Isnin, 16 September 2013

Lebih banyak pembangunan di pedalaman, kata Najib

OLEH DESMOND DAVIDSON

Najib berjanji lebih banyak kawasan pedalaman akan dibangunkan. Gambar The Malaysian Insider, 16 September, 2013.Najib berjanji lebih banyak kawasan pedalaman akan dibangunkan. Gambar The Malaysian Insider,



















 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memberikan komitmen beliau untuk meningkatkan pembangunan di luar bandar, terutamanya di Sarawak bagi seiring dengan negeri lain di Malaysia yang kini berusi 50 tahun.

"Kita ada agenda yang perlu dicapai," kata Najib dalam ucapan Hari Malaysia di Kuching, Sarawak hari ini.

Sarawak dan Sabah menjadi deposit tetap undi untuk Barisan Nasional (BN) yang hanya memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013.

 Sebelum ini, Najib telah melancarkan agenda ekonomi dengan memotong subsidi bahan api, yang mana penjimatan itu akan digunakan bagi membangunkan kawasan luar bandar.

Perdana Menteri turut mengumumkan program pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

Najib juga berkata kerajaan mahukan Sarawak mencapai sasaran mereka menjadi negeri berpendapatan tinggi, yang mana kawasan pedalaman perlu dimajukan.

"Ini komitmen kami. Kawasan luar bandar tidak akan dipinggirkan," katanya.

Tambah Najib, kerajaan mahu melihat Sarawak mencapai sasarannya menjadi negeri berpendapatan tinggi dan negara menjadi negara maju, ianya tidak akan tercapai tanpa penyertaan masyarakat luar bandar.

Sarawak menetapkan sasaran menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2018 dan Malaysia meletakkan sasaran menjadi negara maju menjelang 2020.

Perdana Menteri berkata 50 tahun berikutnya akan terus menjadi bermakna buat Sarawak di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Janjinya itu dilihat disasarkan kepada pengundi luar bandar yang menyokong BN dalam Pilihan Raya 2013.

BN memenangi setiap kerusi luar bandar.

Perdana Menteri itu berkata lagi keputusan Bapa Kemerdekaan untuk menyokong kebebasan Sarawak bersama Malaysia adalah keputusan yang tepat.

Bukan sebesar mana sambutan hari Malaysia disambut kata Najib, sebaliknya adalah kesediaan rakyat Sarawak untuk bersama membentuk Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini adalah yang terbesar untuk menunjukkan tempoh 50 tahun kemerdekaan bermula Mac akan berakhir penghujung tahun.

Kehadiran Yang DiPertuan Agong menambahkan makna sambutan pada tahun ini, berbeza dengan tahun sebelumnya yang kelihatan suram.

Ribuan penduduk membanjiri Padang Merdeka di pusat bandar untuk menyaksikan perarakan.
Tiga puluh enam badan uniform dan bukan uniform mengambil bahagian dalam perarakan ini.

Tiada ulasan: