Rabu, 18 September 2013

Biar diganggu dialog diteruskan

Mohd Sabri Said,


BUTTERWORTH: Segelintir penunjuk perasaan yang menentang dialog antara agama di Gereja St Mark, dekat sini, 16 September lalu terpegun mendengar penjelasan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dato' Dr. Mujahid Yusuf Rawa tentang kepentingan dialog itu di sudut dakwah.

Dialog yang pada awalnya dirancang diadakan di Gereja St Mark terpaksa dipindahkan ke sebuah restoran di Jalan Padang Benggali, dekat sini setelah dibantah sekumpulan penunjuk perasaan.

Namun program itu dipindahkan sekali lagi ke Gereja St Mark apabila tuan punya restoran enggan memberikan kebenaran kerana khuatir akan berlaku kekacauan.

Turut hadir pada majlis dialog itu Koordinator program, Abdul Rahman Kassim dan Paderi Gereja St Mark, John Kennady Samuel.

"Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat bertegas tidak akan tunduk dengan desakan segelintir pihak yang mempunyai agenda tersembunyi.  Sebaliknya kami akan mengatur lebih banyak program seperti ini di masa-masa akan datang," jelas beliau.

Kehadiran kumpulan demonstran dalam dialog itu diambil kesempatan Dr Mujahid untuk menjelaskan tujuan program itu dilaksanakan.

Menurutnya, program dialog itu tiada kena mengena dengan keputusan mahkamah mengenai isu kalimah Allah tetapi adalah kesinambungan dialog yang pernah diadakan sejak 2010.

"Kita tahu siapa sebenarnya dalang di sebalik NGO Islam yang menentang program dialog yang boleh merapatkan PAS dengan bukan Islam. Mereka sebenarnya cemburu terhadap kejayaan PAS mendekati masyarakat bukan Islam," ujarnya.

Tiada ulasan: