Minyak ROn95 Vs Gaji : Akhirnya salah
seorang menteri Malaysia yang acapkali “menjunjung tinggi” segala dasar
dan pelaksanaan kerajaan Malaysia sesuai dengan kapsiti beliau sebagai
seorang menteri
Kali ini, Ahmad Maslan tampil dengan
formula pengiraan yang membantu rakyat Malaysia mencongak dan merancang
kewangan mereka setiap bulan walaupun dek kerena bahang kehangatan
kenaikan harga minyak RON95 terutamanya. Caranya ialah?
“Ada orang pernah memberikan nasihat, jikalau tidak tahu lebih baik diam. Diam itu lebih baik sebenarnya”
Tetapi apabila tetap mahu bersuara. Akhirnya ini hasilnya….
Kali ini, menteri sendiri seperti Ahmad Maslan membantu rakyat Malaysia mengirakan duit minyak RON95 kita dan anda semua.
Pengiraan Penggunaan Minyak RON 95 Sebulan VS Gaji Rakyat Malaysia
Ini bermakna, rakyat Malaysia berjaya bergerak dengan lancar tanpa sebarang kesesakan dan majoriti kedudukan tempat kerja rakyat Malaysia sekarang hanya sekitar sebatu sahaja dari kediaman masing-masing. Benarkah? Realitinya?
- Pendapatan kumpulan rakyat Malaysia yang mendapat gaji RM3000 sebulan & ke bawah akan pakai minyak RM132 ÷ 30 = bersamaan RM4.40 sehari
- RM4.40 ÷ RM2.10= 2.1 liter sehari
- Pendapatan kumpulan rakyat Malaysia yang mendapat gaji RM5000 sebulan & ke bawah akan pakai minyak RM375÷ 30 = bersamaan RM12.50 sehari
- RM12.5 ÷ RM2.10= 5.95 liter sehari
- Kiraan penggunaan minyak petrol RON95 adalah berdasarkan kumpulan gaji rakyat Malaysia? Erm…..
- Adakah begini tahap pemikiran otak matematik Menteri-menteri di Malaysia?
- Menitis airmata rakyat Malaysia “penuh kebanggaan”
Secara terus terangnya, Berita Semasa
merasakan sejak di era pimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
& timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada era 90 a, semua barisan
Menteri Malaysia yang diberikan tanggungjawab sebesar ini sangat-sangat
mengecewakan.
Jikalau beginilah tahap pemikiran
beginilah barisan kabinet kerajaan Malaysia, Berita Semasa lebih sanggup
dan rela Tun Dr Mahathir Mohamad yang memimpin Malaysia walaupun
___________, ___________ & ______________.
P/S : Bersabar & bertabahlah wahai
rakyat Malaysia memiliki tahap pemikiran seperti ini. Apa pandangan anda
pula dengan formula pengiraan Ahmad Maslan disebalik kenaikan harga
minyak RON 95 Vs gaji anda semua?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan