Isnin, 26 Mei 2014

Laporan MH370 Inmarsat dijangka dikeluarkan esok, kata Hishammuddin

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Kementerian Pengangkutan dimaklumkan bahawa data Inmarsat berhubung pesawat Malaysia Airlines MH370 akan diumumkan esok selepas beberapa agensi pakar dalam dan luar negara selesai membuat analisis, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar).

Pemangku menteri pengangkutan itu berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya dan pihak yang akan membuat pengumuman adalah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Inmarsat sendiri.

"Mungkin esok kerana ‎yang mengumumkannya adalah DCA dan Inmarsat. Ia bukan berkait Inmarsat sahaja tetapi panel pakar lain seperti ICAO, NTSB, AAIB dan pakar lain.

"Mereka bekerjasama untuk mengetahui apa yang berlaku. Jika saya kata dikeluarkan esok, ia bergantung kepada keputusan mereka," katanya pada satu sidang media di klia2 hari ini.

MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac lalu dan masih belum ditemui sehingga kini.

Tiada ulasan: