Jamil Khir Baharom
KUALA LUMPUR - Sijil halal yang dikeluarkan oleh pejabat agama negeri
dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada masa ini dilakukan
secara sukarela dan tidak diwajibkan ke atas setiap pengusaha restoran
makanan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jumlah peniaga kecil makanan yang besar di negara ini menghalang usaha untuk mewajibkan pemilikan sijil halal itu.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai dan pengguna Islam tidak sepatutnya khuatir terhadap status halal produk makanan yang dihasilkan pengusaha makanan tempatan kerana rata-rata daripada mereka memenuhi syarat kepatuhan halal.
"Kekangan peniaga kecil makanan menghalang usaha kami untuk mewajibkan sijil halal terhadap syarikat, premis, restoran makanan segera dan restoran 24 jam.
"Pengguna Islam juga tidak perlu was-was dengan restoran yang mempunyai sijil halal kerana ada jawatankuasa dalaman dan audit berkala melawat premis.
"Walaupun ada sesetengah premis makanan tidak mempunyai sijil halal, mereka mungkin sudah memohon dan dalam proses untuk diluluskan," katanya ketika menjawab pertanyaan lisan pada sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) yang bertanyakan langkah kerajaan bagi memastikan restoran makanan termasuk restoran 24 jam dan makan segera seperti McDonald dan Starbucks menghidangkan makanan halal kepada pelanggan Islam.
Mengulas lanjut, Jamil Khir menambah, sijil halal itu bukan sahaja menyentuh aspek halal sahaja bahkan ia menitikberatkan terhadap tahap kebersihan makanan yang dihasilkan.
"Sijil halal itu ambil dikira dari aspek halalan toyyiba atau halal lagi baik, isu halal tidak diragui di Malaysia tetapi bermasalah dari segi kebersihan.
"Di luar negara pula aspek kebersihan (baik) tidak diragui cuma aspek halal pula menjadi masalah," katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan