Khamis, 19 September 2013

Lagi Projek Mengayakan Orang Melayu


Oleh Sakmongkol AK47 

 
Lagi satu projek untuk deceive orang Melayu. Lagi satu projek mengayakan kumpulan Melayu istimewa. Semua rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu mesti waspada dengan pengistiharan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Jangan kita suka sangat dengan pengistiharan jumlah wang yang akan mendanai projek ini dan berasa terlalu gembira.

Tidak mustahil ianya akan menjadi lagi satu skim mencepatkayakan kontraktor dan pembuat keputusan dan penentuan. Kalau kita alpa, ianya akan menjadi DEB1(1970-1990) dan Perancangan2 lain pasca DEB1.

Sedap didengar tapi siapa yang hendak diperkasakan? Tidak cukup kah giat mara, IKBN dan pusat latihan membeli alatan2 untuk melatih budak2 Melayu? Apa yang mereka buat untuk menjustifisaksikan pembinaan dan pembelian alatan yang menelan belanja ratusan juta dan mengayakan kontraktor2 UMNO?
IKBN umpamanya, berkos RM100-150juta setiap satu dan kita mahu bina banyak lagi? Berapa ramai graduan yang sudah dilahirkan oleh IKBN dan institiut2 kemahiran lain diseluruh negara dan adakah mereka dibantu mendapat kerja dan perniagaan?

Adakah latihan melalui giat MARA, IKBN dan sekolah serta kolej vokesyenal tidak mencukupi untuk melahirkan jenerasi Melayu yang mempunyai kemahiran yang marketable? Setelah puluhan tahun baru kita sedar kita seperti kilang mengeluarkan barangan yang tidak berkualiti atau barangan yang tidak menepati citarasa dan permintaan pasaran.

Kita tumpukan perhatian kepada 20% yang teratas untuk masuk IPTA, IPTS, hantar pelajar keluar negara, yang lebih credik dan pandai, kita lupakan 80% yang terbawah.

Kerana kesilapan kita yang lalu, kita sekarang mempunyai suatu alasan untuk membuat projek dan menggembirakan hati orang Melayu? Selagi orang Melayu gembira, kita boleh buat wang atas nama bangsa, agama dan negara. Hebat strateji UMNO.

Namun, kita tidak menentang idea bahawa kemajuan bangsa Melayu memerlukan latihan dan kelayakan dan kemahiran. Ianya penting untuk membentuk system ganjaran atau reward system yang betul.

Se2orang mendapat ganjaran mengikut kelayakan yang dia ada dan tawarkan. Dan saya menggunakan istilah kelayakan dalam pengertian yang luas; kita mendapat ganjaran mengikut bagaimana kita melayakkan diri mendapatkan nya iatu berkerja kuat dan melengkapkan diri dengan bakat, kemahiran, latihan yang setimpal.

Tapi kenalah kita melakukan sedikit perubahan. Pertama tamatkan monopoli kerajaan pusat menentukan isian re-skilling dan retraining. Berikan kuasa itu kepada kerajaan negeri pula. Biarkan mereka menentukan kemahiran jenis apa yang mereka perlukan.

Beri kuasa kepada setiap kerajaan negeri mengujudkan pusat re-skilling dan pertanggungjawabkan kerajaan negeri menghasilkan tenaga perkerja yang mahir. Kita nilai setiap kerajaan negeri dari segi kemampuan menghasilkan ramai tenaga mahir yang marketable. Bukankah tenaga perkerja yang berkualiti akan membangunkan ekonomi negeri masing2?

Dengan pemerkasaan datang tanggung jawab. Tenaga pengajar dan pimpinan institusi latihan yang gagal menghasilkan graduan yang marketable mesti diberhentikan. Ini untuk mempertanggunjawabkan mereka keatas kualiti latihan yang diberi kepada pelajar.

Dalam konteks ini saya hairan mengapa pimpinan pengajar yang gagal meningkatkan ranking university kita masih kekal dalam jawatan masing2? Tenure mereka mesti ditamatkan serta merta.

Tak habis2 kita diberikan alasan itu dan ini menjustifikasikan penurunan kualiti pengajaran university dan kolej. VC UITM berkata dia tidak khuatir dengan kejatuhan ranking UITM- kenapa orang macam ini masih dikekalkan sebagai VC UITM?

Ingat- pembelian kerajaan adalah satu punca terbesar rasuah dan songlap. Giat MARA di Raub hanya menghasilkan tukang jahit. Kompleks sukan rakan muda di Raub terlalu teruk tidak terdaya melahirkan pemudi dan pemuda Melayu tahan lasak. Sedangkan berjuta sudah dibelanjakan.

Sebab besar kemungkinan yang akan dapat keuntungan dari projek pemerkasaan ekonomi Bumi ini ialah kelompok Melayu istimewa. Melayu istmewa ini orang atasan, bangsawan, putera2 atasan dan bangsawan dan pegawai2 tinggi dalam sector awam dan swasta. Pegawai2 GLC pun sama sebab mereka pemegang banyak keistimewaan dan monopoli.

Ianya sudah terjadi dalam DEB1. Tidak mustahil ianya tidak diulangi. Rasuah dan ambil kesempatan daripada kuasa menjadi jadi.

Tidak ada pun pemimpin UMNO yang bercakap mengenai punca kemajuan yang paling penting- iaitu kepimpinan yang baik. Asas atau foundataion sebuah kerajaan yang baik ialah para pemimpin yang ada kemampuan minda, disiplin, jujur amanah dan dedikasi dan komited sepenuhnya terhadap mencapai matlamat kemasyarakatan. Kalau jenis ini dibayar gaji yang tinggi setanding dengan yang diperolehi oleh sektor swasta, rasuah dapat dikurangkan. urusan kerajaan akan jadi baik hanya dengan pimpinan yang baik.

Tidak ada pun pemimpin UMNO berani bercakap untuk memodenkan kepemimpinan masyarakat Melayu.
Cara masyarakat Melayu distrukturkan pun meletakkan Melayu pada disadvantage. Maka tidak menghairankan jika ada bangsa lain menyifatkan masyarakat Melayu sebuah masyarakat yang dysfunctional.

Ketua kampong ramai yang bermutu rendah. Dan saya cakap bukan mahu merendahkan sesiapa tapi memberitahu pengamatan dan pengalaman saya yang datang dari keinginan melihat bangsa saya maju. Soal saya beroperasi atas landasan politik bukan isiu yang terlalu penting selagi saya ada peluang untuk berkhdmat kepada rakyat.

Bagaimana kampung2 mahu disuntik dengan kesegaran dan idea baik jika ketua kampong dari kalangan jaga bank, tukang kebun sekolah, mereka yang memegang dua kerja pada masa yang sama dan sebagainya? Lebih dasyat jika ketua kampong dipilih kerana dia kaki buli dan pengacau kampong.

Sebaik sahaja orang Melayu berkompromi keatas ciri2 kepemimpinan yang baik, masyarakat Melayu sudah pun terletak pada trajectory mediocrity.

Semasa dalam UMNO dahulu saya menyarankan jawatan ketua kampong diisi dengan pegawai kerajaan sepenuh masa yang sekurang kurang nya ada diploma. Mereka akan duduk dalam kampong dan mentadbir satu rangakaian atau cluster 3-4 buah kampung. Jawatan penghulu2 pula dipenuhi dengan graduates kerana kita andaikan mereka ada kapasiti untuk berfikir dengan lebih teliti. Semua ketua kampong dan penghulu adalah pegawai kerajaan sepenuh masa bertanggung jawab kepada pegawai daerah. Ini akan mengurang politik ketua kampong dan penghulu dan menyelamatkan masyarakat Melayu dari berpecah belah.

Tapi pemimpin UMNO tdiak mahu ini semua- mereka mahukan ketua kampong mereka pilih supaya menjaga kepentingan politik mereka. Demikaian juga dengan jawatan penghulu. penghulu sebetulnya saki baki pemerintahan feudal. Kenapa pentadbiran orang Melayu peringkat kampong dan mukim susah mahu dimodenkan? Kenapa kekalkan Melayu tinggal dalam rejim fiudal dan separuh feudal?

Kerana itu saya beranggapan kuasa UMNO diasaskan pada landasan (1) mengekalkan Melayu dalam kejahilan (2) mengekalkan Melayu dalam kemiskinan dan (3) merasuah dan membeli kesetiaan Melayu (4) menanamkan rasa siege atau terancam dalam minda Melayu.

Janganlah hendak nya memuji dan memuja berlebihan. Rakyat Malaysia bukannya berperang kerana wang dan klas. Belum pun sempat dakwat kering, Perkasa sudah meminta 1400 billion dibelanjakan untuk Bumiputera. Darimana wang tersebut datang? Kepada siapa dan siapa yang belanjakan? Yang 31bilion tu pun entah mana akan dicungkil dan dipokah. Ianya akan mematahkan tulang belakang system perbankan negara ini. Bagaimana pembeli membiayai ASB2? Mungkin 90% akan dibiayai oleh bank dan system bank akan terpaksa mencipta kredit line sebanyak RM1.8 billion lagi?

Mati negara ini ditadbir oleh Najib. Langkah2 populist yang Najib ambil ini akan meningkatkan lagi perbelanjaan bukan mengurangkan perbelanjaan. Untuk mengaburi mata rakyat, kita disuruh berdiskusi mengenai rasionalisasi sabsidi sedangkan punca perbelanjaan yang lebih teruk adalah ditempat2 lain.

Tiada ulasan: