Khamis, 19 September 2013

Mampukah Mukhriz 'haru-birukan' penyandang VP?

 


 

Datuk Mukhriz Mahathir kini menjadi tumpuan ahli Umno di seluruh negara menjelang pengumuman pentingnya petang ini sama ada akan menyahut atau tidak hasrat akar umbi yang mahu beliau bertanding jawatan naib presiden Oktober ini.


NONEIa dilihat sangat penting kerana kesediaannya untuk bertanding jawatan tersebut bakal menggegarkan peluang para penyandang naib presiden Umno, terutama Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menurut sumber-sumber dalaman Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi dilihat agak mantap kedudukannya untuk mempertahan jawatan tersebut.

Tetapi selain Hishammuddin, penyertaan Mukhriz juga mungkin memberi tempias kepada seorang lagi penyandang, Datuk Shafie Apdal.

Namun, sumber-sumber itu berpendapat, peluang Shafie agak cerah memandangkan kekuatan Umno Sabah mungkin dapat membantunya mengekalkan jawatan tersebut.

NONEIni ditambah pula dengan penarikan diri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman daripada bertanding jawatan tersebut.

Dua lagi yang turut menawarkan diri mereka bertanding jawatan tersebut ialah bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Namun cabaran Ali dan Isa, menurut beberapa sumber Umno, dilihat tidak mampu mengancam persaingan bagi jawatan tersebut dalam pemilihan Umno tahun ini.

Berdasarkan beberapa kenyataan ketiga-tiga penyandang jawatan tersebut, sumber-sumber Umno berkata kemungkinan mereka berganding bahu bagi mewujudkan kerjasama antara Umno negeri masing-masing - Perak (Zahid), Hishammudin (Johor) dan Shafie (Sabah) untuk mengekal jawatan tersebut.

Menurut mereka, dilihat pada jumlah bahagian Umno, bilangan terbanyak ialah di Johor (26), Sabah (25) dan Perak (24), yang kesemua berjumlah 75 atau 40 peratus daripada keseluruhan 191 bahagian Umno di seluruh negara.

111 bahagian sokong penyandang
Jumlah bahagian Umno di negeri-negeri lain ialah Selangor (22), Kedah (15), Pahang (14), Pulau Pinang (13), Kelantan (14), Wilayah Persekutuan (13), Negeri Sembilan (8), Terengganu (8), Melaka (6) dan Perlis (3).

NONE"Memandangkan kecenderungan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak supaya penyandang sekarang dikekalkan, maka Zahid, Shafie dan Hishammuddin dijangka turut mendapat sokongan daripada Umno Pahang dan Selangor yang pernah dipimpin Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

"Di atas kertas, bahagian yang dilihat boleh menyokong ketiga-tiga penyandang tersebut berjumlah 111 bahagian.

"Diandaikan mereka mampu menarik sokongan sebahagian daripada baki 80 lagi bahagian, maka peluang mereka dilihat cerah sekali," tambah mereka.

Ini menurut mereka, kerana dalam sistem pengundian baru Umno, sokongan setiap bahagian mewakili satu undi.

mahathir perdana global peace pc 080107 mukhrizIni bermakna calon-calon perlu memperolehi jumlah undi terbanyak daripada keseluruhan 191 undi.

Maka persoalannya ialah mampukah Mukhriz mengharu-birukan peluang mana-mana penyandang naib presiden tersebut?

Beberapa pihak dalam Umno mahu menteri besar Kedah itu bertanding bagi mengisi jawatan naib presiden untuk mewakili golongan muda.

Malah, bapanya, bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat membuka laluan untuk anaknya itu bertanding jawatan tersebut apabila menekankan bahawa Umno perlu memberi tempat kepada barisan pemimpin muda Umno demi menjamin kelangsungannya sebagai parti utama orang Melayu.

Tidak dapat disangkal wujudnya 'golongan senyap' dalam Umno di seluruh negeri yang mahu perubahan drastik dalam parti itu selepas prestasi hambar dalam PRU13.

Dikait dengan kekuatan bapa
Dan kehadiran Mukhriz boleh memberi peluang dan laluan kepada mereka untuk merealisasikan kehendak mereka dengan memilih menteri besar Kedah itu.

umno youth 2009 leaders khir toyo khairy jamaluddin and mukhriz mahathirKalau diimbau kembali pertandingan merebut jawatan ketua Pemuda Umno pada 2008, Mukhriz mendapat pencalonan terbanyak, iaitu dari 74 bahagian Umno, berbanding dengan dua calon lain, Dr Khir Toyo (62) dan Khairy Jamaluddin (53).

Walaupun gagal memenangi jawatan tersebut, namun Mukhriz berjaya mendapat 232 undi berbanding 304 undi diperolehi Khairy dan Khir Toyo (284).

Ada pihak yang berpandangan pada masa itu, sekiranya ia bertanding satu lawan satu antara Khairy dan Mukhriz, kemungkinan kemenangan memihak kepada anak Dr Mahathir itu.

Walaupun ketika itu, Mukhriz tidak mempunyai asas sokongan yang kuat dalam Umno berbanding dengan Khir Toyo dan Khairy, tetapi beliau mampu menarik sokongan daripada bahagian Umno di seluruh negara bagi mengumpul jumlah undi tersebut.

mukhriz mahathir khir toyo khairy jamaluddin hujah dialogue 180209 10'Kekuatan' Mukhriz juga sering dikaitkan dengan bapanya. Dan sehingga ini, Dr Mahathir masih berpengaruh dalam Umno dan ini dilihat sebagai satu kelebihan untuk membantu Mukhriz menang sekiranya beliau mengambil keputusan untuk bertanding jawatan tersebut.

Dengan sokongan padu Umno Kedah pimpinannya dan sistem baru undian dalam memilih kepimpinan tertinggi Umno, banyak pihak dalam Umno berpandangan bahawa dengan kedudukannya sebagai menteri besar yang juga pengerusi Umno Kedah, pastinya Mukhriz mampu mengulangi sejarah tersebut dalam mengecewakan salah seorang penyandang kerusi naib presiden.

Pastinya semua ini bergantung keputusan Mukhriz petang ini sama ada putera Dr Mahathir ini bersedia masuk ke gelanggang pertandingan jawatan naib presiden Umno Oktober ini?

Tiada ulasan: