Ahad, 22 September 2013

Marsyal Perlumbaan Meninggal Dunia, Pusingan 3 Malaysian Super Series Bikes Dibatal




PETALING JAYA: Marsyal perlumbaan Satish Suppiah meninggal dunia ketika sesi latihan pada Sabtu, menyebabkan pembatalan Pusingan Ketiga bagi Malaysian Super Series Bikes.

Kemalangan itu berlaku pada pukul 12.30 tengah hari.

"Ekoran insiden itu, marsyal dirawat dengan segera di trek oleh pasukan perubatan kami dan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Putrajaya. Malangnya, beliau meninggal dunia akibat kecederaan parah," kata Litar Antarabangsa Sepang dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, satu laporan polis telah dibuat mengenainya.

Dengan menyatakan ucapan takziah kepada keluarganya, sambil menambah bahawa ia akan memberikan sokongan dan bantuan kepada keluarga terbabit.

Ia berkata, tarikh baru bagi Pusingan 4 akan diumumkan kelak.

Tiada ulasan: