| Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR:
Kenapa hanya Mukhriz Mahathir yang diminta oleh Zahid Hamidi
mendapatkan pandangan daripada presiden terlebih dahulu untuk bertanding
Naib Presiden Umno sedangkan ketika Isa Samad dan Ali Rustam
mengumumkan bertanding, beliau mengalu-alukannya?“Apakah Mukhriz tidak dialu-alukan untuk bertanding untuk sama-sama memeriahkan demokrasi serta transformasi dalam parti?” tulis blogger Shahbudin Husin.
Justeru, beliau mempersoalkan adakah kerana Zahid takut kalah apabila meminta Mukhriz mendapatkan nasihat presiden parti terlebih dahulu, atau barangkali bimbang kedudukan nombor satunya bakal terlucut.
“ Atau mungkinkah pada penilaian Zahid, Mukhriz masih terlalu junior dan belum layak lagi berada di kerusi nombor tiga itu?” tanya beliau di dalam blognya.
Beliau selanjutnya bertanya adakah juga Isa Samad dan Ali Rustam dialu-alukan kerana pada pandangan Zahid, orang pencen seperti kedua mereka itu tiada taring lagi dan tidak mengancam kedudukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan