Ahad, 4 Ogos 2013

Sokong The New Village, Utusan soal ‘Apa lagi Namawee mahu?’


OLEH MD IZWAN



Utusan Malaysia hari ini mengecam pengarah filem kontroversi Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee sebagai sudah melampaui batas kerana menyokong filem The New Village (gambar), serta mempersoalkan 'Apa lagi Namawee mahu?".

Dalam ruangan kolum oleh Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, Namawee dibidas sebagai seorang yang perkauman dan mengambil kesempatan atas sikap keterbukaan kerajaan selama ini.

 















"Namawee sangat rasis, bersikap keterlaluan dia mengambil mudah sikap keterbukaan kerajaan selama ini.

"Apa lagi dia mahu? Pada Awang, itulah yang dikatakan kaduk naik junjung. Setiap warganegara tidak kira kaum perlu tebal patriotismenya," kata Awang Selamat hari ini.

Awang juga menolak dakwaan oleh Namawee yang kononnya mengatakan terdapat unsur pilih kasih bagi pemilihan tarikh tayangan filem di Malaysia walhal filem Tanda Putera juga beberapa kali dihalang tayangannya kerana bantahan oleh kaum tersebut.

"Lebih mengejutkan filem tersebut mendahului tayangan filem Tanda Putera arahan Datuk Shuhaimi Baba yang beberapa kali ditangguhkan ekoran bantahan beberapa bantahan pihak kaum Cina," katanya lagi.

Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mohamed Nazri Aziz membidas Namewee sebagai seorang yang bodoh dan buta sejarah kerana tidak berpuas hati dengan penangguhan filem The New Village.

"Dia budak yang tidak tahu sejarah, budak yang bodoh, berhingus dan tidak faham tentang sejarah negara kita. Hidup dalam sebuah negara berbilang kaum, kita harus mengambil kira sensitiviti dalam negara," kata Nazri yang dipetik dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Kenyataan tersebut menerima pujian Awang Selamat dengan mengganggapnya sebagai satu tamparan hebat kepada Namawee walaupun suatu ketika dahulu Nazri sendiri memujinya kerana meminta maaf melibatkan isu lagu Negaraku.

"Kalau tidak lama dahulu, Namawe, (selepas meminta maaf atas kebiadabannya), menerima sokongan daripada beberapa pemimpin kerajaan termasuk Nazri, kali ini tidak lagi," tambah Awang Selamat lagi.

Selain itu, Nazri juga dilaporkan berkata filem The New Village tidak akan ditayangkan langsung dimana-mana pawagam mahu di dalam alam maya serta memberi jaminan tindakan keras akan diambil sekiranya mendapati larangan tersebut tidak dipatuhi.

Dalam videonya itu, Namawee berkata walaupun filem itu berkisarkan Parti Komunis Malaya (PKM) ia tetap merupakan sejarah yang perlu diketahui semua pihak.

"Tak kan kerana beberapa bantahan bodoh, kamu pun sekat filem ini," kata Namewee sambil menyifatkannya sebagai keterlaluan, serta membangkitkan tentang satu lagi filem kontroversi Tanda Putera yang akan ditayangkan pada 29 Ogos.

Namewee mengkritik penangguhan banyak kali filem Tanda Putera hanya kerana memaparkan sejarah mengenai pergaduhan kaum 13 Mei 1963.

Namewee antara lain turut menyentuh isu pasangan blog sex Alvin Tan dan Vivian Lee dipenjara kerana menyiarkan gambar menghina agama lain tetapi tidak kepada Guru Besar Sk Seri Pristina yang mengarahkan pelajar bukan Islam makan di bilik persalinan.

Malah dalam video tersebut turut memberi komen Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) masih belum memberi tarikh tayangan filem nya Kara King yang sepatutnya mula ditayangkan pada 1 Ogos ini.

Tiada ulasan: