Khamis, 12 September 2013

Maznah: Azalina mahu pancing undi wanita bagi kerusi MT

 


 
Ketua Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Maznah Abdul Hamid menyifatkan sebagai "bijak" dan menyambut baik keputusan Datuk Seri Azalina Othman Said menarik diri daripada bertanding jawatan ketua Wanita Umno walaupun ramai ahli pergerakan itu didakwanya telah "terguris".

NONEKatanya, ramai ahli pergerakan itu "terguris" apabila anggota Parlimen Pengerang itu tergamak mahu mencabar Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menerima sokongan padu untuk mempertahankan jawatan ketua Wanita.

Tegasnya, Azalina sepatutnya menwarkan diri bertanding kerusi exco terlebih dahulu seperti dilakukan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

"Rosnah ini timbalan menteri dan juga ketua Puteri, tapi dia mai (datang) ketuk pintu dahulu, dia mai (datang) dengan berbudi bahasa.

"NONEJadi sepatutnya dia (Azalina) tawar diri jadi exco dahulu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Maznah diminta mengulas laporan keputusan Azalina untuk mempertahankan jawatan ahli majlis tertinggi Umno dan tidak akan merebut jawatan ketua Wanita Umno "bagi mengelak perpecahan dalam Wanita Umno".

Ketua Wanita Umno Kedah itu berpendapat bahawa Azalina menarik diri daripada bertanding jawatan ketua wanita Umno bagi memancing undi ahli sayap itu yang mampu membolehkannya menang dalam pemilihan MT.

"Kami berpendapat apabila dia menyedari dia akan kalah, dia (bertindak) menarik diri.

"...Jadi (sekarang dia sedar) dia juga perlukan undi Wanita yang begitu ramai.

"Dengan cara ini dia dapat pancing undi Wanita," kata Maznah kepada Malaysiakini.
Ditanya mengenai laporan akhbar semalam yang melaporkan beliau menyokong Azalina bertanding jawatan ketua Wanita, Maznah menjelaskan gesaan itu sebenarnya dibuat dalam bentuk kiasan kepada Azalina.

"Saya cakap kelmarin itu supaya dia dapat ukur penerimaan wanita terhadapnya," katanya.

Tiada ulasan: