Sabtu, 10 Mei 2014

Wee: Mkini betul, MCA akan 'kaji' kedudukan dalam BN

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong menjelaskan bahawa Malaysiakini tidak memutarbelit kata-katanya mengenai hasrat MCA untuk "mengkaji semula kedudukannya dalam BN" jika Umno menyokong hudud.

Wee mengesahkan itulah apa yang dikatakannya, sambil menyalahkan lamanweb BNBBC.my yang membuat kesimpulan mereka sendiri apabila beliau bercakap kepada mereka tentang "sebuah portal dalam talian" yang telah salah memetiknya dengan mengatakan bahawa MCA mungkin akan keluar dari BN.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Wee berkata apabila beliau menyedari lamanweb majlis penyokong BN itu melaporkan bahawa beliau telah menyalahkan Malaysiakini kerana memutarbelitkan kata-katanya, beliau terus memberitahu mereka supaya segera membuat pembetulan.

BNBBC telahpun memperbetulkan kesilapan mereka.

Bagaimanapun Wee tidak mengulas lanjut mengenai apa yang dimaksudkannya dengan "mengkaji semula".

Beliau mengulangi pendirian tegasnya menentang pelaksanaan hudud, dengan mendakwa ia adalah demi untuk bangsanya dan generasi akan datang.

Walaupun berdepan dengan kritikan masyarakat Melayu, Wee berkata beliau tidak akan mengalah.

Tiada ulasan: