http://darisungaiderhaka.blogspot.com, |
Lima Parah, Dua peserta konvoi ‘Malaysia Ride’ nyaris maut digilis tayar.. (gambar dari tempat kejadian)
“Hati saya berdegup kencang melihat dua rakan saya sudah berada di bawah kenderaan itu dengan kepala seorang daripadanya berada betul-betul bersebelahan roda belakang kenderaan pacuan empat roda itu.“Saya cuba memanggil dan bersyukur kerana nyawa mereka masih panjang apabila memberi respons selepas nama dipanggil,” kata peserta konvoi ‘Malaysia Ride’, Mohd Rizal Ismail, 38.
Pasangan suami isteri itu yang hanya dikenali sebagai Mizi dan Zuraidah berusia 30-an antara lima peserta konvoi yang cedera akibat dirempuh Toyota Hilux di Kilometer 43, Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Cherating, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam.
Katanya, pasangan itu dikatakan tercampak ke bawah kenderaan berkenaan sejurus dirempuh dan si suami mengalami patah kaki kanan manakala isterinya hanya cedera ringan.
Menceritakan kembali kejadian itu, Mohd Rizal berkata, 60 motosikal membabitkan 80 penunggang dan pembonceng berkonvoi dari Kuala Terengganu, Terengganu menuju ke Melaka dan merancang singgah di bandar ini untuk makan tengah hari ~ myMetro
Sebelum itu ABN News telah melaporkan.. KUANTAN – Lima orang penunggang motosikal cedera parah apabila motosikal yang mereka tunggangi terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di KM 47 jalan Kemaman-Kuantan petang tadi berhampiran simpang Suria Beach Resort.
Kejadian dilaporkan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda itu membuat pusingan U sebelum dilanggar empat buah motosikal yang berkonvoi bersama lebih 45 buah motosikal yang lain.
Lima orang yang cedera parah telah dihantar ke hospital Kemaman untuk rawatan lanjut manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda itu cedera setelah dipukul oleh peserta konvoi yang lain.
Sumber gambar dari SINI |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan