Isnin, 3 November 2014

Tiada bukti DNA, mahkamah jadi alat Umno- Profesor Undang2 Filipina

KEADILAN DAILY


FILIPINA : Seorang pengamal undang-undang dari Filipina, Professor Harry L. Roque berkata tiada bukti DNA untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan perlakuan liwat.

“DNA diterima dalam Sains, apa yang membuatkan bukti DNA dalam kes Anwar Ibrahim meragukan adalah fakta bahawa sementara DNA diekstrak daripada tuala, sikat dan berus gigi yang didakwa digunakan Anwar berasal dari individu yang sama, ada bukti secara langsung bahawa ia bukan DNA Anwar.

“DNA dalam Sains sendiri mengesahkan DNA yang ditemui dari sesuatu objek adalah milik orang tertentu. Tetapi dalam kes Anwar, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan atas keterangan mengikut keadaan semata-mata bahawa ia hanya datang dari Anwar, meskipun tiada kehadiran bukti saintifik,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesimpulan mahkamah itu tidak akan berlaku di Filipina atau negara yang mengamalkan sistem kehakiman bebas.

“Hakikat bahawa Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman bersalah dalam keadaan meragukan hanya bermaksud bahawa ia tidak bebas dan menjadi alat parti pemerintah, Umno dan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dalam usaha mengalahkan Anwar dan pembangkang,” ujarnya yang menjadi pemerhati dalam kes berkenaan sejak 1999

Harry L. Rogue yang juga Profesor undang-undang dari University of the Philippines College of Law  Filipina berkata , tidak ada mahkamah di dunia ini boleh menjatuhkan hukuman dengan ketiadaan bukti DNA secara langsung.

“Soalan-soalan sekarang ialah sama ada Mahkamah Persekutuan Malaysia akan menunjukkan kemerdekaan dan membebaskan Anwar, atau terpengaruh dengan pihak yang berkuasa seperti yang dilakukan oleh Mahkamah Rayuan.

“Di satu sisi, apa yang saya amati ialah mahkamah Malaysia sedang diadili, dan bukan hanya kes Anwar Ibrahim.

“Mereka yang mencintai kebebasan dari seluruh dunia benar-benar menunggu keputusan perbicaraan ini. Ia juga adalah perbicaraan terhadap kebebasan dan integriti mahkamah Malaysia,” ujarnya yang juga aktivis undang-undang.

Tiada ulasan: