula menular ketika ini, maka PAS Kawasan Batu mohon Tuan Guru Abdul Hadi mempertimbangkan saranan ini dan melihat ianya sesuatu yang positif dalam jaringan mata rantai perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS,” ujarnya.

Untuk rekod, jawatan Mursyidul Am PAS diwujudkan pada era kepimpinan ulama, dan Yang DiPertua Agong Pas ketika itu, Haji Yusuf Rawa menjadi Mursyidul Am yg pertama sebaik melepaskan jawatan Yang DiPertua Agong (Presiden) pada masa tersebut.

Tempat kosong yang ditinggalkan oleh Yusuf itu kemudiannya diisi oleh Fadzil Mohd. Noor sebagai Presiden.

Setelah Yusuf Rawa meninggal dunia, jawatan Mursyidul Am diamanahkan pula kepada Nik Aziz.

Sehubungan itu, PAS Kawasan Batu berkeyakinan penuh, jika diterima saranan itu, kepimpinan Abdul Hadi mampu memperkasakan MSU sebagai badan yang berwibawa dalam memandu jemaah berada pada landasan yang tepat, progresif, dirahmati dan mendapat limpahan redha Allah. -FMT


SARAN TG ABDUL HADI BERI LALUAN TOKOH BAHARU ISI KERUSI PRESIDEN, PERKASAKAN MSU JADI MURSYIDUL AM PAS

1. Pas Kawasan Batu menyarankan agar Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi Presiden pada pemilihan Muktamar Pas ke 61, Mei ini, bagi memberi laluan kepada tokoh baharu untuk mengepalai parti Islam terbesar ini.

2. Saranan ini tidak bermaksud Pas Kawasan Batu mahu mengetepikan beliau dalam arus perdana politik tanahair, sebaliknya mencadangkan tokoh karismatik Pas ini diangkat lebih tinggi mengetuai Majlis Syura Ulama (MSU) sebagai Mursyidul Am bagi mengggantikan murabbi ummah, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu.

3. Sesuai dengan kedudukan Tuan Guru Abdul Hadi di peringkat antarabangsa selaku Naib Kesatuan Ulama Sedunia, menjulangnya sebagai Mursyidul Am adalah sangat tepat, efisyen dan mampu membawa Pas menangani pelbagai isu dalaman, tempatan dan antarabangsa.

4. Pas Kawasan Batu juga bersikap terbuka dalam pemilihan pucuk pimpinan parti yg diizinkan oleh Perlembagaan Pas dan tidak mustahil boleh berlaku pertandingan pada semua jawatan utama termasuk kerusi nombor satu Pas pada pemilihan kali ini.

5. Bagi menjaga keutuhan jemaah dan mengecilkan sikap berpuak-puak yang mula menular ketika ini, maka Pas Kawasan Batu mohon Tuan Guru Abdul Hadi mempertimbangkan saranan ini dan melihat ianya sesuatu yg positif dalam jaringan mata rantai perjuangan Islam yg dibawa oleh Pas.

6. Untuk rekod, jawatan Mursyidul Am Pas diwujudkan pada era kepimpinan ulama, dan Yang DiPertua Agong Pas ketika itu, Haji Yusuf Ar Rawa menjadi Mursyidul Am yg pertama sebaik melepaskan jawatan Yang DiPertua Agong (Presiden) pada masa tersebut.

7. Tempat kosong yg ditinggalkan oleh Hj Yusuf Ar Rawa itu kemudiannya diisi oleh Tuan Guru Dato' Fadzil Mohd Noor sebagai Presiden. Setelah Hj Yusuf Ar Rawa meninggal dunia, jawatan Mursyidul Am diamanahkan pula kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

8. Sehubungan itu, Pas Kawasan Batu berkeyakinan penuh, jika diterima saranan ini, kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi mampu memperkasakan MSU sebagai badan yang berwibawa dalam memandu jemaah berada pada landasan yang tepat, progresif, dirahmati dan mendapat limpahan redha Allah SWT.

KENYATAAN MEDIA,
HAJI ISHAK BIN SURIN
Yang DiPertua Pas
Kawasan Batu, Kuala Lumpur
26 Februari 2015

ULASAN GB

Alhamdulillah.

GB sudah lama mengusulkan supaya TGHH diangkat menjadi Mursyidul Am PAS, iaitu sebelum TG Nik Aziz kembali ke rahmatullah lagi. Di dalam satu entri pada 26 Ogos 2014 GB telah menulis "Haji Hadi Perlu Diangkat Mursyidul Am PAS, Lepaskan Jawatan Presiden." Petikan ulasan GB ketika itu:

Haji Abdul Hadi, dengan kedudukannya di peringkat dunia sudah diakui sebagai Naib Presiden Majlis Ulamak Sedunia, beliau hendaklah diangkat menjadi Mursyidul Am PAS menggantikan TG Nik Aziz yang kelihatan sudah uzur. Dengan kedudukan itu beliau akan menentukan dasar perjuangan PAS dan institusi Majlis Syura Ulama di dalam PAS dapat diperkasakan.

Jawatan "Presiden" parti hendaklah digalas oleh orang lain. Ia memerlukan pemimpin yang boleh bekerjasama dengan semua pihak di dalam Pakatan Rakyat, tidak bermuka-muka dan tidak hanya memenuhi aspirasi orang-orang tertentu di dalam parti. Soalnya siapa? Ramai yang masih layak. Ustaz Ahmad Awang, Ust Abd Ghani Shamduddin... diantara nama-nama yang boleh dicalonkan.

Perubahan perlu dilakukan. Ahli-ahli PAS perlu berani untuk melakukannya!

Kemudian dalam pada itu ada pula yang tak mahu TGHH lepas kan jawatan Presiden sekalipun nanti dilantik menjadi Mursyidul Am. Cukup takut dia orang lain menjadi Presiden PAS. Apakah agaknya baginya cuma Haji Hadi saja seorang yang berstatus ulamak? Orang lain tak boleh jadi pemimpin utama PAS? Itu bukan lagi wala namanya, tetapi TAKSUB melampau.


Jika demikian Haji Hadi hendak juga dijadikan Presiden walaupun telah dilantik sebagai Mursyidul Am, lebih baik Hj Hadi dilantik juga memegang jawatan-jawatan Ketua Ulamak, Ketua Pemuda & Ketua Muslimat jika takut keputusan-keptusan mesyuarat J/K PAS Pusat tidak memihak kepada kehendak mereka!

Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor sendiri menyatakan bahawa jawatan Presiden PAS tidak semestinya dipegang oleh seorang yang berstatus ulamak.


Semuga kata-kata Allahyarham tersebut menjadi kenyataan...

Tanda Tergolek Makin Dekat...

shahbudindotcom


Ketua-ketua Bahagian UMNO seluruh negara dijangka akan berhimpun untuk menyatakan solidariti kepada Perdana Menteri, Najib Razak pada 8 Mac depan, iaitu sehari sebelum majlis pembukaan Parlimen oleh Yang Dipertuan Agong.

Menurut Ketua Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee, seramai 170 daripada 191 Ketua Bahagian sudah menyatakan kesediaan untuk hadir dan ia bertujuan untuk membuktikan kepada pembangkang dan juga pihak luar bahawa mereka sentiasa menyokong Najib.

Kami mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Najib masih mempunyai sokongan yang kuat, jadi mereka perlu berhenti menyerang BN, katanya lagi.

Jika mengikut logik dan hukum akal, adanya perhimpunan solidariti ini tidak lain menunjukkan bahawa kedudukan Najib sedang atau semakin goyang sekarang ini.

Hanya pokok yang sudah hendak tumbang saja perlu diletakkan penongkat atau sokongan, manakala pokok yang masih kukuh biasanya tidak memerlukan apa-apa bantuan untuk terus tegak berdiri.

Begitulah juga sebenarnya kedudukan Najib sekarang. Apabila sudah ada usaha mengadakan perhimpunan mempertahankan kedudukannya, bermakna makin goyanglah kerusi yang didudukinya itu.

Lihat saja di zaman Pak Lah dulu, berbagai perhimpunan atau gerakan telah diadakan untuk menyatakan sokongan dan mempertahankan kedudukannya, namun akhirnya tergolek juga.

Bahkan lagi banyak pernyataan sokongan dizahirkan, ia secara tidak langsung menandakan semakin terhakisnya sokongan yang diterima.

Akhirnya, sama ada pokok akan tumbang kerana asakan yang makin kuat atau kayu yang menjadi penongkat atau sokongan itu akan patah disebabkan tidak mampu lagi menjadi penahan yang kukuh.

Yang penting sebenarnya ialah apakah pokok yang mahu dipertahankan itu masih kuat atau sudah menghampiri tarikh matinya. Jika pokok itu cukup kuat, ia bukan saja tidak memerlukan penongkat, bahkan dedalu hinggap pun tidak menjejaskan hayatnya.

Sebab itu, usaha mengumpulkan ketua-ketua bahagian menyokong atau menyatakan solidariti kepada Najib bukan saja membuang masa, malah juga sia-sia.

Selain ianya mengesahkan kedudukan Najib makin bergoyang, umum juga tahu bahawa ini adalah perhimpunan "cari makan" semata-mata. Semua orang tahu, ketua bahagian adalah mereka yang berkepentingan dengan Perdana Menteri dari segi jawatan, kedudukan, projek dan sumber rezeki.

Sudah tentu mereka ini sanggup berbuat saja untuk mempertahankan kenikmatan yang sedang dikecapi sekarang. Tetapi adakah ketua-ketua bahagian ini benar-benar mewakili naluri dan isi hati seluruh ahli UMNO yang berjumlah 3.4 juta orang itu?

Lebih dari itu, adakah juga ketua-ketua bahagian ini mampu memastikan undi dalam pilihanraya nanti benar-benar memihak kepada BN?

Adakah Mahathir  akan tiba-tiba berhenti menyerang Najib kerana solidariti 170 ketua bahagian itu?

Begitu juga, apakah rating sokongan Najib yang kian merudum sehingga 44 peratus berbanding 48 peratus sebelum ini dapat ditingkatkan semula?

Secara umumnya juga, penolakan terhadap Najib merangkumi banyak isu dan masalah - dalam parti dan luar parti, dalam kerajaan dan luar kerajaan serta seribu satu macam lainnya yang tidak mungkin mampu ditangani dengan sekadar menghimpunkan seramai 170 ketua bahagian saja.

Tetapi seperti pokok tadi,  bila mula diletakkan penongkat atau sokongan, biasanya ia adalah tanda tidak lagi kuat akar umbinya atau sudah hendak tumbang menyembah bumi.

Pokok yang sudah diletakkan penongkat juga jarang dapat bertahan lama berbanding pokok-pokok lain yang tidak diletakkan apa-apa kayu penyokong.

Tiada apa-apa yang perlu dilakukan, selain meraikan 8 Mac ini sebagai tanda awal tergoleknya Najib makin dekat...

Jangan main tarik tali, kata Saravanan kepada Palanivel

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
GEORGETOWN: Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan menggesa Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel untuk tidak terus bermain tarik tali, sebaliknya segera menetapkan tarikh pemilihan semula semua jawatan dalam parti berkenaan.
 
Beliau berkata Palanivel sepatutnya memutuskan tarikh pemilihan semula parti itu terlebih dulu seperti diarahkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebelum bertindak mempertahankan jawatan berkenaan.
 
"Apabila ada arahan (pemilihan semula), dia (Palanivel) dengan kadar segera (perlu) tetapkan tarikh, terus buat pemilihan dan kemudiannya lantik semua jawatankuasa yang beliau hendak.
 
"Tak perlulah pusing seluruh negara, tetapkan tarikh dulu. Ini bukan hal rumah tangga beliau, ini hal parti. Kalau hendak mempertahankan jawatan, tetapkan tarikh dulu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan Piala FA antara Sungai Ara FC dan MISC-MIFA, di Stadium Bandaraya di George Town, malam tadi.
 
Krisis dalaman MIC tercetus selepas RoS membatalkan pemilihan bagi jawatan 3 naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada November 2013.
 
Dalam surat bertarikh 5 Disember 2014, RoS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi jawatan berkenaan dalam tempoh 90 hari.

Ulama bukan tiket dapat pujian, jawatan’

AHMAD AWANG


ULASAN Bhgn 2 Agenda apa sebenarnya yang diutamakan oleh multaqa ini? Mengusahakan perpecahan PR atau pengukuhannya? Mengusahakan kesatuan saf dalaman PAS atau merenggangkannya?

Yang dilihat, ianya dianjurkan hanya pada tahun pemilihan. Yang dilihat ia menghasilkan usul pecah-belah dan persengketaan.

Adakah benar persepsi sebahagian bahawa program liqa’, neqad, ijtima’ dan multaqa itu sendiri adalah tidak lain melainkan usaha kempen untuk menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan yang lain?

Amat malanglah sekiranya ia benar sehingga tumpuan usaha ulama yang dibawa dari seluruh negara adalah untuk memburuk-burukkan pimpinan tertentu dan menjatuhkan mereka dan menaikkan golongan sendiri.

Politiking sempit sebegini tidak layak bagi ulama, apatah lagi dengan menggunakan nas-nas al-Quran dan hadis yang tidak kena pada tempatnya.

Harapan ahli supaya Multaqa Ulama II bebas dari politiking yang sebegini dan persidangan ini akan mengeluarkan usul mengutuk tadbir urus kerajaan Umno-BN yang rosak dan tempang, dasar ekonominya yang membebankan rakyat, politiknya yang rakus dan zalim serta salah guna kuasa yang terang dan nyata.

Harapan ahli supaya multaqa ini menjadi pendorong untuk meningkatkan usaha menjatuhkan Umno-BN supaya Islam boleh bebas membangun. Dengan itu juga saf yang telah sengaja direnggangkan oleh golongan tak bertanggungjawab dapat dirapatkan kembali.

Tetapi tidak demikian. Agenda perubahan bagaikan hilang dengan tiupan bayu dan alunan lagu "perpaduan Melayu" yang di mainkan Umno dan konco-konconya terutama selepoas musibah "tsunami kecil" di Kelantan pada akhir tahun lalu.

Maka yang tinggal hanya perbalahan dalaman PAS dan Pakatan Rakyat. Adakah golongan Ulama PAS sudah hilang fokusnya dan tidak mampu memimpin perubahan ke arah keadilan dan negara berkebajikan?

Ingatan buat golongan ulama

Saya sebagai mantan ahli Majlis Syura Ulama (MSU) berbelas tahun merasa dukacita dan kesal ia tidak menzahirkan kehebatan dan kepimpinan ulama sepertimana yang saya harapkan.

Saya tertanya-tanya apakah tokoh multaqa yang lebih sepuluh orang pembentang dan pembahas itu terlupa pada perintah Allah seperti yang terkandung dalam firmannya yang bermaksud:

"Maka berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkan lah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal." ( Surah Ali Imran ayat 159)

Hadis Rasulullah SAW: "Al-Ulama' warasatul anbiayaa" atau ulama adalah pewaris para Nabi bukan merupakan tiket untuk mendapat pujian dan dokongan serta kedudukan dan jawatan.

Ia sebaliknya merupakan amanah dan wawasan yang perlu dipenuhi dan dicapai oleh mereka yang digelar ulama. Supaya mereka akan ke depan memimpin masyarakat dengan ilmu dan ketaqwaan.

Kepimpinan ini pula bukan untuk dituntut atau ditagih atas alasan "saya ulama", tetapi sebaliknya diperolehi dan dimenangi melalui proses perjuangan bersama rakyat sehingga kelebihan seseorang ulama terserlah.

Itu jugalah proses yang dilalui Rasulullah SAW yang akan mampu menyerlahkan diri manakala ulama dunia, walau panjang mana senarai ijazahnya, akan terpinggir dan ditinggalkan. Ini kerana ilmunya tidak dihayati mencorakkan diri dan kehidupannya.

Pada masa yang sama, hendaklah sentiasa diingati bahawa ilmu dan kefahaman berhubung agama Allah ini ianya adalah milik Allah. Allah boleh memberi kefahaman mengenai agama kepada sesiapa yang Allah inginkan kebaikan baginya.

Ilmu bukan pada sijil, ijazah

Ketahuilah oleh itu bahawa ramai yang telah bersama PAS, walaupun tidak mempunyai kelulusan rasmi dari institusi pendidikan agama, sememangnya berilmu dan bukan dari golongan juhala' (orang yang jahil).

Ilmu itu bukan semata-mata terletak pada sijil atau ijazah universiti, tetapi terletak pada hujah keilmuan dan intelektual. Oleh itu segala yang ingin diusahakan perlu dikemukakan dan dihujahkan dengan jelas dan tersusun.

Jangan dituntut ketaatan atau wala' dengan secara membuta tuli atau taqlid tetapi perjelaskan dan pertingkatkan ilmu dan kefahaman masyarakat.

Jangan perlekehkan mereka yang tidak berpendidikan agama secara rasmi, sedangkan mereka mungkin memahami banyak persoalan dengan lebih mantap. Didikan yang telah mereka perolehi adalah didikan amali haraki bersama perjuangan Islam yang dipimpin ulama' muktabar.

Adalah diharapkan bahawa golongan ulama akan membebaskan diri mereka dari amalan ‘politiking’ sempit dan sebaliknya membina imej mereka sebagai badan yang bebas dari kepentingan jawatan dan pangkat atau kepentingan duniawi.

Mereka perlu memperlihatkan ulama' sebagai kumpulan ilmuan yang memimpin arus perubahan dengan menentang kezaliman dan penyelewengan.

Dengan itu mereka akan diterima sebagai pemimpin ummah dan melayakkan diri ke status ‘warasatul anbiyaa’. Zahirkan ketajaman keilmuan dengan membedah permasalahan kontemporari dan mengemukakan penyelesaiannya sambil menjadi pihak yang berdiri teguh di pihak keadilan dan kebenaran.

Itulah proses yang dimulakan pada 1982 apabila konsep kepimpinan ulama mula-mula diutarakan dengan tertubuhnya Majlis Syura Ulama. Proses ini masih lagi dalam perlaksanaannya dan MSU itu sendiri perlu terus diperkasakan. Jangan golongan ulama’ hilang fokus.

Bahagian 1: Multaqa PAS 'bagai simbah minyak ke api'


AHMAD AWANG seorang tokoh ulama PAS yang disegani. Selain berpengalaman sebagai ahli akademik dan birokrat agama dalam kerajaan, beliau pernah memimpin Persatuan Ulama Malaysia (PUM) selama 17 tahun.

'AG ada kuasa untuk ringan hukuman mati'

MALAYSIAKINI



 
 
 
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Lembaga Pengampunan Selangor mempunyai kuasa untuk meringankan hukuman mati terhadap Sirul Azhar Umar kepada penjara seumur hidup.

Perbezaan antara kedua-duanya ialah AG boleh melakukannya tanpa menunggu rayuan dari Sirul manakala Lembaga Pengampunan memerlukan Sirul atau wakilnya untuk mengemukakan rayuan terlebih dahulu.

Seorang peguam kanan kes jenayah yang tidak mahu disebut namanya berkata, perkara itu tidak perlu dirujuk semula kepada Mahkamah Persekutuan kerana prosiding di mahkamah tertinggi itu telah pun berakhir.

"Peguam Negara mempunyai kuasa untuk meringankan hukuman mati kepada penjara seumur hidup. Beliau mempunyai budi bicara untuk berbuat demikian dan ia tidak semestinya melalui mahkamah memandangkan Mahkamah Persekutuan telah pun membuat keputusan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata kerajaan sedang menimbang untuk meringankan hukuman mati terhadap Sirul Azhar kepada penjara seumur hidup untuk memudahkan ekstradisinya.
 
Sirul kini sedang ditahan di pusat tahanan imigresen di Villawood, Sydney.

Pihak berkuasa Malaysia menghadapi masalah apabila permintaan mereka untuk mengekstradisi Sirul tidak dapat dilayan oleh Australia yang undang-undangnya melarang penghantaran pulang orang menghadapi hukuman mati di negara asal mereka.

Hudud: ADUN PKR mohon pencerahan pimpinan parti

Oleh Nurshakira Buang

 
Post Pic
 
 
 
PETALING JAYA: ADUN tunggal PKR di Kelantan, Roslan Puteh akan mendapatkan mandat daripada parti beliau sama ada untuk menyokong pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang bakal dibentangkan di Dewan Undangan Negeri bulan depan. 
 
ADUN Guchil itu dijangka memohon "pencerahan" daripada pimpinan PKR mengenai pendirian rasmi yang harus diambil beliau apabila pindaan itu dibentangkan pada 18 Mac. 
 
“Hari Ahad hingga Selasa saya akan bersama MB Selangor (Azmin Ali) ke Sarawak. Dalam  kesempatan itu saya akan tanya pendirian yg harus saya ambil semasa pembentangan (DUN) nanti.” kata beliau kepada Antarapos. 
 
“Secara peribadi sebagai seorang muslim saya wajib menyokong hukum hudud dilaksana,” tambah Roslan.
 
Pendirian Roslan pada sidang DUN itu akan menjadi petanda jelas sama ada PKR menyokong atau menolak hasrat PAS melaksanakan hudud di Kelantan, setelah memerintah negeri itu lebih 20 tahun. 
 
Beberapa pemimpin PKR sebelum ini mempertikaikan hasrat kerajaan negeri Kelantan melaksanakan hudud dengan mengambil pendirian yang mirip dengan DAP. 
 
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Latheefa Koya, umpamanya, menggesa kerajaan negeri Kelantan supaya mengutamakan kebajikan rakyat Kelantan berbanding hudud. 
 
"Kenapa PAS beria-ria mahu melaksanakan hudud tetapi mengetepikan objektif yang penting dalam Islam? Sudah pasti ada agenda politik di sebaliknya," kata beliau baru-baru ini.
 
Sebarang kegagalan PKR memberikan sokongan kepada PAS di DUN Kelantan dan seterusnya di Parlimen mengenai rang undang-undang hudud akan merapuhkan lagi hubungan dua parti itu di dalam Pakatan Rakyat.
 
Keadaan itu dijangka menambah tekanan ke atas PAS untuk memikirkan masa depan parti itu dalam pakatan pembangkang. 
 
"Dia (Roslan) kena runding dengan pembawa usul dan saya percaya beliau selaku seorang wakil rakyat dia ada kebijaksanaan untuk membuat satu tindakan yang mematuhi kehendak rakyat dan juga parti," kata Naib Presiden PKR Tian Chua kepada Antarapos.
 
Ditanya sama ada PKR sudah membuat sebarang keputusan mengenai rang undang-undang itu, Tian berkata:
 
"Kita sedang berbincang."
 
Sabtu lalu, Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri akan membentangkan membincangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) itu apabila ia bersidang dari 16 hingga 19 Mac depan.
 
Sidang DUN itu tetap akan berlangsung meskipun ia bertembung dengn kempen pilihan raya kecil DUN Chempaka pada 22 Mac. 
 
Kerusi DUN itu kosong apabilan penyandangnya, bekas menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia baru-baru ini.

Persatuan: 'Sistem dua wajah' punca kos perubatan tinggi

MALAYSIAKINI



Persatuan Farmasi Malaysia berpandangan bahawa kontroversi yang timbul mengenai usaha memisahkan fungsi klinik dan farmasi dalam mengeluarkan ubat kini jauh tersasar daripada perkara pokok.

Timbalan presidenya, Amrahi Buang memberitahu Malaysiakini, pemisahan fungsi mendispens ubat (DS) itu sendiri tidak mungkin boleh berlaku dalam sistem kesihatan sedia ada.

Jelasnya, “sistem dua wajah” melibatkan sektor kerajaan dan swasta pada masa inilah yang sebenarnya menjadi punca kepada kepincangan yang berlaku sehingga menyebabkan jurang kos rawatan, kata Amrahi.

“Di sektor swasta tiada kawalan (ke atas harga ubat), maka kena betulkan dulu sistem ini. Bila kita ada sistem, semua akan dapat faedah,” katanya.

Ketua pegawai farmasi di Pusat Perubatan Universiti Malaya itu menjelaskan, masalah kawalan ke atas sektor tersebut menyebabkan harga ubat melambung tinggi – malah sehingga sepuluh kali ganda.

“Kalau tidak teratur, kos rawatan akan meningkat. Kenapa? Cuba selesaikan perkara pokok - tiada kawalan.

“Kalau hendak buat pemisahan mendispens (DS), masih jauh perjalanannya. Kerajaan kena kawal sektor swasta supaya menjadi sebahagian daripada sistem.

Kurang kawalan

“Sekarang ada dua wajah, kerajaan dan swasta yang kurang kawalan,” katanya yang berharap agar sistem itu akan membolehkan perkhidmatan kesihatan diakses oleh semua pihak.

Beliau merumuskan tujuan itu seperti berikut:
  • Perlindungan kesihatan universal – memberi akses kesihatan kepada semua rakyat di semua pusat rawatan.
  • Tabung pembiayaan penjagaan kesihatan nasional – ditadbir kerajaan atau badan berkanun.
  • Kawalan harga ubat – Harga yang sama di hospital swasta dan kerajaan, atau sekurang-kurangnya mematuhi harga disarankan.
Jelasnya lagi, sistem yang teratur itu juga akan membolehkan pengamal perubatan dan farmasi menentukan fi yang setimpal.

“Sistem ini akan tentukan piawainya,” katanya lagi, mengulas mengenai kebimbangan para pengamal perubatan bahawa pelaksanaannya akan menjejaskan periuk nasi mereka.

Katanya lagi, bantahan ke atas DS yang ditimbulkan daripada kumpulan pengamal perubatan itu juga hanya berdasarkan andaian.

Tambahnya, beliau yakin bahawa bantahan yang disuarakan dari kelompok pengamal perubatan itu berpunca daripada andaian semata-mata.

RUU Akta Farmasi

Malah, rang undang-undang Akta Farmasi yang memperuntukkan pelaksanaan tersebut juga tidak mungkin akan dapat dibentangkan pada bulan Mac.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam juga sudah berulang kali menegaskan perkara yang sama, katanya.

Beliau juga berharap agar kumpulan pengamal perubatan itu akan dapat menyertai perbincangan bersama mereka untuk membetulkan “sistem dua wajah” itu.

Kumpulan pengamal perubatan tersebut, bagaimanapun tetap dengan pendirian mereka untuk meneliti terlebih dahulu deraf tersebut sebelum menyertai apa-apa pertemuan dengan kementerian.

“Kami mahu menganalisis faktanya, barulah ada perbincangan.

“Tidak ada mana-mana doktor yang sudah melihat Rang Undang-Undang Akta Farmasi ini, termasuk MMA (Persatuan Perubatan Malaysia) atau MMC (Majlis Perubatan Malaysia).

“Maka, kami mahu deraf ini dikemukakan kepada kami terlebih dahulu sebelum perjumpaan,” kenyataan itu dipetik.
 

Terima Jika Musuh Mahu Berdamai, Kata Hadi

RAKYATNEWS


alt


 
MARANG  - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus tutup mulut terhadap cadangan penggabungan UMNO dan PAS seperti disaran beberapa pihak demi kesinambungan agama dan bangsa Melayu.

Beliau yang ditemui pemberita malam tadi enggan mengulas apabila ditanya mengenai cadangan yang sentiasa tenggelam timbul itu.

Hadi hadir dalam program sambutan Jubli Perak  25 tahun di Universiti Industri Selangor (UNISEL) di Shah Alam.

Bagaimanapun dalam ucapannya, beliau  berkata pendamaian menjadi keutamaan dalam memelihara kepentingan masyarakat seluruhnya.

“Jika ada pemimpin negara yang yang salahgunakan kuasa, maka Allah izinkan berperang dengan penuh adab, dengan cara tak boleh bunuh wanita, tak boleh bunuh paderi dan sami, tak boleh musnahkan kebun dan tanaman, semua itu perlu dijaga.

“Dan pendamaian perlu diutamakan, jika pihak musuh mahu berdamai, kita kena terima,” katanya dalam program tersebut yang dianjurkan Gerakan Mahasiswa Islam (GAMIS).

Tidak dapat dipastikan siapakah ‘musuh’ dimaksudkan Presiden PAS itu tetapi parti itu sebelum ini kerap melabel UMNO sebagai musuh yang harus ditentang.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya menyambut positif berhubung penggabungan kedua-dua parti itu.

Begitu juga dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyatakan penggubungan PAS dan UMNO memerlukan jiwa yang kental dalam membuat keputusan itu.

Namum, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS tidak akan bekerjasama untuk bergabung dengan UMNO berikutan parti itu dikatakan menolak hukum Hudud yang ungin dilaksanakan PAS.

‘Hudud bukan agenda utama PasMa’

MALAYSIAKINI


 


Walaupun pertikaian mengenai isu hudud masih lagi berlanjutan antara PAS dan DAP, namun bagi Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), perkara itu sedikit pun tidak menjejaskan NGO tersebut.

Ini kerana, PasMa - sebuah NGO yang dianggotai oleh ahli PAS – berpandangan bahawa perkara itu bukan agenda utama pertubuhan tersebut, kata Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Sehubungan itu, katanya, PasMa (PasMa) tidak menetapkan sebarang pendirian dalam mana-mana isu yang melibatkan Pakatan Rakyat termasuk hudud.

Katanya, ia kerana fokus utama pertubuhan itu adalah untuk memastikan pemimpin Pakatan dapat mencapai kata sepakat terhadap mana-mana isu yang berbangkit.

"Apa-apa isu sama ada isu hudud atau persempadanan semula (pilihan raya), kita nak pimpinan Pakatan mencapai persetujuan, konsesus. Kita tak terlibat untuk buat keputusan terhadap isu yang spesifik.

"Kita tak letak pendirian kita pada hudud," katanya kepada pemberita selepas majlis makan anjuran PasMa Selangor di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita apakah pendirian PasMa berhubung hasrat kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu.

Kerajaan Kelantan akan membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 16 hingga 19 Mac ini.

Bagaimanapun, perkara itu sehingga kini mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya dari Pakatan iaitu DAP.

Sementara itu, mengulas mengenai Multaqa Ulama PAS minggu lalu yang dilihat sebagai medan untuk menghentam PasMa dengan pelbagai gelaran yang diberikan, bekas exco Kedah itu berkata, beliau tidak hirau dengan perkara tersebut.

Ini kerana, katanya, pelbagai gelaran telah diterima sejak awal penubuhan PasMa.

Malah, katanya, segala perkara yang dibincangkan di dalam multaqa itu hanyalah cadangan daripada sayap parti dan bukan ketetapan PAS Pusat.

"Multaqa bukan ketetapan PAS tetapi cadangan daripada salah satu sayap PAS. Kita anggap itu cadangan kerana d peringkat akhirnya ialah di PAS Pusat atau muktamar. Multaqa baru cadangan.

"Masa mula-mula ditubuhkan lagi, dah banyak gelaran diberi, itu (gelaran syaitan dan gila) tak heran. Macam-macam gelaran dah diberi pada kita dah," katanya lagi.

Terdahulu, kira-kira 300 ahli PasMa dari seluruh negara menghadiri majlis makan malam anjuran PasMa Selangor untuk mengutip dana bagi membiayai aktiviti pertubuhan itu.

Turut hadir ialah Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, ADUN Hulu Kelang Saari Sungib, aktivis Hishamuddin Rais dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Saman saya dulu, Rafizi cabar Najib

MALAYSIAKINI


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, dalam nada yang provokatif, mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menyamannya terlebih dahulu sebelum mengugut untuk menyaman orang lain.

Rafizi berkata demikian sebagai reaksi kepada Najib yang mengancam untuk menyaman organ rasmi PAS, Harakah yang mempersoalkan sama ada kekayaan anak tiri perdana menteri itu, Riza Aziz telah mendapat manfaat daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Bukan sahaja saya terkejut kerana kelakuan sebegitu tidak pernah ditunjukkan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini (mengancam untuk menyaman orang lain).

“Saya lebih terkejut kerana Datuk Seri Najib belum lagi menyaman saya walaupun pernah mengugut untuk berbuat begitu baru-baru ini,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Jawatan Khairuddin dalam Umno gugur

MALAYSIAKINI


 


Datuk Khairuddin Abu Hassan, yang mendapat perhatian selepas membuat aduan polis terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), digugurkan jawatannya dalam Umno.

Berita itu disampaikan oleh rakannya yang menonton rancangan berita di televisyen malam tadi, katanya kepada Malaysiakini.

"(Saya) tidak dimaklumkan langsung. Kawan (saya) kata (berita itu) keluar TV3," katanya.

Difahamkan, tindakan itu diambil selepas beliau didapati telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Surat kepada Khairuddin bulan lalu dilaporkan ditandatangani oleh setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ditanya sama ada pengguguran jawatannya itu berkaitan isu 1MDB, Khairuddin berkata: "Tidak berani hendak buat spekulasi.

"Tetapi kenapa (saya) tidak pernah diberikan surat tunjuk sebab dan tidak dipanggil ke ibu pejabat Umno untuk memberi pencerahan?"

Tindakan terhadap Khairuddun, yang sering menjadi sorotan media sewaktu kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2000, dipercayai susulan masalah kewangan yang dihadapinya.

Sebelum ini, beliau memegang jawatan naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang.

Bagaimanapun beliau masih seorang ahli Umno dan layak menyertai mesyuarat parti tetapi tidak boleh dilantik walau boleh mengundi.

Dalam kenyataan bertulisnya, beliau juga menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan itu kerana masalah hutangnya dalam proses penyelesaian

"Saya tidak terkejut langsung dengan berita jawatan saya telah dilucutkan oleh Umno disebabkan oleh kes jaminan korporat saya. Hakikatnya, (ia) sedang dalam fasa penyelesaian oleh pihak peguam," katanya.

"Namun saya amat hairan dengan sikap ibu pejabat Umno Malaysia yang tidak pernah memanggil saya untuk memberikan penjelasan mengenai kedudukan sebenar kes tersebut yang hakikatnya sedang selesai."

Khairuddin, yang beristerikan pelakon terkenal Umie Aida di Mekah, menegaskan beliau akan terus berkempen untuk "menegakkan kebenaran dan melawan rasuah secara habis-habisan."

"Saya seorang yang amat kental dalam perjuangan... Untuk kepentingan rakyat, saya tidak akan berganjak daripada landasan ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai tekanan politik," tambahnya.

Beliau, yang merancang ke Mekah hari ini, akan menjelaskan kedudukannya dalam parti selepas pulang dari tanah suci.

Disember lalu, Khairuddin membuat laporan polis terhadap 1MDB, syarikat pelaburan nasional yang berdepan dengan pembayaran hutang berjumlah berbilion-bilion ringgit.

Bayar lebih harga minyak esok? Salahkan 1MDB

MALAYSIAKINI


 


Pemansuhan sistem subsidi bahan api bukan hanya membuat pengguna terdedah kepada turun naik harga minyak mentah global tetapi juga ketidakstabilan nilai ringgit sepertimana ramai yang akan rasainya melalui harga bahan api esok.

Walaupun kerajaan hanya dijangka mengumumkan harga runcit bahan api rasmi untuk Mac malam ini, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli telah memberi amaran bahawa ia akan menjadi lebih tinggi.

Rafizi berkata kenaikan kecil dalam harga minyak mentah dunia, menjadi lebih teruk dengan ringgit yang lemah yang sebahagiannya disebabkan oleh masalah lebih RM40 bilion hutang yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimiliki kerajaan.

“Oleh itu, turun naik ringgit mempunyai kesan yang terus kepada harga minyak yang dibayar oleh rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, Di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, kadar matawang ringgit kini jatuh ke paras terburuk sejak krisis kewangan Asia 1998.

"Jika Datuk Seri Najib menyalahkan pasaran minyak mentah dunia akibat turun naik harga minyak, maka beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada turun naik kadar matawang ringgit.

“Kenaikan harga petrol dan diesel yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam bulan-bulan mendatang adalah akibat kegagalan beliau sebagai perdana menteri dan menteri kewangan. kata Rafizi.

1MDB dimiliki oleh Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Najib, dan beliau juga adalah pengerusi lembaga penasihat syarikat tersebut.

Negara kini menggunakan sistem apungan terurus di mana harga purata minyak untuk bulan semasa digunakan sebagai penanda aras untuk menentukan harga runcit bahan api bulan seterusnya.

Oleh itu, turun naik nilai ringgit mempunyai kesan yang terus kepada harga minyak yang dibayar oleh rakyat.

“Ini menimbulkan kesulitan kepada rakyat kerana kejatuhan harga minyak bermula dari September 2014 diiringi dengan kejatuhan nilai ringgit berbanding AS.

"Nilai ringgit yang kini didagangkan pada tukaran sekitar RM3.60 bagi setiap AS$1 telah susut sebanyak 10 peratus dalam tempoh enam bulan berbanding tempoh asal sekitar RM3.30 bagi setiap AS$1,” kata Rafizi

Harga RON95, RON97 dan diesel naik 25 sen

MALAYSIAKINI


 


Selepas harganya menurun sejak beberapa bulan lalu, harga bagi RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 25 sen, berkuatkuasa tengah malam ini.

Mulai 1 Mac, harga baru RON95 ialah RM1.95 seliter, RON97 (RM2.25 seliter) dan diesel (RM1.95 seliter).

“Harga baru ini akan berkuatkuasa  bagi bulan Mac 201,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan, katanya, akan mengikuti perkembangan harga kos produk dan kadar pertukaran matawang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

Bulan lepas, harga RON95 turun ke paras terendah sejak ia diperkenalkan pada tahun 2009, didorong oleh kejatuhan mendadak harga minyak dunia, yang kini agak bertambah baik.

Harga bahan api tertakluk kepada sistem apungan terurus sejak Disember tahun lalu selepas kerajaan menghapuskan sistem subsidi.

Pada masa itu, RON95, RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM2.26, RM2.46 dan RM2.23 selitar.

Pada 1 Januari, bagaimanapun, RON95, RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM1.91, RM2.11 dan RM1.93 seliter dan bulan lepas harganya terus menurun.

Jumaat, 27 Februari 2015

[MENARIK] Khalid Samad Jawab Mokhtar Senik Siri I & II

KELAB GREENBOC



 

Jawapan YB Khalid Samad di bawah ini terhadap tohmahan golongan ulamak yang diwakili oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, Mokhtar Senik di bawah ini sangat menarik. Bacalah....

Adakah Kau Lupa? (Bahagian I & II)

Beberapa hari yang lepas saya telah diforwardkan sebuah tulisan melalui WhatsApp yang kononnya datang dari Mokhtar Senik iaitu Ketua Dewan Ulama PAS Pahang. Dalam tulisan ini nama saya telah disebut beberapa kali sebagai salah seorang yang ingin memalukan TGHH dengan tujuan menjatuhkannya. Saya harap tulisan itu bukan datangnya dari Mokhtar Senik dan saya yakin beliau sebagai Ketua Dewan Ulama Pahang tidaklah sebodoh itu. Ianya tulisan yang hanya layak dikeluarkan oleh seorang Ketua Dewan Juhala’ bukan Ketua Dewan Ulama’.

Namun demikian, walaupun saya yakin ianya bukan dari Mokhtar Senik, biarlah saya jawab tuduhan tersebut satu persatu. Dan untuk memudahkan, biarlah saya gunakan gelaran ‘MS’ semasa menjawab. Ianya tidak ditujukan kepada Mokhtar Senik kerana saya tidak tahu dengan pasti ianya tulisan beliau, walaupun setakat ini masih tiada sebarang penafian yang dikeluarkan oleh beliau.

1. KENYATAAN 10 AHLI PARLIMEN MENYOKONG KENYATAAN TGNA

Peristiwa ini berlaku pada bulan Julai 2009. TGNA telah mengeluarkan kenyataan menolak sebarang usaha kerjasama dengan UMNO/BN termasuk Unity Government dan menyeru PAS mengukuhkan PR sepertimana yang diputuskan dalam Muktamar 2009 yang baru sahaja belalu. Menyahut seruan TGNA, maka 10 Ahli Parlimen membuat kenyataan menyokong seruannya.

Mengikut Mokhtar Senik (MS), kenyataan menyokong TGNA adalah bertujuan memalukan TGHH. Maka MS seolah-olah mendakwa beliau kasyaf dan tahu niat sebenar 10 Ahli Parlimen PAS tersebut, iaitu bukan untuk menyokong TGNA sangat tetapi untuk memalukan TGHH! Tidak sangka saya, keluarkan kenyataan menyokong TGNA pun dianggap salah! Dan sekiranya menyokong kenyataan TGNA memalukan TGHH, maka adakah dimaksudkan TGNA juga ingin memalukan TGHH melalui kenyataannya! Dakwaan bodoh!

Adakah kau lupa, wahai MS, apa yang telah berlaku sebelum itu, iaitu pendedahan Abdullah Badawi bahawa adanya rundingan rahsia dengannya oleh wakil PAS; permohonan maaf Dato Mahfuz kepada semua ahli PAS kerana membuat penafian adanya rundingan dengan UMNO, sedangkan ada; dan sebagainya. Akhirnya Nasharuddin dan Mustapha Ali, kalau tidak silap saya, dimarahi TGNA dan mereka berdua memohon maaf. Tiada pula TGHH dianggap terbabit. (Sila tonton video di bawah ini).


Bagaimana MS mengaitkan isu ini dengan TGHH saya pun tidak tahu. Kalau TGHH terlibat maka sudah pasti TGHH pun turut minta maaf dan beliau akan pertahankan Nasharuddin apabila digugurkan dari Majlis Syura Ulama. Akan tetapi tidak. Tiada siapa mengaitkan TGHH dalam isu ini kecuali MS. Oleh itu, bukan kami yang ingin memalukan TGHH tetapi sebaliknya MS sendiri dengan mengaitkan TGHH dalam isu ini.

Hakikat bahawa kisah yang berlaku pada 2009 turut diungkit kembali menunjukkan betapa terdesaknya MS untuk membuat ‘kes pertuduhan’ terhadap saya dan 9 orang Ahli Parlimen. Itu pun atas hujjah bodoh iaitu kesalahan menyokong kenyataan TGNA! Kalau bawa ke mahkamah bebas, sudah pasti dibuang kes. Lagipun sejak 2009, TGHH telah menang tanpa bertanding jawatan Presiden dalam muktamar 2011 dan 2013. Maka bagaimana ingin dikaitkan dengan dakwaan adanya usaha menjatuhkan DS Presiden sejak 2009 lagi? Sekiranya benar dakwaan tersebut, tidakkah sepatutnya pada 2011 ada yang mencabar Presiden?

2. SEMINAR KHAS UNTUK PERLEKEHKAN DS PRESIDEN

MS sebut juga satu seminar khas yang dakwanya diadakan khas untuk memperlekehkan dan memalukan DS Presiden. Ianya diadakan pada 2009 juga dan di Dewan KUIZM, Markas PAS Taman Melewar. Pembentang kertas kerja adalah Professor Dr. Abu Hassan dan Professor Dr. Aziz Bari. Kedua-dua pembentang kertas kerja mendedahkan kelemahan DS Presiden di depan ahli PAS secara terbuka dan amat sangat memalukan DS Presiden.

Adakah kau lupa, wahai MS, seminar itu merupakan seminar tertutup. Khas untuk pimpinan sahaja. Tiada wartawan dan tiada media. Ianya seminar khas bertujuan mengenal pasti kelemahan PAS dan pimpinannya dari kaca mata masyarakat umum. Ianya bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan PAS yang perlu diatasi supaya PAS boleh berperanan dengan lebih cemerlang lagi sehingga menjadi pemimpin kepada PR. Maka penerimaan terhadap PAS oleh masyarakat umum dikemukakan berdasarkan culaan yang dilakukan dan seterusnya tindakan yang perlu diambil.

Dalam erti-kata lain, sememangnya PAS ingin mendengar kritikan dan teguran supaya kita dapat perkukuhkan kedudukan kita. Oleh itu kita tidak bolehlah merasa terkejut atau tersentak dengan laporan yang diterima. Namun, apa yang dilaporkan tidak semestinya kesemuanya dipersetujui.

Saya tahu, MS jenis yang tidak biasa mendengar kritikan dan teguran. MS lebih selesa sekiranya terus dan sentiasa disajikan halwa telinga iaitu puji-pujian dan dilambung tinggi. Gelaran ulama’ dan waris para nabi sentiasa ingin diulang-ulangkan. Maaf, walaupun itu mungkin kesukaan MS tetapi bagi kami, mencari formula yang boleh melonjakkan imej PAS sebagai parti Islam yang membela semua golongan yang tertindas di dalam masyarakat adalah lebih penting. Oleh itu teguran dan kritikan lebih bernilai dan diinginkan dari pujian yang melambung-lambung. Berhati-hati dengan puji-pujian.

Saya masih ingat bahawa walaupun TGHH sememangnya tersentak dengan sikap berterus-terang dua pembentang kertas-kerja tersebut, namun beliau tetap setia menulis segala yang ditegur mereka. Beliau tidak melihatnya sebagai serangan peribadi tetapi teguran berhubung kelemahan yang perlu diatasi. Ada yang diterima dan digunapakai, ada juga yang ditolak atas sebab tertentu.

Walau apa pun, peristiwa seminar ini lebih menaikkan imej DS Presiden di kalangan pimpinan yang hadir dari menjatuhkan imej beliau. DS Presiden dilihat sebagai pemimpin yang sanggup mendengar teguran dan kritikan, sebahagiannya berhubung diri DS Presiden sendiri dan ini adalah sifat yang terpuji bukan sifat yang keji. Tapi MS tidak akan mampu faham hujjah ini.

Bagi otak yang semacam MS, hanya puji-pujian sahaja yang bernilai. Sesiapa menegur dan mengkritik, dia musuh dan mesti dijatuhkan walaupun melalui fitnah yang keji. Fitnah menjadi halal dan diharuskan MS menjadikan PAS parti yes-man, pembodek dan pengampu? Buatlah parti sendiri, jangan rosakkan PAS. Sejak bermulanya kepimpinan ulama dalam PAS pada 1982, PAS telah menjadi parti yang sentiasa terbuka untuk ditegur dan dikritik. Itulah hasil latihan ulama sebenar.

Sekali lagi peristiwa yang sudah berlalu hampir 6 tahun lepas yang diungkitkan. Ini jelas membuktikan betapa terdesaknya golongan ini untuk mencanangkan propoganda palsu bahawa ada komplot tersusun rapi sejak 2009 untuk menjatuhkan DS Presiden. Sambil mereka pula adalah penyokong DS Presiden yang tulin. Maka undilah mereka demi DS Presiden!

3. HARAKAH MENYIARKAN TULISAN DR. AZIZ BARI

Turut dibangkitkan oleh MS adalah sokongan saya dan Hanipa Maidin terhadap penulisan Dr. Aziz Bari yang ‘menghentam’ Presiden dan penyiaran artikel beliau di dalam Harakah. Saya pun sebenarnya tidak ingat bila saya pernah menyuarakan sokongan kepada tulisan Dr. Aziz Bari. Mungkin MS boleh ingatkan. Atau dia sekadar menembak semberono sahaja.

Tetapi, Adakah kau sudah lupa wahai MS, bahawa Harakah itu di bawah pengurusan pihak lain, bukan kami berdua. Maka apa kena-mengena kami berdua dengan penyiaran tulisan Dr. Aziz Bari dalam Harakah dengan kami?

Adakah yang dimaksudkan MS ialah Harakah juga terlibat dalam usaha menjatuhkan DS Presiden, sedangkan Lembaga Harakah turut dipilih dan diputuskan beliau? Adakah dilihat begitu lemah kepimpinan DS Presiden sehingga menguruskan akhbar parti pun TGHH tidak mampu? Sehingga terpaksa dicampuri oleh orang seperti MS? Sekali lagi saya tanya, MS ingin bela DS Presiden atau menjatuhkan imejnya?

Sememangnya Harakah akhbar parti. Namun ianya ingin mempunyai sikap yang terbuka. Yang mengkritik dan memuji turut disiarkan. Ianya bukan akhbar propoganda macam akhbar parti kommunis. Itu dasar yang mungkin telah diputuskan dan dipersetujui semua, termasuk DS Presiden. Saya tidak tahu kerana saya bukan ahli lembaganya.

Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, tidak semestinya teguran dan kritikan dilihat sebagai sesuatu yang negatif. Malahan ianya boleh membantu seseorang untuk menjadi lebih baik dan lebih berkesan. Ahli pun akan memahami pandangan orang lain terhadap PAS dan salah faham mereka terhadap apa yang sedang diusahakan.

4. SAFWAN ANANG DAN LENSA

Seterusnya dikisahkan memorandum dari NGO yang bernama LENSA yang dibawa pemimpinnya iaitu Safwan Anang. Memorandum itu mengkitik peranan PAS yang dilihat banyak menimbulkan perbalahan dalam PR sehingga menjadi liabiliti kepada PR. Maka memorandum itu meminta PAS keluar dari PR.

Saya tidak nampak mengapa ini dikaitkan juga dengan usaha menjatuhkan DS Presiden. Itu pandangan sebuah NGO. Hak merekalah untuk untuk menyerahkan memorandum dan menyuarakan pandangan mereka. Walaupun Safwan Anang itu ahli PAS, tetapi memorandum itu atas nama NGO yang bukan milik PAS. Dalam LENSA itu pun tidak semestinya semua ahlinya merupakan ahli PAS. Itu pandangan mereka maka perlu diterima memorandum tersebut dan buktikanlah sebaliknya.

Dan, adakah kau sudah lupa, wahai MS, bahawa memorandum itu bukan ditujukan kepada Presiden seorang tetapi PAS keseluruhannya? Termasuk juga pimpinan lainnya. Kenapa MS menujukannya hanya kepada DS Presiden dan sebagai usaha menjatuhkan DS Presiden?

5. HANIPA MAIDIN DAN ISU PILIHAN RAYA PBT

Turut juga ditimbulkan isu pilihan raya PBT yang mana pandangan Hanipa Maidin berbeza dengan pandangan DS Presiden. Ini dianggap memalukan Presiden dan bertujuan menjatuhkan DS Presiden.

Saya melihat seolah-olah MS beranggapan bahawa perbezaan pendapat dalam PAS tidak boleh dizahirkan. Sekiranya ianya dizahirkan, maka semestinya niatnya adalah untuk memalukan dan menjatuhkan Presiden.

Saya ingin bertanya MS, kalau begitu, bagaimana ingin diyakinkan masyarakat bahawa perbezaan pendapatan diraikan PAS dan diterima sebagai sesuatu yang membina? Mengapa sikap positif ini perlu disembunyikan dan sebaliknya ingin dizahirkan sikap negatif pada masyarakat iaitu perbezaan pendapat tidak dibenarkan? Bagaimana PAS mahu didik masyarakat agar saling menghormati perbezaan pendapat dan menzahirkan amalan ‘adaabul ikhtilaf’?


Adakah dianggap ketiadaan perbezaan itu satu kekuatan? Adakah kau sudah lupa wahai MS, bahawa dalam Seerah Rasulullah (SAW) dan khulafah Ar-Raasyidiin, persoalan khilaf dan perbahasan berhubung khilaf diketahui dan sering dizahirkan? Tidakkah sepatutnya segala khilaf dan perbahasan itu ditutup Allah sekiranya ianya merosakkan imej Rasulullah (SAW) dan para khulafah Ar-Raasyidiin? Oleh kerana ianya bukan bukti kelemahan dan sebaliknya kekuatan, maka itulah sebab mengapa wujudnya khilaf dizahirkan Allah.

Ada yang mengatakan cara tulisannya menghina Presiden. Saya membaca tulisan Hanipa yang ditulis beliau semasa di luar negara, agak tertib dan beradab. Malangnya beliau menulis dalam Bahasa Inggeris dan mungkin oleh kerana itu MS tidak mampu memahami sepenuhnya. Hanipa bermula dengan “I beg to differ...” yang bererti “Saya memohon dengan penuh rendah diri untuk berbeza pandangan..” Kalimat ‘beg’ itu bererti ‘memohon, merayu, mengemis’ dan ‘begger’ iaitu orang yang ‘beg’. Beggar bermaksud peminta sedekah.

Begitu juga dengan kalimat “with the greatest of respect..” membawa erti “dengan penghormatan yang setingginya..”.

Tulisan Hanipa, setakat yang saya ikuti tiada menggunakan istilah ‘munafik haraki, jebon, pengkhianat dan sebagainya yang malangnya banyak digunakan oleh golongan lain.

Oleh itu apa sebenarnya masalahnya dengan tulisan Hanipa?

6. DEMONSTRASI FADHLI IBRAHIM

Akhirnya ditulis berhubung demonstrasi Fadhli Ibrahim. Maka ingin digunakan lima peristiwa di atas sebagai justifikasi untuk diadakan demonstrasi tersebut. Kononnya ianya sama.

Adakah kau sudah lupa, wahai MS, yang lima di atas merupakan teguran dan kritikan serta perbezaan pandangan yang kesemuanya ada kaitan dengan imej PAS di kaca mata masyarakat. Fadhli Ibrahim bukan membuat sesuatu yang merupakan teguran atau kritikan atau perbezaan pandangan. Fadhli Ibrahim membawa tuduhan pengkhianatan dan konspirasi. Ianya merupakan permasalahan dalaman yang hanya mendedahkan wujudnya kelemahan dan perbalahan dalaman parti kepada pihak luar. Melalui pendedahan ini tiada sebarang manfaat diperolehi parti dan ia hanya memungkinan perbalahan dalaman dieksploitasi oleh pihak luar.

Yang dibawa Fadhli Ibrahim sebenarnya tidak perlu kepada demonstrasi atau sidang media. Ia hanya memerlukan surat yang ditujukan kepada DS Presiden, SUA dan Pengerusi JK Disiplin. Dan disertakan semua bukti untuk tindakan mereka selanjutnya. Atau adakah JK Disiplin juga tidak dipercayai MS?

Kalau semua ‘organ’ PAS tidak dipercayai, termasuk yang dilantik dan dipantau DS Presiden sendiri, maka tidakkah sebenarnya MS sedang ‘mengkondemkan’ kepimpinan DS Presiden sendiri sebagai lemah dan tidak berkesan? Atau sebenarnya MS sendiri tidak faham implikasi dari apa yang diucapkannya?

Sekiranya selepas menyerahkan surat aduan, tiada apa-apa tindakan selepas beberapa minggu, dan kelihatan macam ianya ingin ditutup sahaja kesnya, maka dalam keadaan begitu demonstrasi mungkin boleh dilakukan. Itu pun tanpa memberi butiran terperinci kepada media tetapi sekadar meminta tindakan penyiasatan diambil. Ini adalah kerana, dikhuatiri orang yang dituduh berdasarkan mesej whatsapp dan bukti sampingan (circumstantial evidence) ada hujjahnya maka akhirnya memburukkan nama orang tersebut secara pre-mature (atau terlalu awal).

Tidak boleh dinafi, ada juga yang menganggap sememangnya itulah tujuannya. Yang tertuduh ingin diburukkan namanya sebelum pemilihan tahun ini. Dan dinaikkan juga barisan nama lain sebagai ‘hero’ pembela DS Presiden. Iaitu mereka yang hadir bersama semasa demonstrasi tersebut. Diharapkan bukan begitu niatnya....

KESIMPULAN

Tulisan ‘masihkah anda ingat’ yang dikeluarkan atas nama Mokhtar Senik sebenarnya mengunakan hujjah yang pada hakikatnya lemah dan tidak bernilai. Diungkitkan peristiwa silam yang tiada niat buruk terhadap DS Presiden tetapi ditafsirkan melalui hati yang berpenyakit sehingga didakwa sebaliknya. Dilakukan itu dengan tujuan untuk ‘memutihkan’ tindakan demonstrasi Fadhli Ibrahim yang merupakan tindakan kurang bijak dan tiada manfaat kepada parti. Kalau ada manfaat pun, ianya sekadar untuk memburukkan nama tertentu dan menonjolkan nama tertentu yang lain.

Oleh yang demikian, Ana benar-benar berharap agar tulisan tersebut bukan dari Ketua Dewan Ulama’ PAS peringkat Negeri kerana jelas ianya bukan kelas Ulama' sama sekali.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Masihkah Anda Ingat

1. Masihkah anda ingat ...

Pada 18 Jun 2009, seramai 10 orang Ahli Parlimen PAS mengadakan satu Sidang Media Khas di Parlimen kononnya untuk berdiri teguh dibelakang Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagi "memalukan" Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang difitnah kononnya mahu membawa PAS masuk Barisan Nasional.

Antara 10 Ahli Parlimen itu ialah Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Mariah, Dr Dzulkefli Ahmad, Kamarudin Jaafar, Dr Mujahid Rawa dan lain - lain. Mereka secara terbuka menolak gagasan Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi dan membawa fitnah kononnya Presiden PAS mahu bergabung dengan UMNO dengan gagasan yang dikemukakan iaitu Kerajaan Perpaduan (Unity Government) atau disebut sebagai Kerajaan Tanpa Pembangkang.

2. Masihkah anda ingat ...

Pada 7 Nov 2009, Mereka mengadakan Seminar Politik di Taman Melewar dengan membariskan Dr Abdul Aziz Bari dan Dr Abu Hassan Hasbullah untuk "memalukan" Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang dengan kritikan pedas secara terbuka terhadap Tuan Guru Presiden dihadapan ahli - ahli PAS. Presiden PAS seperti "dibicarakan" oleh mereka dihadapan ahli PAS sendiri. Mereka mendedahkan segala kelemahan Tuan Guru Presiden dengan menggunakan lidah ahli akademi kononnya dan ia dilakukan secara terbuka.

3. Masihkah anda Ingat ...

Sebahagian pimpinan PAS Pusat seperti Khalid Samad dan Hanipa Maidin memberi sokongan dan menerima baik Dr Abdul Aziz Bari dalam beberapa siri penulisan beliau "menghentam" Tuan Guru Presiden PAS kepada khalayak ramai, termasuk memuatkan artikel menghentam Presiden dan PAS dalam Harakah sedang Harakah adalah lidah rasmi parti telah dijadikan alat untuk menjatuhkan air muka Presiden parti sendiri.

4. Masihkah anda Ingat ...

Pada 30 Sept 2014, Seorang ahli PAS bernama Safwan Anang (AJK Jabatan Ketua Pemuda PAS Malaysia) dengan menggunakan nama Ngo LENSA menyerahkan memorundum di hadapan Pejabat Agong PAS lalu mengadakan sidang media secara terbuka mendesak supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana menganggap PAS menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat dan punca kepada perpecahan dalaman Pakatan Rakyat.

5. Masihkah anda Ingat ...

Pada 25 Jan 2015 , AJK PAS Pusat Hanipa Maidin mengeluarkan kenyataan terbuka di media menyanggahi kenyataan Tuan Guru Presiden PAS mengenai isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan menggunakan nama demokrasi untuk bebas menyanggah secara terbuka.

Nota :
Semua mereka dianggap hero. Sebahagian terus menang dan dipilih sebagai AJK PAS Pusat. Kononnya mereka penegak demokrasi. Berani dan pembawa idea bernas menuju pembentukan PAS Baru.

Malang apabila Ustaz Fadhli Ibrahim Ketua DPP Kawasan Kuantan tampil menyerahkan memorundum kepada Setiausaha Agong PAS Pusat bersama bukti yang kukuh disokong dokumen akuan bersumpah mengenai penglibatan Group Hawaii Five O yang turut dianggotai oleh Dr Hatta Ramli sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dalam melancarkan geraksaraf menjatuhkan sesama sendiri termasuklah ..

1. Dr Hatta bocorkan secara terperinci apa yang dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat.
2. Dr Hatta arahkan serang 4 exco dan bela dua ADUN yang melompat.
3. Dr Hatta arah sabotaj keputusan Presiden dan Majlis Shura.
4. Aiman Athirah minta lakukan serangan saraf kepada Istana Selangor.
5. Aiman Athirah arah buat kempen gantikan pemimpin PAS (Presiden).
6. Mazhar suruh lancarkan kempen jatuhkan Cikgu Pa.
7. Mazhar arah sebar semula video lucah yang cuba dikaitkan dengan Cikgu Pa.
Dan lain-lain lagi. Disebab ini SD, mereka yang nama didedahkan boleh saman.

Persoalan ...

Kenapa Ust Fadhli Ibrahim dianggap pesalah? dianggap memecahkan PAS sedang ia berusaha mahu menyingkirkan pengkhianatan dalam PAS. Kenapa tidak beri hak serupa kepada Ust Fadhli dalam mengemukakan memonya kepada pucuk pimpinan ?

Atau apakah kerana dakwaan Ust Fadhli itu terkena batang hidung mereka sendiri maka ia anggap salah ? Sementara tindakan dari group mereka untuk dihempaskan kepada Presiden parti dan PAS itu sendiri , maka ia adalah benar dan berlunaskan demokrasi ?

Mokhtar bin Senik
Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang.

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan telah, sedang dan akan terus berjalan.

Yang nyata: geng yang mendakwa dan mendabik dada sebagai pro-ulamak dan pembela TGHH telah terpukul dan dipukul oleh TGHH sendiri dan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.



Amacam?

Aktivis wanita hasrat tanding PRK Chempaka

ANTARAPOS.COM


Post Pic
  
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang bergiat aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhasrat bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan pada 22 Mac ini.
 
Yang Dipertua Kelab Bumi Rahmat Kelantan, Fadzillah Hussin, berikrar memberi tumpuan kepada perpaduan dan kesatuan masyarakat Melayu di kawasan itu selain menyatupadukan semula masyarakat Melayu di Kelantan.
 
"Saya akan menumpukan kepada perpaduan ummah dengan menyatukan kembali orang Melayu di Kelantan yang saya lihat berpecah belah antara PAS dan Barisan Nasional (BN)," katanya.
 
Fadzillah, 55, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia turut bertekad menjaga adat warisan Melayu serta dasar-dasar kerajaan dan bukan hanya mahu mencapai kepentingan peribadi dalam politik semata-mata.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Seminar Institusi Raja (Siraj) III: Pemerintahan Diraja Dalam Manuskrip Melayu di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK Dun Chempaka 22 Mac depan manakala penamaan calon 10 Mac.
 
Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Februari lalu.
 
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS menang di kerusi DUN Chempaka dengan majoriti 6,500 undi.
 
Bekas Menteri Besar Kelantan itu mendapat 12,310 undi manakala calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak memperoleh 5,810 undi.

Kuok kekal terkaya di Malaysia

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SINGAPURA: Tan Sri Robert Kuok dan beberapa hartawan perniagaan tempatan mengekalkan kedudukan masing-masing dalam Senarai Individu Terkaya Malaysia anjuran Forbes, biarpun kekayaan mereka terbukti terjejas akibat penurunan harga minyak dan ringgit.
 
Kuok, 91, yang menjalankan perniagaan termasuk minyak sawit, gula, hartanah dan perhotelan, terus mengungguli kedudukan teratas bagi tahun ke-10 berturut-turut.
 
Kekayaannya bagaimanapun, susut AS$200 juta kepada AS$11.3 bilion.
 
Menurut Forbes, Kuok Group menguasai beberapa syarikat yang tersenarai di Hong Kong, Malaysia serta Singapura.
 
Kedudukan seterusnya disandang T. Ananda Krishnan dengan kekayaan bernilai AS$9.7 bilion; Tan Sri Quek Leng Chan (AS$5.6 bilion); Tan Sri Lim Kok Thay (AS$5.5 bilion); Tan Sri Teh Hong Piow (AS$5.4 bilion); Tan Sri Lee Shin Cheng (AS$4.6 bilion); Tan Sri Yeoh Tiong Lay (AS$3 bilion); Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary (AS$2.9 bilion); Goh Peng Ooi (AS$1.55 bilion) dan Tan Sri Lee Oi Hian serta Datuk Lee Hau Hian AS$1.45 bilion.
 
Nilai kekayaan Ananda yang merupakan taikun telekomunikasi, turut susut sebanyak AS$1.6 bilion kepada AS$9.7 bilion, sebahagiannya akibat kejatuhan saham Bumi Armada yang juga syarikat perkhidmatan telaga minyak luar pesisir.
 
Aset telekomunikasi mewakili separuh kekayaannya menerusi pemilikannya dalam Maxis, kata Forbes.
 
Tan Sri Quek Leng Chan berganjak ke tempat ketiga daripada keempat sebelum ini, biarpun kekayaannya susut sebanyak AS$800 juta bagi tempoh setahun lepas kepada AS$5.6 bilion.
 
Beliau yang memiliki Hong Leong Co, mempunyai kepentingan dalam pelbagai sektor daripada makanan kepada kewangan selain pelaburan dalam sektor minyak dan gas (O&G) serta pegangan dalam firma Indonesia Samudra Energy, syarikat Malaysia Scomi Energy Services, Alam Maritim Resources dan firma Singapura, Ezion yang menjadi pembekal sokongan untuk perkapalan dan telaga minyak.
 
Senarai terkini Forbes itu turut dibarisi empat muka baharu iaitu taikun hartanah Khoo Cheng Hai di tempat ke-45 dengan nilai kekayaannya AS$285 juta selepas sahamnya dalam KSL Holdings berlipat ganda; pakar pembungkusan Lim Teck Meng daripada Scientex (tempat ke-46 dengan kekayaan AS$280 juta); hartawan fabrikasi minyak-perkapalan Coastal Contracts Ng Chin Heng (tempat ke-47, AS$275 juta) hartawan hartanah dan pengasas bersama United Overseas Australia, Kong Chong Soon (tempat ke-50, AS$240 juta).
 
Taikun kasino Tan Sri Lim Kok Thay daripada Genting Group menduduki tempat keempat dengan kekayaan bernilai AS$5.5 bilion, merosot daripada AS$6.5 bilion tahun lepas berikutan penyederhanaan ekonomi China yang menjejaskan sektor perjudian dan hiburan rantau ini.
 
Bagaimanapun, kekayaan yang dimiliki beberapa hartawan yang tersenarai, terjejas teruk terutama mereka yang memiliki pelaburan atau berkaitan sektor minyak.
 
Tan Sri Mokhzani Mahathir yang juga pelabur dalam firma perkhidmatan minyak dan gas iaitu SapuraKencana Petroleum, turut menyaksikan kekayaannya susut kepada AS$700 juta berbanding AS$1.2 bilion, tahun lepas.
 
Namun, tidak semua hartawan Malaysia berdepan cabaran sedemikian.
 
Tan Sri Lau Cho Kun yang juga taikun kelahiran Sabah, mencecah status hartawan bertaraf 'bilionaire' dan muncul individu ke-15 terkaya di Malaysia menerusi hasil perladangan dan perdagangan dengan nilai kekayaannya AS$1.08 bilion.
 
Beliau adalah pemegang saham terbesar dalam Hap Seng Consolidated Bhd.
 
Kekayaan taikun perisian, Goh Peng Ooi meningkat kira-kira AS$450 juta kepada AS$1.55 bilion dan tersenarai ahli perniagaan kesembilan terkaya di Malaysia.
 
Firma miliknya, Silverlake Axis kini membekalkan perisian kewangan kepada 40 peratus bank di serata Asia Tenggara.
 
Antara syarat untuk tersenarai tahun ini adalah pemilikan kekayaan minimum AS$240 juta iaitu meningkat daripada AS$220 juta.
 
Senarai penuh boleh diperolehi di www.forbes.com/malaysia dan edisi terbaharu Forbes Asia.

Saya 'Larikan' Anak Darah Daging Sendiri" - Rozana Misbun

MSTAR ONLINE


Rozana Misbun gembira akhirnya dapat bertemu anak kandungnya sendiri selepas beberapa bulan terpisah gara-gara kes mahkamah.
 
 
 
PETALING JAYA: Isteri Awie iaitu Rozana Misbun, menempelak suaminya  sambil menyifatkan penyanyi rock itu mahu mencari publisiti murah dengan membangkitkan pula isu yang tidak relevan iaitu soal melarikan anak.

Rozana, 36, dalam satu mesej panjang lebar kepada mStar Online pada Jumaat berkata, dua anak yang dikatakan itu, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5, berada dalam keadaan sihat, selamat dan bahagia bersamanya.

“Saya tiada sebarang motif lain selainkan ingin bersama anak-anak sebaliknya saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai ibu kandung untuk membesarkan mereka yang masih kecil dengan penuh kasih sayang dan perhatian,” katanya.

Rozana berkata demikian sebagai respons kepada tuduhan Awie seperti dilaporkan media pada Jumaat kononnya dia telah melarikan dua anaknya itu di sekolah tanpa memaklumkan kepada penyanyi itu terlebih dahulu.

Seorang lagi anak hasil perkahwinan Rozana dan Awie iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, masih berada bersama penyanyi tersebut.

Pada 27 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memberikan hak penjagaan sementara kepada Rozana tiga orang anaknya itu sehingga perintah kekal di keluarkan.

Dengan perintah itu, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 47, selaku responden hanya diberikan hak melawat di kediaman anak-anak tersebut selama dua jam sebanyak dua kali sebulan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad pada minggu pertama dan ketiga dengan memaklumkan kepada Rozana.

Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 15, dan Puteri Aleefa Antasha, 13.

Ikuti komen Rozana berhubung tuduhan terbaharu Awie terhadapnya.


Gambar terbaharu yang dikirimkan Rozana menyaksikan kemanjaan anaknya, Putri Qasseh Antasha.

Apa yang boleh Rozana katakan terhadap tuduhan Awie kononnya Rozana melarikan anak-anak?

Istilah 'larikan anak' tu macam tak kena sebab Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha adalah anak kandung saya. Saya tak larikan anak orang lain tapi anak daripada darah daging saya sendiri!
Lagipun perintah makhamah bertarikh 27 Januari 2015 secara sah dan nyata telah memberi hak penjagaan anak-anak kepada saya sehingga hak penjagaan kekal diputuskan kelak.

Awie  berkata, kenapa Rozana tidak maklumkan kepadanya untuk mengambil anak-anak?

Nak maklumkan macam mana lagi sebab setiap kali saya beritahunya untuk ambil anak pada sekian-sekian masa di rumahnya di Ukay Bistari (Ampang, Selangor) secepat kilat anak-anak saya disembunyikan dan dilarikan ke tempat lain. Baru-baru ini dia bawa anak-anak sembunyi di rumah kakaknya di Rawang.

Cubaan saya untuk berjumpa anak-anak walaupun saya diberikan hak telah dibuat secara berhemah beberapa kali. Disebabkan ikhtiar saya itu terus-menerus gagal, maknanya saya terpaksa membuat keputusan untuk mengambil anak-anak di sekolah.

Awie mendakwa terdapat anggota polis bersenjata ke sekolah ketika Rozana mahu ‘melarikan’ anak-anak?

Saya harap Awie berhentilah berhalusinasi dan tahu membezakan antara fantasi dan realiti. Soal polis berpakaian preman, bersenjata semua tu, ia tidak wujud sama sekali.

Apakah motif Awie menuduh sedemikian?

Saya faham Awie perlukan publisiti bagi melariskan konsertnya. Tapi tolonglah jangan heret saya dan anak-anak dalam kancah itu. Saya tak perlukan publisiti murahan macam ini untuk meraih perhatian sebab saya hanyalah seorang ibu yang hanya memperjuangkan hak untuk anak-anak yang cuba dinafikan oleh Awie.

mStar Default Image
Awie

Ada dakwaan, Rozana halang Awie berjumpa anak-anak?
  Siapa kata saya tak bagi Awie jenguk anak-anak? Dia boleh saja berbuat demikian pada waktu dan tempoh masa seperti yang tertera dalam perintah mahkamah. Kalau dia nak menghubungi saya menerusi telefon untuk berbual dengan Rezzki dan Qasseh pun, tak jadi masalah. Saya akan benarkan.

Adakah Rozana mahu uruskan pertukaran sekolah anak-anak?

Apabila mahkamah syariah memutuskan bahawa sijil nikah kami palsu, maka secara automatik, sijil kelahiran atau surat beranak anak-anak menjadi tidak sah dari sudut undang-undang kerana sijil nikah itulah yang tertera pada sijil kelahiran anak-anak.

Urusan pertukaran sekolah memang saya sedang usahakan namun ia tertangguh kerana  melibatkan banyak pihak termasuklah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).

Bagi saya tak perlulah hantar anak ke sekolah swasta yang mahal yurannya. Tun Mahathir dulu pun bersekolah di sekolah kerajaan saja tapi tengoklah kejayaannya sebagai pemimpin dikagumi dunia.

Bagaimana hubungan anak-anak sejak bersama Rozana?

Anak-anak sekarang dengan saya dah macam kembar siam. Tak boleh berenggang langsung. Qasseh siap bagi isyarat pada saya, bila dia bangun dari tidur, celik mata setiap pagi, dia mahu saya ada di sisi dia. Kalau tidak dia akan menangis dan merajuk sepanjang hari.

"Saya Bukan Bimbang Soal Bayar Cukai" - Siti Nurhaliza


Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI


Siti menyangkal dakwaan kononnya dia mempunyai harta kekayaan sebanyak RM50 juta.
 
 
 
PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menjelaskan perasaan kurang senangnya dengan pendedahan kononnya beliau sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia bukan kerana bimbang perlu membayar cukai pendapatan.

Siti, 36, sebaliknya beliau bimbang dengan laporan yang dikeluarkan oleh portal savemoney.com itu akan mengancam keselamatannya dan keluarga jika perkara itu menjadi perhatian ramai.

"Sebagai seorang warganegara Malaysia saya sentiasa melaksanakan tanggungjawab membayar cukai tanpa sebarang masalah dan tidak perlu bimbang mengenai hal itu.

"Saya bukan bimbang tentang cukai tetapi keselamatan saya yang mungkin terancam dengan laporan yang tidak tepat itu. Jujur saya kurang senang dengan perkara itu," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian sebagaoi mengulas laporan portal savemoney.com yang menyenaraikan Siti sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan RM50 juta.

Dalam pada itu, Siti berkata, beliau kurang pasti atas dasar apakah pihak berkenaan menilainya dengan jumlah itu dan menganggap ia sebagai satu tanggapan dan andaian.

"Saya faham artikel berkenaan sekadar andaian dan tanggapan dalam mencerminkan yang hebat-hebat tentang wanita di Malaysia tetapi ia sama sekali tidak benar.

"Saya sendiri kurang tahu atas penilaian apakah mereka menganggarkan saya mempunyai harta kekayaan RM50 juta," katanya.

Sementara itu, Siti berkata, sebagai penyanyi dan usahawan, dia berharap laporan yang dikeluarkan tersebut akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

Malah kata Siti, beliau sentiasa menyimpan impian untuk mencapai tahap lebih tinggi dalam hidupnya dan sedang berusaha ke arah tersebut.

"Belum lagi tahap itu, tetapi siapa yang tidak mahu mempunyai nilai kekayaan sebanyak RM50 juta? Saya sendiri memasang impian untuk mencapai tahap itu suatu hari nanti.

'Solidariti bukan tutup tekanan dalaman Umno'

MALAYSIAKINI



 
 
 
Himpunan solidariti Datuk Seri Najib Abdul Razak bersama barisan pemimpin Umno bahagian tiada kaitan dengan tekanan dalaman parti termasuk isu berkaitan keluarga pemimpin BN itu.

Sebaliknya ia diadakan untuk menunjukkan sokongan kepada perdana menteri bagi berdepan tekanan antarabangsa dan pembangkang, kata seorang pemimpin Umno.

Sambil menegaskan "tiada perpecahan dalam Umno", ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata pertemuan 8 Mac ini bertujuan bertukar-tukar fikiran demi keutuhan parti dan pentadbiran negara.

"Tidak (ada kena mengena dengan perkara itu). Sebenarnya kami mencadangkan supaya pertemuan itu diadakan setahun dua kali. Kami mahu bertukar-tukar fikiran, idea dan maklumat untuk mempertahankan parti.

"Sekarang (banyak) polemik dan tohmahan (dibangkitkan) melalui media asing. Dalam Umno, tidak ada perpecahan. Yang menimbulkan isu adalah pembangkang. Mereka ini tidak ada kerja lain," katanya.

Syed Ali menjawab soalan Malaysiakini sama ada perhimpunan solidariti ketua-ketua bahagian Umno itu berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi Najib, termasuk hutang syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan ura-ura pergeseran dalam keluarga Najib.

Ketika dihubungi pagi ini, Syed Ali berkata apabila pembangkang kehabisan modal untuk menyerang perdana menteri, mereka mengalihkan serangan itu kepada kepada isterinya Rosmah Mansor.

"Beliau mahu buat apa, beliau punya pasallah," katanya dengan nada tinggi.

Rosmah menarik perhatian sekali lagi minggu ini, termasuk media antarabangsa, susulan kenyataannya tentang harga tinggi dandanan rambutnya sehingga mencecah RM1,200.

Namanya juga dikaitkan dalam laporan akhbar berpengaruh The New York Times awal bulan ini berkaitan pembelian hartanah mewah di Amerika Syarikat yang melibatkan seorang ahli perniagaan yang dikatakan dengan keluarga Najib.

The Star hari ini melaporkan cadangan untuk mengadakan pertemuan itu dicetuskan oleh sekumpulan ketua Umno bahagian dan setakat ini seramai 170 daripada 191 pemimpin bahagian Umno mengesahkan kehadiran mereka.

Syed Ali juga berkata: "(Selepas ini) saya yakin (sokongan akan bertambah) untuk kepentingan parti, negara dan kami tidak ada kepentingan peribadi."

Akhbar itu turut memetik beberapa ketua Umno bahagian yang menyokong himpunan tersebut, termasuk ketua Umno Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang mahu mendengar Najib menjelaskan secara terus pelbagai isu termasuk berkaitan 1MDB dan ekonomi negara.
 

Multaqa PAS 'bagai simbah minyak ke api'

AHMAD AWANG

 

 


ULASAN Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur atas berlangsungnya program Multaqa Ulama II yang baru sahaja selesai diadakan.

Usaha untuk menghimpunkan keseluruhan ahli PAS yang berlatarbelakang pendidikan agama melalui suatu multaqa adalah satu usaha besar yang sudah pastinya penuh cabaran.

Mungkin tidak salah kalau dikatakan ianya merupakan usaha menghadirkan keseluruhan kekuatan dan kemampuan ulama’ PAS dari seluruh negara demi menzahirkan peranan dan pengaruh ulama’ di dalam PAS.

Oleh kerana ia digambarkan sebagai ‘program mega’ yang begitu sifatnya, maka tidak salah kalau dikatakan bahawa harapan rakyat, dan ahli PAS khususnya, pasti begitu tinggi.

Mungkin diharapkan bahawa ia akan menjelaskan lagi arah tuju PAS sebagai rakan Pakatan Rakyat, yang sambil bergerak dalam kerangka gabungan ini, dapat mencapai aspirasi perjuangannya.

Sudah pasti seluruh rakyat mengharapkan kemelut yang berterusan dalam Pakatan, entiti politik yang dilihat sebagai harapan rakyat untuk menggantikan BN, akan dapat ditamatkan atau paling kurang dilunturkan hasil multaqa ini.

Kemungkinan diharapkan bahawa golongan ulama’ akan memberi nasihat dan tunjuk ajar yang berpaksikan carian mereka daripada khazanah keilmuan Islam yang begitu luas sehingga segala masalah dan perbalahan dapat diatasi berlandaskan al-Quraan dan sunnah.

Bagi ahli PAS pula, pastinya harapan yang tinggi bahawa perbalahan dalaman yang seolah-olah tidak terurus, sehingga mengusutkan lagi perasaan ukhuwwah dan silaturrahim dalam PAS itu sendiri, akan akhirnya dapat ditangani melalui kata-kata permata yang akan dihasilkan dari multaqa ini.

Kerana semestinya golongan ulama’ yang berkumpul melalui multaqa ini akan dapat melihat dan merasai keperluan menyelesaikan perbalahan yang semakin meruncing.

Di mana hasilnya?

Sewajarnya golongan ulama’ akan memberikan peringatan berhubung soal ukhuwwah dan persaudaraan dalam Islam. Sudah pasti kesan dari multaqa ini adalah penyatuan hati dan merapatkan saf, bukan sebaliknya.

Malangnya, apa yang diharapkan jelas tidak tercapai. Rakyat yang mengharapkan pembelaan kerana bakal ditimpa berbagai corak tekanan, sama ada ekonomi, sosial mahupun politik sudah pasti berasa hampa dan kecewa.

Bukan sekadar tidak memenuhi harapan bahawa Pakatan dapat dikukuhkan dan ditunjukkan jalan ke arah kerjasama yang lebih mantap dan bermakna, malah diungkitkan pula permasalahan-permasalahan yang dihadapi dan kemungkinan tergadainya prinsip Islam dengan penyertaan PAS dalam Pakatan.

Secara umum ia merupakan usul yang sama seperti usul multaqa ulama’ yang dianjurkan dua tahun lepas yang meminta tahalluf siyaasi (kerjasama politik) ‘dikaji semula’.

Tetapi setelah ditegur dan dikritik, maka diperjelaskan bahawa ‘kajian semula’ itu bermaksud “kaji semula ke arah memperbaiki dan mempekukuhkan lagi”!

Kalau benar itulah yang dimaksudkan pada ketika itu, maka di mana hasil kajiannya? Tidakkah hasil kajian itu patut dikemukakan dalam Multaqa II, lebih-lebih lagi dalam keadaan suasana perbalahan yang dihadapi dewasa ini?

Sudah pasti cadangan-cadangan dari Multaqa Ulama II ke arah pengurusan perbalahan dan penyelesaiannya amat sangat dialu-alukan. Malangnya, cadangan sedemikian rupa tidak sama sekali dikemukakan. Sebaliknya diulang kembali kekhuatiran dan ketakutan yang sama.

Begitu juga hampa dan kecewa pastinya ahli PAS yang sedang melihat perbalahan dalaman yang semakin meruncing.

Pecahkan atau kukuhkan Pakatan?

Multaqa ulama tidak menyediakan kata-kata hikmah serta kaedah bijaksana bagaimana ianya perlu diurus dan ditangani. Apa yang dilakukan sebaliknya adalah menyimbah lagi minyak ke atas api yang sedang membara, tidak mendatangkan penyelesaian tetapi sebaliknya merumitkan lagi.

Ia seolah-olah mengesahkan tuduhan-tuduhan liar bahawa ada pihak  yang membawa fahaman sekular liberal dalam PAS, adanya usaha menjatuhkan presiden dan sebagainya.

Sedangkan itu semua pertuduhan yang bersifat rambang. Adakah perlu majlis sebesar dan sepenting Multaqa Ulama II membincangkannya tanpa pernah dibuat “tabayyun” dan membawa bukti lalu terus menjatuhkan hukuman?

Agenda apa sebenarnya yang diutamakan oleh multaqa ini? Mengusahakan perpecahan Pakatan atau pengukuhannya? Mengusahakan kesatuan saf dalaman PAS atau merenggangkannya?

Yang dilihat, ia dianjurkan hanya pada tahun pemilihan. Yang dilihat multaqa menghasilkan usul pecah-belah dan persengketaan.

Adakah benar persepsi sebahagian bahawa program-program liqa’, neqad, ijtima’dan multaqa itu sendiri tidak lain melainkan usaha kempen untuk menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan yang lain?

Amat malanglah sekiranya ia benar sehingga tumpuan usaha ulama’ yang dibawa dari seluruh negara adalah untuk memburuk-burukkan pimpinan tertentu dan menjatuhkan mereka dan menaikkan golongan sendiri.

Politiking sempit sebegini tidak layak bagi ulama’, apatah lagi dengan menggunakan nas-nas al-Quran dan hadis yang tidak kena pada tempatnya.


Bahagian kedua diterbitkan esok: Ulama bukan tiket dapat pujian, dokongan




AHMAD AWANG seorang tokoh ulama PAS yang disegani. Selain berpengalaman sebagai ahli akademik dan birokrat agama dalam kerajaan, beliau pernah memimpin Persatuan Ulama Malaysia (PUM) selama 17 tahun.