SHAH ALAM - Seorang wanita ditemui mati dengan tangan dan kaki terikat di sebuah rumah di Sunway Batu Caves, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak,  Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata mangsa dikenali sebagai Badariah Husein,44, mati  dibunuh berdasarkan kesan tikaman senjata tajam pada bahagian dadanya.

Menurutnya, pemeriksaan forensik juga mendapati kemaluan mangsa berdarah disyaki akibat  dirogol.

“Rakan mangsa bertindak memecahkan pintu rumah kira-kira jam 5.30 petang  selepas beberapa gagal menghubungi nya melalui telefon bimbit,” katanya

Katanya lagi, mangsa dimaklumkan kali terakhir ditemui rakannya sebelum bersahur jam 4 pagi semalam.

Kes disiasat dibawa seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.