Ahad, 25 Ogos 2013

Perluas peranan polis bantuan untuk banteras jenayah


POLIS

SHAH ALAM,: Pemimpin Selangor mengulangi desakan supaya memperluas penubuhan dan peranan polis bantuan di pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membanteras jenayah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata hanya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diberi kelulusan untuk menubuhkan polis bantuan bagi menjaga keselamatan premis PBT itu.

“Tetapi dihad kuasa mereka hanya untuk jaga harta MBPJ sahaja. Tak guna kerana kita mahu kelulusan untuk jaga keselamatan awam, bukan jaga harta atau bangunan MBPJ,” katanya.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) itu berkata demikian ketika mengulas isu berhubung polis bantuan di kawasan PBT negeri ini.

Kebelakangan ini, kes jenayah termasuk bunuh dan tembak berleluasa di negera ini dengan kebanyakan kejadian berkenaan gagal diselesaikan polis.

Hannah juga meminta kerajaan Persekutuan tidak mempolitik isu polis bantuan di pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor kerana ia membabitkan keselamatan orang ramai.

Beliau juga menggesa semua pihak membuat semakan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) juga perlu bagi memastikan keberkesanan alat membantu mengatasi gejala jenayah.

“Semua PBT mesti semak CCTV mereka dan pastikan bantu selesaikan jenayah,” katanya.- FZL

Tiada ulasan: