Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli (kiri) pads Forum 1MDB: Negara Berhutang? di The Club, Petalung Jaya, malam tadi. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli (kiri) pads Forum 1MDB: Negara Berhutang? di The Club, Petalung Jaya, malam tadi. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN
 
 
PETALING JAYA – “Jika apa yang saya dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua sebut mengenai (1MDB) tidak betul, sudah tentu kami berdepan dengan tindakan termasuk kemungkinan dimasukkan ke penjara,” kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

“Sehingga kini tiada satu pun tindakan undang-undang atau saman yang dikenakan terhadap beliau dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu susulan daripada pendedahan penyelewengan,” katanya pada Forum 1MDB: Negara Berhutang? di The Club, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas seorang mahasiswa dari sebuah institusi pengajian tinggi awam tempatan yang menyertai forum tersebut berkata, dia meragui angka dan fakta yang dibentangkan oleh kedua-dua ahli Parlimen PR itu.

Keraguan itu timbul selepas pendedahan yang dikatakan memburukkan imej kerajaan itu membabitkan pihak pembangkang sahaja tanpa mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sebelum beliau dan rakan PR lain mendedahkan kepada umum dakwaan penyalahgunaan dana awam itu, mereka akan memastikan fakta itu sahih, tidak memfitnah dan mempunyai kepentingan umum.

"Saya dan YB Tony Pua, peranan kami adalah, setelah semak betul-betul dan kami yakin maklumat itu tepat, maka kita bawa kepada rakyat dan juga media.

"Dalam dunia hari ini maklumat mudah diperolehi, tidak seperti dulu di mana maklumat disembunyikan.

"Sekarang ini dengan internet, segala maklumat dan budaya baharu di Malaysia, budaya ‘whistleblowing’ bahawa orang akan bagi maklumat kerana merasakan ia  tanggungjawab sivik mereka untuk bagi maklumat ini," ujarnya.

Sementara itu, Tony Pua menegaskan segala angka dan fakta yang didedahkan mengenai dakwaan penyelewengan diperolehi daripada laporan kewangan," dakwanya.