MSTAR ONLINE
GEORGE TOWN: Lubang sedalam dua meter terbentuk di
tengah-tengah Jalan Macalister di hadapan bangunan Menara Umno di sini,
tapak kejadian penebat kilat di atas bangunan itu runtuh dan menimbus
seorang penjual nasi Lim Chin Aik, 44, pada 13 Jun lalu.
Lubang itu dipercayai selebar kira-kira 0.5 meter dan sedalam dua meter yang dikesan orang ramai yang melalui jalan itu pada kira-kira 1.15 tengah hari Rabu.
Anggota Dewan Undangan Negeri Komtar, Teh Lai Heng berkata, beliau yang menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu bergegas ke tempat kejadian bersama-sama seorang pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
"Kewujudan lubang ini mungkin berpunca daripada hujan berterusan sejak beberapa hari lalu dan menghakis tanah di bawahnya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian pada Rabu.
Bagaimanapun, pegawai MPPP itu berkata ia mungkin berpunca daripada kebocoran kecil pada paip bawah tanah yang menyebabkan pasir menyerap air hujan.
"Kita tidak dapat menentukan punca sebenar dan kita akan meminta syarikat Indah Water Konsortium untuk memeriksanya," katanya dan menurutnya beliau tidak pasti berapa lama masa diperlukan untuk lubang itu dibaiki. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan