Harakahdaily, |
Dalam satu kenyataan semalam, Penasihat DAP itu mendakwa, ianya boleh dilihat melalui kenyataan Abdul Rahman yang mengingatkan ahli DAP agar tidak menaruh “harapan palsu” untuk membentuk parti baru jika pendaftaran DAP dibatalkan.
Kit Siang berkata kenyataan Abdul Rahman itu membuatkan pemimpin dan ahli DAP tercengang kerana soal penubuhan parti baru tidak pernah dibangkitkan atau diperkatakan sesiapa dalam DAP kerana tidak ada sebab yang mewajarkan pembatalan pendaftaran DAP.
Beliau juga mendakwa tindakan untuk memusnahkan DAP juga dibuat menerusi kempen yang dinamakan sebagai skuad “DDD” (Demolish/Destroy DAP) dalam tujuh bulan pertama tahun ini termasuk yang ditulis oleh penulis hantu bernama “Father Augustus Chen” namun tiada sebarang pembuktian.
Ianta termasuk dakwaan bahawa “satu-satunya cara untuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dapat mengenepikan anggota parti yang tidak menyokongnya, khususnya ahli daripada kaum India, ialah menerusi pembatalan pendaftaran parti.”
Katanya, berdasarkan senario itu, ada cakap-cakap dalam parti yang menyebut bahawa Guan Eng lebih suka jika parti itu dibatalkan pendaftarannya daripada mengadakan pemilihan semula.
“Kerana itulah Ketua Pengarah ROS tidak sanggup menyatakan secara bertulis alasan mengapa beliau tidak berpuas hati dengan pemilihan CEC DAP dan mahu pemilihan semula diadakan,” katanya.
Beliau turut mempersoal tindakan ROS menyerahkan sijil pendaftaran pertubuhan kepada 20 parti politik baru pada Isnin, 2 September lalu iaitu 11 parti dari Sabah, lima dari Sarawak dan empat dari Semenanjung.
"Namun jelas bahawa keputusan meluluskan pendaftaran 20 parti politik itu telah diambil jauh lebih awal, iaitu sebelum beliau mengeluarkan peringatan kepada ahli DAP untuk tidak “menaruh harapan palsu.”
“Persoalan sekarang, apakah KP ROS terus menari mengikut rentak gendang skuad DDD UMNO/BN dan menjadi perkakas usaha mereka untuk memusnahkan DAP,” soalnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan