Ahad, 15 September 2013

Inisiatif memperkasa ekonomi bumiputera dirumus untuk pemilihan agung Umno?


dr zul ahmad pic mza

SHAH ALAM, – Inisiatif memperkasa ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi disifatkan lebih kepada usaha memancing undi menjelang Pemilihan Agung Umno, Oktober ini.

Ini kerana persoalan mengenai Bumiputera tidak dibincangkan secara mendalam dan hanya menyentuh soal dasar meskipun angka yang dinyatakan adalah berjumlah besar.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefli Ahmad berkata, pengumuman Najib lebih menjurus kepada ‘supply side’ berbanding ‘demand side’ sedangkan persoalan mengenai kegagalan beberapa projek sebelum ini masih tidak dibincangkan sehingga kini.

“Saya tegaskan (pengumuman) terlalu menyebut kepada ‘supply side’, kita perlu fikir permasalahan di bahagian ‘Demand Side’. Dalam bidang industri misalnya, (pemasalahan) ‘demand side’ perlu ditangani.

“Pada tahun 2011, 80 peratus graduan UiTM yang saya tahu dapat pekerjaan tapi tahun lepas hanya 50 peratus. Mengapa kekurangan 30 peratus?

“Itu yang saya maksudkan ‘demand side’ dan ‘supply side’. UiTM membekalkan, permintaan dari industri,” katanya kepada TV Selangor.

Datuk Seri Najib Razak hari ini pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera membentangkan lima intipati program memperkasakan Bumiputera yang berlangsung di UiTM Shah Alam.

Tegasnya, apa yang cuba ditonjolkan Najib lebih ke arah mempamerkan kepada rakyat dan penyokong parti agar terus dikekalkan sebagai Presiden Umno.

“Ini semua ringkasnya berdepan dengan pemilihan agung Umno, Najib mesti tunjuk dia lebih Melayu dari (Tan Sri) Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir. Dia terlalu politikal dan bukannya pemimpin bersifat negarawan,” tambahnya lagi.

Tiada ulasan: