Khamis, 19 September 2013

Mukhriz sahkan tanding naib presiden, bakal beri tekanan kepada penyandang

OLEH MD IZWAN
























Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) mengesahkan penyertaannya untuk merebut jawatan Naib Presiden Umno dalam sidang media di Alor Setar hari ini, memberi isyarat tiga penyandangnya bakal berdepan dengan tekanan untuk mempertahankan jawatan penting tersebut.

Pelbagai spekulasi menyelebungi mengenai Menteri Besar Kedah tersebut, malah khabar angin juga mengatakan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak telah menasihati anak bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut supaya tidak bertanding dalam merebut jawatan naib presiden parti.

Sebaliknya, Mukhriz dikatakan hanya akan bertanding untuk merebut jawatan Majlis Tertinggi (MT).

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Mukhriz menerima sokongan sebulat suara daripada pemimpin Umno bahagian di peringkat negeri untuk bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan parti Melayu terbesar itu pada Oktober ini.

Beberapa minggu lalu, blogger pro Dr Mahathir juga kerap menulis mengenai peluang Mukhriz untuk mendapatkan tempat di antara tiga jawatan naib presiden – yang dilihat sebagai satu langkah hampir untuk berada di puncak kepimpinan parti.

Mukhriz, 48, dilantik sebagai menteri besar Kedah selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam pada pilihan raya umum 5 Mei lalu dan blogger pro-Umno berpendapat beliau patut merebut peluang untuk mencuba nasib mendapatkan jawatan naib presiden atau beliau akan hilang senioriti kepada pemimpin akan datang.

Tiada ulasan: