MALAYSIAKINI
Pemuda MIC mendesak kerajaan untuk menghentikan sebarang perbincangan untuk membentuk Mahkamah Persekutuan Syariah.
Ini kerana, kata sayap kanan parti India itu, pembentukan itu memerlukan
pindaan perlembagaan dan dapat mengubah bentuk sekular dalam
Perlembagaan Persekutuan.
Pemuda MIC juga berkata, undang-undang tuhan tidak sesuai menggantikan
undang-undang sekular kerana “manusia tidak boleh bertindak atas nama
tuhan”.
“Dalam
perlembagaan jelas dinyatakan bahawa undang-undang Islam terhad
terhadap enakmen negeri dan tidak mempunyai bidang kuasa di peringkat
persekutuan,” kata Ketua Pemuda MIC Sivarraajh Chandran (kanan).
Cadangan itu dilapor diajukan dalam mesyuarat kabinet pada Jumaat lepas
dan diumumkan oleh menteri agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Menurut Jamil, lima peringkat mahkamah syariah itu turut melibatkan penubuhan Mahkamah Tengah Syariah dan Majlis Rayuan Syariah.
Laporan Berita Harian sebelum ini melaporkan Jamil sebagai menegaskan, tahap bidang kuasa Mahkamah Persekutuan Syariah itu harus sama dengan Mahkamah Persekutuan sivil.
Dalam kenyataannya hari ini, Sivarraajh berkata, untuk membuat pindaan,
sekurang-kurangnya referendum harus dijalankan untuk melihat sama ada
orang ramai benar-benar mahukan mahkamah syariah baru itu.
Beberapa lagi parti yang sinonim dengan masyarakat bukan Melayu sudah
tampil menyatakan bantahan masing-masing, termasuk DAP, MCA dan Gerakan
sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan