Benarkah bil air di Selangor naik?
Shahbudin Husin
Terdapat
rungutan daripada penduduk yang tinggal di beberapa kawasan di
Selangor sekarang ini berikutan bil air yang diterima setiap bulan sudah
meningkat berbanding sebelumnya. Yang peliknya, peningkatan itu hanya
dialami beberapa bulan ini saja iaitu selepas pilihanraya umum 5 Mei
lalu.
Seperti yang diketahui, kerajaan negeri PR di Selangor telah memperkenalkan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu atau lebih kurang RM11.00 kepada penduduk negeri itu sejak 2008 lagi sebagai memenuhi janji pilihanraya yang dibuatnya sehingga membuatkan PR berjaya menumbangkan BN.

Dengan
pemberian percuma itu, sebuah keluarga yang mempunyai seorang atau dua
anak dan menggunakan air secara yang sewajarnya, mereka biasanya
menikmati air percuma sepenuhnya dan tidak perlu membayar walau sesen
pun kerana penggunaannya tidak akan melebihi 20 meter padu itu.
Bagi
keluarga yang lebih besar dari itu pula, mereka selalunya hanya perlu
membayar antara RM5 hingga RM10 saja sebagai bayaran bi air setelah
ditolak subsidi 20 meter padu atau RM11.00 yang diberikan oleh kerajaan
negeri.
Sepanjang
lima tahun lalu, ramai penduduk Selangor yang gembira dengan kemudahan
air percuma ini kerana ia sekurang-kurangnya meringankan beban bil
utiliti yang perlu dibayar setiap bulan, terutamanya bagi mereka yang
berpendapatan rendah atau tinggal di kampung-kampung.
Ini sekaligus menjadikan kehidupan banyak keluarga di Selangor menjadi lebih selesa berbanding penduduk di negeri lain yang terpaksa membayar bil air tanpa sebarang subsidi daripada kerajaan.
Ini sekaligus menjadikan kehidupan banyak keluarga di Selangor menjadi lebih selesa berbanding penduduk di negeri lain yang terpaksa membayar bil air tanpa sebarang subsidi daripada kerajaan.
Bagaimanapun,
selepas pilihanraya lalu, ramai yang terkejut apabila tiba-tiba
mendapati bil mereka sudah meningkat dan penggunaan air juga bertambah
sedangkan keluarga tidak bertambah dan amalan penggunaan juga masih
seperti biasa saja.
Jika
selama ini penggunan air mereka sentiasa dibawah 20 meter padu tetapi
kini sudah melebihi kadar itu. Ramai yang mengadu bil air masing-masing
kini sudah meningkat dan mereka perlu membayar antara RM8.00 hingga
RM15.00 setiap bulan. Jika dicampur dengan subsidi kerajaan negeri
sebanyak 20 meter padu atau RM11.00, peningkatan yang berlaku ini
hampir sekali ganda.
Keadaannya kini seolah-olah meter air di Selangor bergerak lebih laju dari sebelumnya. Apa sudah jadi sebenarnya?
Ramai
pengguna melahirkan kemusykilan mengenai perkara ini kerana setahu
mereka kerajaan negeri yang diterajui oleh PR masih menguat-kuasakan
bekalan air percuma 20 meter padu kepada penduduknya walaupun hubungan
antara kerajaan negeri dengan Syabas sentiasa tegang dan bermasalah.
Soalnya adakah kerajaan negeri sedar perkara ini dan apakah kenaikan ini bukan berpunca daripada adanya perbuatan sabotaj atau kong kali kong Syabas terhadap kerajaan negeri?
Soalnya adakah kerajaan negeri sedar perkara ini dan apakah kenaikan ini bukan berpunca daripada adanya perbuatan sabotaj atau kong kali kong Syabas terhadap kerajaan negeri?
Atau mungkinkan subsidi kerajaan negeri sudah dikurangkan walaupun menang lebih cemerlang dalam pilihanraya 2013 lalu?
Walaupun
jumlah RM8.00 hingga RM15.00 itu tidaklah sebesar mana, penduduk
Selangor hanya ingin mengetahui keadaan sebenar mengenai perkara ini
dan apakah punca-punca yang menyebabkan bil air berbeza antara sebelum
pilihanraya dengan selepas pilihanraya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan