Selasa, 17 September 2013

Mukhriz mungkin rebut jawatan naib presiden Umno, ganggu status quo

OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

Dalam beberapa hari lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menghantar risikan kepada perwakilan parti dan broker kuasa: beliau lebih suka barisan naib presiden Umno dikembalikan pada pemilihan parti akan datang.

Tetapi, perancangan kemas untuk membantu Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk kekal dalam jawatan mereka nampaknya sedikit kacau dengan keputusan hampir pasti Datuk Mukhriz Mahathir dalam keputusannya malam ini untuk bertanding merebut salah satu ruang dalam tiga jawatan naib presiden itu.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua Umno di Kedah dan dijangka membuat pengumuman mengenai cita-citanya dalam parti.

 Keputusannya untuk masuk dalam perebutan jawatan itu akan meletakkan Najib dalam keadaan kurang selesa. Jika presiden parti pada masa ini kekal neutral, ia kelihatan sepupunya, Hishammuddin, mungkin menjadi orang yang tewas apabila undi diselaraskan.

Jika pegawai khas dan operasinya terus membuat rondaan dan memberi petunjuk bahawa beliau mahu status quo itu dikekalkan, beliau mungkin boleh menyebabkan kem Dr Mahathir marah.

Beberapa minggu lalu, blogger yang pro kepada bekas perdana menteri, Dr Mahathir kerap menulis mengenai peluang Mukhriz untuk mendapatkan tempat di antara tiga jawatan naib presiden – yang dilihat sebagai satu langkah hampir untuk berada di puncak kepimpinan parti.

Mukhriz, 48, dilantik sebagai Menteri Besar Kedah selepas memenangi kerus dewan undangan negeri pada pilihan raya umum 5 Mei lalu dan blogger pro-Umno berpendapat beliau patut merebut peluang untuk mencuba nasib mendapatkan jawatan naib presiden atau beliau akan hilang senioriti kepada pemimpin akan datang dalam Umno.

Antara pencabar lain merebut jawatan naib presiden ialah Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, walaupun mereka dikatakan ditawarkan kedudukan senator dan jawatan korporat yang menguntungkan jika menarik diri daripada perlawanan itu.

Ali disingkirkan daripada perebutan jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti pada 2009 selepas didakwa terbabit dengan politik wang.

Dr Mahathir bercakap mengenai keperluan parti terhadap pemimpin muda sebagai pembaharuan parti, dan ini dilihat sebagai pesanan kepada veteran parti untuk membenarkan Mukhriz dan mereka  yang berada dalam lingkungan usianya diberikan peluang mendaki dalam kepimpinan parti.

Difahamkan juga bahawa Najib turut bercakap mengenai pembaharuan dan keperluan pemimpin muda diberi peluang dalam parti walaupun beliau sendiri memberikan sokongan secara senyap kepada pemimpin seperti Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdu Jalil untuk terus berada dalam jawatan parti.

Sumber dalaman parti berkata, perlawanan merebut jawatan dalam Majlis Tertinggi (MT) juga hangat kerana ia dilihat sebagai batu lonjakan kepada jawatan lebih tinggi dan juga dapat menjadi pengaruh kepada keputusan parti sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Buat pertama kalinya, mereka perlu mendaftar untuk perlawanan berbeza dahulu, perlu dicalonkan. Ini bermakna, lebih banyak pengingkar dan menambah sakit kepala bagi mereka di jawatan tertinggi.

“Jumlah pilihan yang lebih banyak dalam perlawanan akan memberikan banyak keputusan menarik, yang mungkin berkesan kepada kepimpinan terkini atau bekerja bertentangan dengan mereka,” kata seorang sumber dari dalam parti kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, pemimpin seperti Mukhriz dan Ketua Pemuda Umno, Khary Jamaluddin Abu Bakar mempunyai peluang lebih cerah untuk menang kerana usia muda dan intelektualiti mereka.

“Parti memerlukan mereka untuk maju ke hadapan kerana pemimpin tua tidak ada idea bagaimana mengendalikan dan menawan masa depan.

“Tetapi Najib mahu mengekalkan pasukannya, dan sepupunya. Jadi, itu adalah masalah,” katanya.

Penamaan calon bagi pengundian parti ialah pada 28 September sementara pemilihan akan berlangsung pada 19 Oktober sementara perhimpunan agung parti dijangka pada Disember 2013.

Tiada ulasan: