Shahbudin Husin
Sepertimana
yang diduga dan diharapkan oleh banyak pihak, Menteri Besar Kedah,
Mukhriz Mahathir akhirnya mengumumkan penyertaannya dalam perebutan
jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan 19 Oktober depan. Ini
menjadikan persaingan menjadi sah enam penjuru setakat ini.
Jika pengumuman Mukhriz ini dibuat setelah beliau mendapatkan nasihat daripada Najib sebagaimana yang disyorkan oleh salah seorang penyandang Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi sebelum ini, bermakna Mukhriz sudah mendapat restu dan izin daripada Presiden UMNO untuk bertanding jawatan itu. Dengan ini, peluangnya bukan saja cerah untuk menang tetapi juga berpotensi untuk mengambil alih tempat Zahid sebagai pemenang undi tertinggi.

Apatah
lagi, pengumuman Mukhriz bertanding juga dibuat serentak pada hari yang
sama dengan Najib dan Muhyiddin mengumumkan bahawa mereka akan
mempertahankan jawatan presiden dan timbalan presiden masing-masing.
Sekali lagi, kelebihan seperti berpihak kepada anak bongsu bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad itu.
Dengan
penyertaan Mukhriz, ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden UMNO
seperti tergugat dengan kehadirannya itu. Zahid Hamidi, walaupun
popular dan menjadi pilihan akar umbi dan dalam pemilihan lalu mendapat
undi tertinggi, kedudukannya tidak lagi seselamat dulu. Beliau mungkin
tergelincir daripada kedudukan Naib Presiden nombor satu, bahkan tidak
mustahil juga jika tewas.
Hishammuddin
menjadi paling tergugat dengan kehadiran Mukhriz, bukan saja kerana
wibawanya yang dipertikaikan sejak dulu, malahan dengan kehadiran
Mukhriz mungkin membuatkan perwakilan UMNO hanya memilih seorang saja
daripada anak bangsawan dan anak bekas Perdana Menteri untuk menduduki
kerusi itu.
Dari segi
populariti, kehendak semasa dan adanya pengaruh bapanya, Mahathir,
tidak diragui lagi bahawa Mukhriz lebih menjadi pilihan berbanding
Hishammuddin. Tetapi, sebagaimana yang disebut sebelum ini dan
diperkatakan oleh banyak pihak, Najib tidak mungkin membenarkan
Hishammuddin tewas berikutan hubungan kekeluargaan antara keduanya.
Shafie
Apdal juga turut terumbang-ambing kedudukannya. Walaupun Ketua Menteri
Sabah, Musa Aman sudah mengumumkan tidak bertanding jawatan Naib
Presiden kali ini, masalah Shafie ialah perwakilan UMNO tidak
melihatnya sebagai pemimpin pelapis yang cukup berwibawa untuk mewarisi
kepimpinan masa depan.
Kemenangannya sebelum ini adalah kerana beliau dikenali sebagai “budak Najib” di samping untuk memberi ruang kepada pemimpin Sabah. Jika ada pun simpati kepada beliau kali ini, ia adalah disebabkan Sabah telah menyumbangkan 22 kerusi daripada 133 kemenangan yang dicapai BN dalam pilihanraya lalu. Jika Shafie diketepikan kali ini, mungkin wujud tanggapan bahawa UMNO tidak mengenang budi terhadap sumbangan Sabah selama ini.

Bagi dua
lagi pencabar, Isa Samad dan Ali Rustam, penyertaan mereka boleh
dianggap sebagai “kacau daun” saja walaupun Ali Rustam mungkin mendapat
simpati yang tinggi daripada para perwakilan berikutan kekalahannya
dalam pilihanraya umum lalu. Tetapi memandangkan kedua-duanya sudah
berusia 65 tahun dan sudah berada di era menapouse untuk mendaki tangga
yang lebih tinggi sedangkan desakan kepada penyertaan golongan muda
begitu meningkat, harapan untuk kedua-dua calon ini menggugat hampir
tidak wujud lagi.
Dengan
Mukhriz dilihat hampir pasti memenangi kerusi Naib Presiden, salah
seorang daripada penyandang sedia ada pasti akan kecundang. Siapakah
mereka? Mungkinkah Zahid, Hishammuddin atau Shafie Apdal?
Sementara Ali dan Isa tidak begitu kisah jika kalah, ketiga-tiga Naib Presiden sedia ada nyata sedang gelisah dan berpeluh dingin sekarang ini. Zahid nampak popular dan menjadi pilihan akar umbi tetapi beliau bukan lagi dalam kategori muda seperti Mukhriz, Hishammuddin dan Shafie Apdal.

masih muda, anak bekas Perdana Menteri, berdarah bangsawan tetapi
wibawa dan kepimpinannya sedang dipertikaikan. Namun Najib yang menjadi
Presiden UMNO dan Perdana Menteri adalah sepupunya dan mungkin menjadi
pelampung yang boleh menyelamatkannya.
Begitu
juga dengan Shafie Apdal, walaupun kepimpinannya sebagai bakal pelapis
tidak begitu menonjol tetapi beliau masih muda dan sumbangan Sabah
kepada BN dalam pilihanraya umum lalu menjadi sandaran utamanya untuk
terus kekal sebagai Naib Presiden UMNO.
Dalam apa
juga keadaan, bersama slogan “Berani Berubah” yang menjadi tunjang
kempennya, Mukhriz menjadi satu-satunya calon paling selesa dan selamat
manakala ketiga-tiga penyandang kerusi Naib Presiden, bukan saja
sedang berpeluh dingin memikirkan untung nasib masa depan, bahkan juga
mungkin sedang memerah otak memikir strategi untuk memenangi jawatan
tersebut.
Ali pula
hanya berharap pada simpati, manakala Isa Samad menjadi calon paling
relaks dan tidak kisah sama ada menang atau kalah. Tiada apa lagi yang
dikejarnya dan kedudukan sebagai Pengerusi Felda sudah cukup memadai
buatnya ketika ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan