Selasa, 4 November 2014

Kerajaan akan tetap laksanakan GST- Najib

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan berpatah balik daripada keputusannya untuk melaksanakan struktur percukaian baharu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April tahun depan.
 
"Kita akan teruskan pelaksanaan GST," kata Perdana Menteri berucap merasmikan Persidangan Akauntan Antarabangsa 2014 anjuran Institut Akauntan Malaysia (MIA) di sini sebentar tadi.
 
Najib yang juga Menteri Kewangan sehubungan itu berkata MIA boleh memainkan peranan untuk memastikan 200,000 syarikat yang layak mendaftar untuk GST sebelum akhir tahun ini.
 
Beliau berkata, hingga kini lebih 120,000 syarikat sudah mendaftar untuk GST.
 
 
"Saya harap badan profesional termasuk MIA bersiap sedia menghadapi pelaksanaan GST dengan memberi sokongan penuh kepada ahli mereka," katanya.
 
Persidangan dua hari itu dihadiri lebih 2,000 peserta membabitkan 60 pembentang kertas kerja.

Tiada ulasan: