PETALING JAYA: Raja Bomoh 1Malaysia, Ibrahim Mat Zain didakwa mendera amahnya yang juga warga Indonesia.
Amah berkenaan, Menik Fitriyanti, 47, berkata dia terpaksa menerima
jahitan sepanjang 30 sentimeter selain daya ingatannya terjejas.
Menik bertindak melarikan diri dan pulang ke Indonesia pada 4 November
lalu setelah tidak tahan didera oleh Ibrahim sejak setahun lalu.
Menurut anak perempuan Menik, Alfa Nurismayanti, ibunya sering kali
dipukul oleh Ibrahim sehingga mengalami kecederaan teruk di kepala.
Menurut Alfa lagi, ibunya pernah memberitahu bahawa dia tidak mahu
bekerja di Malaysia dan ingin pulang ke Indonesia namun dihalang oleh
majikannya.
“Pada jam tiga petang hari berkenaan, tanpa disedari, ibu pulang secara
tiba-tiba dan berada di tanah perkuburan ayah, di belakang rumah kami.
“Namun begitu, ibu tidak mahu bercakap dan sehingga hari ini, kami
sekeluarga tidak mengetahui bagaimana dia boleh pulang ke rumah,”
katanya.
Alfa juga turut menerangkan keadaan ibunya di mana terdapat kesan luka
di leher, perut serta kaki. Ibunya dikatakan dalam keadaan trauma akibat
didera oleh Raja Bomoh itu.
Alfa juga mengatakan oleh kerana ibunya bekerja di Malaysia secara
tidak sah, pihaknya tidak mengharapkan sebarang bantuan dari pihak
berkuasa.
Apa yang penting baginya sekarang adalah merawat dan menyembuhkan kecederaan yang dialami oleh ibunya.
Kes penderaan Menik ini telah mendapat liputan yang meluas media di
Indonesia dan pihak berkuasa Indonesia juga akan memberi perhatian
terhadap isu penderaan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan