Khamis, 19 September 2013

Rakyat Malaysia Beli Rumah di UK. Harga £80,000 (Kerajaan UK Bantu Bayar 30% £24,000)

  

Rumah di UK


Rumah di UK : Di Malaysia, setiap tahun sekitar bulan Oktober atau November sebahagian “kumpulan rakyat Malaysia” diajak untuk menghayati lagu “Anak Kecil Main Api” sehingga ada yang teresak-esak kesedihan melihatkan bait-bait liriknya seperti, “Air mata darah bercampur keringat, Bumi dipijak milik orang”.

Adakah ini sahaja yang mampu dilakukan oleh kita semua rakyat Malaysia terutamnya golongan bumiputera di Malaysia? Adakah ini sahaja pilihan yang kita ada?

Di Malaysia setiap kali berlakunya kenaikan harga minyak, harga kereta, gaji minimum, kos sara hidup, kenaikan harga barang dan….kenaikan segala macam benda di Malaysia……..Contohnya (SEPERTI DI SINI). Apa ungkapan?
“Bersyukurlah wahai anak-anak bangsa semua, kenaikan masih lagi munasabah dan berpatutan malah antara yang termurah berbanding dengan negara-negara lain seperti _______, ________ dan _______”
Acapkali rakyat Malaysia diberikan perbandingan demi perbandingan bagi “menghalalkan” sebarang perubahan & kenaikan mahupun proses rasionalisasi di Malaysia.

Beli Rumah di UK VS Beli Rumah di Malaysia

Nah…hari ini Berita Semasa ingin mengajak rakyat Malaysia melakukan perbandingan di Malaysia. Tidak mustahil, malah mampu dilaksanakan salkan segala kekayaan negara berupa “emas hitam” (petroleum), kayu balak, gas asli, kepala sawit, getah, kepelbagaian cukai yang dikenakan kepada rakyat Malaysia tidak dirompak oleh sebilangan kapitalis yang terus berkeliaran ibarat ikan jerung yang terus menunggu untuk menerkam mangsa dan habuan yang seterusnya.

Realitinya hari ini, harga rumah semi D di ibukota sekarang ini rata-ratanya sudah mencecah sekitar RM500,000 dan ke atas. Ada pun RM1,000,000. Rumah flat pun berada pada lingkungan RM150,000. Kalau di Kota kinabalu pula, rumah teres dua tingkat dengan keluasannya tidak sampai pun 2000sqf, harga rumah di sana sudah pun mencecah RM400,000.

Malaysia perlu skim ini. Skim yang mudah dan dilihat lebih telus serta tidak mustahil untuk dilaksanakan di Malaysia.
“hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”
Apa nama skimnya Berita Semasa?

Berdasarkan semakan Berita Semasa mengenai skim yang dianjurkan oleh kerajaan UK kepada mana-mana daripada anda samada warganegara atau bukan warganegara boleh beli rumah di UK melalui skim yang dinamakan ’Home Buy Direct”. Caranya?

Home Buy Direct Malaysia
Sumber : Portal Kerajaan UK
  • Skim “Home Buy Direct” ini adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan UK untuk membantu rakyat mereka baik warganegara ataupun bukan warganegara untuk memiliki rumah sendiri tanpa kos yang tinggi tinggi termasuklah bayaran deposit yang membebankan
  • Skim “Home Buy Direct” yang tertakluk untuk pembelian rumah PERTAMA. Sekali RUMAH PERTAMA sahaja.
  • Dimana, kerajaan perkenalkan konsep belian rumah melalui ‘perkongsian ekuiti’ bagi 1st time home buyer
Cara Pengiraan & Kos Pemilikan Rumah Pertama di UK?
  1. Anda Beli Harga Rumah di UK £85,000
  2. Kerajaan UK Beli Ekuti Rumah Anda 30% & kerajaan bayar kepada pemaju sebanyak £24,000
  3. Anda hanya perlu bayar £61,000 melalui pinjaman bank
  4. Deposit? 10%? Baru £6,100 sahaja
Cuma apabila mahu dijual semula rumah tersebut, hasil penjualan pun mestilah berdasarkan nilai ekuiti antara jumlah ekuiti yang dimiliki kerajaan atas rumah anda di UK. Begitulah konsepnya…

Rumah Mampu Milik di Malaysia VS Negara Lain?

 

Ini semua dilakukan oleh kerajaan UK atas nama untuk “MENDAHULUKAN & MENYENANGKAN RAKYATNYA” selaras dengan tanggungjawab kerajaan UK untuk memastikan rakyat mereka memiliki rumah sendiri pada kos yang berpatutan, dan bukannya berniaga dan mencari keuntungan dengan rakyat sendiri. Ehemmm….

Jikalau anda pergi di Hong Kong contohnya, pasaran harta tanah dunia nilai sewa dan harta tanah di Hong Kong antara yang tertinggi dan termahal di dunia. Ini semua disebabkan faktor bentuk muka bumi dan keadaan fizikal geografi di Hong Kong. Tetapi yang bagusnya, berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap jurnal jurnal akademik berkenaan komersil harta tanah di Asia oleh salah seorang profesor Hong Kong Polytechnic University mengatakan kerajaan Hong Kong antara yang TERBAIK DI DUNIA apabila berjaya menyediakan perumahan mampu milik di Hong Kong.
Skim seperti ini yang dilaksanakan di UK, adalah konsep pemilikan perumahan pintar. Ia memang boleh dilakukan di Malaysia.
“Tiada akan ada isu jual balik rumah seperti ini atau disewakan”
Dengan skim ini, tidak mudah untuk dimanipulasi oleh pemain hartanah di Malaysia sehingga telah menyebabkan lonjakan harga rumah sehingga ke hari ini. Boleh atau tidak skim seperti ini dilaksanakan di Malaysia berdasarkan pemerhatian anda? Apa pendapat balas anda pula?

Tiada ulasan: