Sebagai satu dasar, ia sememangnya mendiskriminasi khususnya ke atas bukan Melayu. Ini sama sekali bertentangan dengan hak untuk kesamarataan yang dijamin kepada kesemua rakyat Malaysia bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Kesemua pembayar cukai sepatutnya menerima layanan setara memandangkan dana tersebut diambil dana sumber awam.
Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba mewajarkan pakej tersebut mengikut Perkara 153, terdapat beberapa hujah yang bertentangan dengan pakej tersebut. Secara ringkasnya, sukar untuk menyelaraskan dasar tersebut mengikut rangka Perkara 153 yang berdiri sebagai asas untuk kedudukan istimewa berkenaan.
Perlu ditekankan bahawa mengikut Perkara 153, keistimewaan itu adalah untuk kesemua anak kelahiran Melayu dan Borneo. Memandangkan pentadbiran Najib menjadikan kelayakannya adalah mengundi BN, pakej itu jelas sekali bertentangan dengan Perkara 153.
Perlu dinyatakan bahawa asas untuk tindakan afirmatif berasaskan kaum adalah kaum Melayu dan kemudiannya diperluaskan kepada Sabah dan Sarawak apabila kedua-dua negeri itu menyertai persekutuan pada 1963.
Ketika mengumumkan pakej tersebut, Najib mengehadkan kelayakan untuk keistimewaan tersebut dan ini di luar bidang kuasanya sebagai perdana menteri.
Apa pun, Najib tidak membuat rundingan dengan Raja-Raja Melayu untuk menukar dasar tersebut: Mengikut Perkara 38, Raja-Raja Melayu perlu dirundingkan sekiranya kerajaan ingin membuat penukaran dasar ke atas pelaksanaan Perkara 153.
Raja-Raja Melayu mempunyai tugas mengikut perlembagaan untuk menghalang sikap diskriminasi pakej tersebut. Mereka perlu ingat bahawa Raja-Raja Melayu sendiri yang menimbulkan idea untuk memberikan kedudukan istimewa kepada orang Melayu.
Ini merupakan salah satu daripada isu yang diperjuangkan oleh Raja-Raya Melayu metika mereka memulakan mesyuarat durbar dengan pegawai British pada akhir abad ke-19.
Bersabit dengan bukan Melayu, perlu diingatkan bahawa mengikut Perkara 153, kerajaan perlu mengambil kira kepentingan masyarakat lain – dalam kes ini turut melibatkan bukan Melayu. Memandangkan jumlah wang yang besar diambil dari kantung awam, terntulah orang bukan Melayu berhak untuk mempersoalkan perkara ini.
Secara ringkaasnya, pakej ini berpotensi untuk melanggar Perkara 8 berhubung kesamarataan dan Perkara 153 mengenai kedudukan istimewa Melayu.
Ia juga mungkin melanggar Perkara 38 seperti yang dinyatakan di atas.
Nampaknya dari segi substantif – Perkara 8 dan Perkara 153 – dan dari sudut presedur – Perkara 38 – banyak yang Najib perlu jelaskan.
Beliau boleh meneruskannya memandakan Mahkamah Persekutuan tidak mungkin membuat sekatan veto ke atas pakej berkenaan namun hujah yang perlu dijelaskan di sini adalah Najib perlu meyakinkan pembayar cukai jika dasar itu mempunyai asas perlembagaan yang kukuh.
Tidak perlu dinyatakan lagi bahawa ia turut memberi kesan kepada iklim pelaburan di negara ini kerana dunia sedang memerhati.
Baca tulisan asal dalam bahasa Inggeris di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan