Kenaikan Harga Minyak RON 95 &
Diesel : Kepada siapa yang tidak pernah ketinggalan mengikuti setiap
laporan Berita Semasa, pastinya anda pernah menyemak laporan Berita
Semasa yang bertajuk Harga Minyak RON95 Naik RM2.30 Selepas Ini? Subsidi Minyak Ganggu Ekonomi Malaysia? (175 pendapat pembaca) & juga Harga Minyak & Tarif Elektrik & Tol Naik Selepas Pilihanraya Umum 2013 (PRU13)? (501 respon balas pembaca).
Kenaikan harga minyak sudah hampir pasti
berlaku, tidak boleh dielakkan lagi lepas dana yang agak tinggi
dibelanjakan atas nama survival politik tetapi angka dan bila tempoh
pelaksanaannya sahaja menjadi persoalan. Dan….
Awal pagi
semalam, keluarkan keratan akhbar yang mengatakan kenaikan harga minyak
hanya sekadar khbar angin sahaja. Rakyat Malaysia diminta tidak
percaya.
Berita Kenaikan Harga Minyak RON 95 & Diesel 20 sen : Khabar Angin VS Realiti?
Berita kenaikan harga minyak RON 95 yang
dikatakan sekadar khabar angin terus bertiup kencang bergerak ke
seluruh negara dengan begitu pantas melalui aplikasi WhatsApps dan
platform medium sosial seperti Facebook dan Twitter.
KUALA LUMPUR – Dakwaan mengenai kenaikan harga minyak petrol RON95 sebanyak 20 sen tengah malam ini hanya khabar angin, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek Hasan berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan harga minyak tersebut. “Saya tidak tahu, kita tengoklah dahulu macam mana. Siapa yang bercakap?”“Kita jangan galakkan rakyat dengan khabar angin. Jika tidak ada fakta, jangan buat andaian yang bukan-bukan. Kalau sampai masanya, saya akan berikan penjelasan,” katanya. Hasan berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mendengar khabar angin mengenai kenaikan harga minyak RON95. Harga minyak petrol RON95 adalah RM1.90 seliter setelah kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.09 sen seliter. [Bernama]
Jawatan Menteri yang memegang porfolio
yang berkaitan dengan isu kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel pun
tidak tahu? Hebat….Jadi menteri penuh tidak tahu apa-apa? Apalah
malangnya rakyat Malaysia memiliki kualiti menteri seperti ini?
Dan penafian demi penafian tidak mampu
bertahan lama. Akhirnya, ternyata dan terbukti sama sekali Malaysia
tidak pernah sunyi dengan lambakan berita khabar angin yang benar sama
sekali.
Pengumuman kerajaan Malaysia melalui
Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia & Menteri
Kewangan mengenai berita kenaikan harga minyak 20 sen ini adalah atas
nama rasionalisasi subsidi. Hakikatnya, harga minyak telah naik.
Kenaikan Harga Minyak RON 95 & Diesel 20 sen : Malaysia Pengimport @ Pengeksport Minyak?
Kadang-kadang
Berita Semasa, Malaysia adalah negara pengeksport minyak atau
pengimport minyak? harga minyak tinggi, pengangkutan awam di Malaysia
berkelas dunia? Sangat mudah, snagat baik dan berpatutan untuk digunakan
pengangkutan awam di Malaysia? Pun tidak juga……Jadi?
Masih segar diingatan Berita
Semasa, teringat dahulu semasa Pak Lah naikkan harga minyak, selepas itu
setiap hari ada sahaja iklan cara-cara penjimatan minyak, diarahkan
penggunaan air-cond dijimatkan, isi minyak waktu pagi dan petang, jangan
isi berat -berat dalam kereta tetapi dalam pada masa yang sama barisan
Menteri Malaysia naik kereta minyak subsidi hasil duit cukai rakyat.
Manakala, ketika harga minyak dunia
turun, dengan langkah Datuk Seri Najib Razak dilihat gemar menabur duit
di sana sini menyebabkan fitch rating Malaysia turun, nilai ringgit pun
menjunam hampir 10%, sekarang harga minyak naik lebih 10%.
Ketika hutang negara terus melambung tinggi, Malaysia masih lagi bercakap mengenai BR1M?
Kenaikan Harga Minyak RON 95 & Diesel : Gambar Respon Balas Rakyat Malaysia
Semak satu persatu reaksi rakyat
Malaysia yang sempat dirakam sejerus pengumuman drastik kenaikan harga
minyak RON 95 dan diesel 20 sen termasuklah kenyataan Bung Mokhtar Radin
& juga Ustaz Dr. Asri Zainal Abidin
Semestinya dengan berita kenaikan harga
minyak RON 95 & minyak diesel bakal menyumbang kepada kenaikan kos
sara hidup termasuklah mengambil kira bebanan dan peningkatan kos
pengangkutan. Kenaikan harga minyak sudah pun mengambil gilirannya. Apa
pula yang bakal naik lagi selepas ini?
P/S : Beirta Semasa mendapat maklumat RON 91 bakal menemui anda tidak lama lagi. (KLIK SINI)
PP/S : Kerajaan akan beri beri kenaikan
BR1M 3 pada Bajet 2014 bagi menampung kos kenaikan harga minyak RON 95
kepada anda semua. Setuju?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan