Kartunis politik Zunar antaranya disoal berhubung watak-watak yang
dimaksudkannya dalam buku satiranya, yang dikaitkan dengan kes
pertuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguamnya Latheefa Koya (bawah) berkata, perkara itu antara soalan diajukan polis ketika soal siasat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara hari ini, selain tujuan dan niatnya melukis dan menerbitkan karya itu.
"Saya ingin memberitahu beberapa soalan menarik yang ditanya oleh polis, antaranya ialah apakah tujuan kamu melukis dan menerbitkan buku ini?
"Siapakah Anwar yang kamu maksudkan ini dan siapakah yang kamu maksudkan dalam karakter kartun seperti Fernando, Azizan, Tun M, Najib, Rosmoh, AG, Hakim Zabidin dan Doktor Rosman," katanya kepada media di depan IPD itu.
Menurut Latheefa, Zunar disiasat bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Siasatan itu, katanya, dilakukan berdasarkan dua laporan polis yang dibuat di Putrajaya dan di balai polis Tun HS Lee.
Tak jawab semua soalan
Kartunis atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque hari ini dipanggil buat kali kedua berhubung siasatan sekitar penerbitan buku Konspirasi Memenjarakan Anwar dan Pirate of the Carry-BN.
Tiga pembantu Zunar sebelum ini ditahan dan dibawa balai polis Putrajaya kerana menjual buku itu dan seorang pengendali laman webnya juga dipanggil polis untuk siasatan .
NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam memberitahu, sebanyak 44 buah buku Zunar dirampas setakat ini.
Sementara itu, Latheefa berkata, beliau tidak melihat sebarang unsur jenayah dalam karya Zunar (kanan) kerana ia tidak diharamkan.
“Jadi kalau buku ni tak diharamkan kenapa kamu nak siasat?" soalnya.
Beliau juga menyifatkan polis “tidak ada kerja” dengan menyiasat buku-buku itu.
Sementara itu, Zunar yang kelihatan tenang berkata, beliau memilih untuk tidak menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan