Isnin, 24 November 2014

Aktivis anti-Akta Hasutan berarak ke parlimen

NADIA OTHMAN


   


Sekumpulan aktivis penentang Akta Hasutan 1948 pagi ini berarak ke Parlimen bagi menuntut petisyen bantahan orang ramai terhadap undang-undang itu dibincangkan.

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) berkumpul pada jam 10.00 pagi di Padang Merbok, Kuala Lumpur sebelum bergerak ke parlimen, tidak jauh daripada tempat itu.

Antara hadir menyatakan sokongan termasuk NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL).

Mereka bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke parlimen, antaranya kerana tidak memenuhi kod etika pemakaian.

Tidak puas hati dengan perkara itu, peguam Latheefa Koya menegaskan mereka datang secara aman.

Bagaimanapun, selepas bertekak kira-kira 15 minit dengan pengawal, sebahagian mereka dibenarkan masuk.

Petisyen itu bagaimanapun kemudiannya ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana alasan teknikal dan ia sedang dalam pertimbangan kerajaan.



(*) NADIA OTHMAN wartawan pelatih di Malaysiakini.

Tiada ulasan: