Khamis, 5 September 2013

Kenaikan harga minyak dorong rakyat ‘abai’ kesihatan


Zuraida 4

SHAH ALAM  : Tindakan Kerajaan Umno-BN menaikkan harga minyak menyebabkan taraf kesihatan rakyat merosot khususnya wanita, kanak-kanak dan warga emas.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, kos sara hidup rakyat yang meningkat mendadak akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, menyebabkan rakyat terpaksa memotong perbelanjaan tertentu.

“Impak kenaikan itu menjejaskan kehidupan golongan suri rumah yang mengendalikan urusan domestik rumah berkaitan perbelanjaan makanan dan minuman.

“Dengan gaji tidak naik, rakyat tidak mampu menyara keluarga dengan sempurna,” katanya kepada TV Selangor.

Zuraidah berkata, taraf kesihatan kanak-kanak turut terjejas kerana tidak memperolehi makanan berkualiti yang membantutkan perkembangan jangka masa panjang.

“Orang berpendapatan rendah semakin terjejas kerana tidak mampu menampung kos perbelanjaan tinggi,” katanya.

Kini RON95 berharga RM2.10 manakala RON97 berharga RM2.85 dan diesel berharga RM2.00.

Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak menyebabkan kesan rantaian kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang tinggi sehingga menjejaskan kos sara hidup rakyat.- FZL

Tiada ulasan: