Shirzad Lifeboat, |
MEMPERKASAKAN
ekonomi bukanlah macam memperkasakan seseorang dalam ilmu silat - lebih
banyak berlatih, lebih mahir dalam pelbagai teknik. Malah dalam bidang
ekonomi perkataan ‘pemerkasaan’ atau apa juga perkataan terbitan
daripada perkataan ‘perkasa’ adalah sama sekali tidak relevan.
Begitupun, mengambil makna istilah ‘pemerkasaan ekonomi’ dalam semangat sebagaimana yang ditaksubkan oleh pemimpin Umno (agar setidak-tidaknya perihal tersebut berbunyi serius dan betapa sesungguhnya Perdana Menteri dan para menteri kabinet Melayu lain bertungkus-lumus siang malam bagi memastikan hasrat dan inspirasi orang Melayu dan kaum bumiputera lain tercapai dalam menemui apa juga sasaran tahap ekonomi yang telah ditetapkan), ramai yakin ia lebih merupakan strategi politik berbanding langkah afirmatif.
Bukan lagi satu fakta terselindung betapa perbincangan mengenai ekonomi bumiputera, setidak-tidaknya di peringkat kerajaan adalah sesuatu yang dalam bahasa pasarnya sudah boleh dianggap ‘basi’.
Sejak topik ini mula diperkenalkan di zaman Tun Razak pada awal 1970-an, semangat penglibatan orang Melayu dalam bidang ekonomi mengalami pelbagai ‘jump start’ dan ‘false start’.
Bagaikan komidi tragik, meminjam dalam konteks hampir serupa dengan novel klasik Shakespeare, Comedy of Errors, hampir setiap permulaan, sama ada secara lompat atau tersalah, apa juga permulaan ekonomi bumiputera tidak beranjak begitu jauh dari garisan permulaan. Semuanya kerana ada sahaja kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan sama ada di peringkat dasar dan lebih-lebih lagi di peringkat pelaksanaan.
Kita akui pernah wujud segelintir tokoh korporat Melayu di zaman Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan buat pertama kalinya pada 1980-an. Namun generasi tokoh korporat melayu berkot designer jenama Ermenegildo Zegna dan menghisap cerut jenama Ashton buatan Republik Dominika berharga RM2000 sebatang sudah pupus ibarat pupusnya burung dodo atau harimau Java.
Sebenarnya agak kurang pasti apakah takrif sebenar ‘ekonomi bumiputera’. Kian ramai orang Melayu merasakan ia tidak lebih daripada perasa Ajinomoto politik yang digunakan oleh pemimpin Umno untuk menagih sokongan pengundi Melayu yang memanjang merosot sejak PRU12.
Namun bagi penyokong tegar Umno-BN, usaha mempertingkatkan ekonomi bumiputera adalah ‘benar’. Benar ikut mana tak tahulah. Tentu sekali ada sahaja pihak menawarkan pelbagai carta dan perangkaan bagi membuktikan betapa berjayanya ekonomi bumiputera sejak istilah itu dilancarkan lebih 40 tahun lalu.
Begitupun, realitinya ekonomi bumiputera hanyalah diwakili oleh peniaga pasar malam, warung gerai pihak berkuasa tempatan, dan segelintir orang Melayu yang membuka restoran, kilang pembikinan barangan makanan dan sebagainya.
Bagi mereka yang melangkau batasan ini, pasti sebahagian besarnya mempunyai kaitan dengan Umno atau malahan pemimpin dan ahli Umno sendiri.
Justeru apa yang dimaksudkan dengan ekonomi bumiputera sebenarnya adalah ekonomi pemimpin dan ahli Umno sebagaimana yang diperhatikan oleh seorang penulis ekonomi sebuah portal berita tatkala mengulas ucapan Najib pada Pelancaran Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.
Walaupun pemerhatian seperti itu masih berstatus tunggu dan lihat, namun kesudahannya sudah boleh diramalkan.
Menurut Najib dalam ucapannya pada majlis tersebut, fokus pemerkasaan pertama, kedua dan ketiga adalah masing-masing: Mendaya modal insan bumiputera antaranya meningkatkan kemahiran golongan muda dengan memberikan peruntukan tambahan kepada Mara;
memantap pemilihan ekuiti bumiputera dalam sektor swasta, dan memperkukuhkan pemilihan aset bukan kewangan bumiputera.
Semua ini memang sedap untuk didengar. Tetapi persoalannya bagaimanakah Najib mahu melaksanakannya? Apakah pelaksanaan itu nanti dapat disempurnakan oleh kakitangan kerajaan menurut kehendak Najib dan apakah program pemerkasaan ini akan kekal walaupun terdapat perubahan dalam pucuk pimpinan?
Lebih lazim dari tidak, kita sudah tahu akan jawapannya. Justeru, ramai merasakan sementara DEB yang diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Razak adalah usaha ikhlas kerajaan (tetapi dicemari oleh pemimpin Umno generasi selepas beliau), Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera tidak lebih dari satu strategi politik yang tidak semestinya mempunyai kaitan dengan kemajuan orang Melayu dan kaum bumiputera lain di bidang ekonomi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan