Oleh Aspan Alias
Tun Dr Mahathir sudah memberikan reaksi terhadap anggapan Abdullah Badawi yang tindakannya membatalkan projek yang telah diambil semasa pentadbiran beliau (Mahathir) ialah untuk mengelakkan negara menjadi muflis.
Abdullah menjawab kenapa beliau membatalkan keputusan yang telah diambil oleh Mahathir apabila beliau (Abdullah) mengambil alih kepimpinan negara dalam wawancara beliau didalam buku ‘The awakening’ hasil kerja Professor Chin dan Welsh.
Saya sememangnya tertunggu-tunggu jawapan Dr Mahathir kerana kata-kata beliau sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi sememangnya menjadi minda saya untuk mengikutinya. Oleh kerana saya sejak tiga puluh tahun dahulu mengikuti setiap kata-kata dan kenyataan beliau , maka saya tahu dimana beliau bercakap benar dan dimana beliau berbohong atau dimana beliau bercakap untuk mengelirukan semua orang.
Beliau boleh berbahas dengan menggunakan bahasa yang kasar dan juga
boleh mengambil tindakan menyindir jika beliau sudah tidak mempunyai
ruang untuk membalas perbahasan musuhnya dengan tepat dan jelas.
Kali ini beliau menjawab tanggapan Abdullah Badawi itu dengan sindiran.
Beliau menjawab dengan menyindir Abdullah jika beliau (Mahathir)
bersara lama sebelum itu negara akan berada dengan wang yang menggunung,
tetapi Abdullah tidak juga dapat mempertahankan kemenangan tradisi BN
dengan majoriti 2/3 dalam pilihanraya ke12 yang lalu.
Mahathir berkata, jika beliau berhenti jauh sebelum tarikh yang beliau
sebenarnya bersara dahulu beliau membayangkan yang negara tidak akan ada
KLCC, jambatan P Pinang, Putrajaya, KLIA dan berbagai-bagai projek
raksaksa yang kita lihat sekarang ini.
Bagi saya diantara Mahathir dengan Abdullah pergesiran mereka bukan
kerana perjuangan. Sebenarnya Mahathir merasakan Abdullah tidak
menunjukkan sikap berterima kasih kepada beliau (Mahathir) dengan
secukupnya. Beliau mahukan Abdullah terus-terusan menunjukkan perasaan
bersyukur yang tidak terkira kerana menjadi Perdana Menteri diatas
pilihan beliau (Mahathir). Mahathir tidak mahu setakat Abdullah
mengucapkan terima kasih sahaja. Mahathir mahu Abdullah sentiasa
berhutang budi kepadanya dan sentiasa ‘berzikir’ dan ‘mengtauhidkan’
beliau ‘in perpetuity’.
Itu sebabnya setelah Abdullah mengambil keputusan membatalkan projek
jambatan bengkok itu, beliau mengambil isu itu sebagai alasan untuk
memulakan serangan terhadap Abdullah. Sebenarnya Mahathir sudah
mempunyai perasaan marah dan kecewa terhadap Abdullah hanya sebulan dua
selepas Abdullah mengambil pimpinan negara. Pembatalan projek jambatan
bengkok itu hanya di jadikan penyebab untuk menyerang dan melepaskan
perasaan marah dan kecewa beliau sahaja.
Dr Mahathir kecewa dengan Abdullah kerana Abdullah tidak menghormati
keputusan kerajaan pimpinannya sebelum ini dengan membatalkan apa yang
telah dipersetujui untuk dilaksanakan. Tetapi ini adalah perkara yang
biasa bagi seseorang yang mengambil alih pentadbiran baru. Mahathir
sendiri tidak menghormati banyak perkara yang telah dipersetujui oleh
Kabinet Hussein Onn sebelum beliau.
Kabinet Hussein Onn telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan
mana-mana kerajaan negeri atau mana-mana agensi kerajaan supaya tidak
menubuhkan syarikat yang menubuhkan Saham Amanah untuk memberikan
tumpuan kepada Sekim Amanah Saham Nasional yang diuruskan oleh Amanah
Saham Nasional Bhd sahaja.
Selain dari ASNB tidak dibenarkan mana-mana pihak menubuhkan sekim
amanah kerana ia akan membantutkan usaha terancang untuk memindahkan
hasil kekayaan negara kepada Bumiputra. Kerajaan hanya bersetuju untuk
membenarkan sekim Amanah yang diurus oleh TKMB (Tabung Kumpulan Modal
Bumiputra) yang di urus oleh Amanah Saham MARA Bhd sahaja.
Tetapi Mahathir mengenepikan keputusan ini apabila mengambil alih
kepimpinan negara dan membenarkan banyak negeri-negeri menubuhkan Amanah
Saham mereka sendiri seperti Amanah Saham Terengganu, Selangor, Johor
dan banyak lagi agensi-agensi kerajaan lain menubuhkannya.
Hasilnya berbillion wang Bumiputra telah hilang kerana masing-masing
mempunyai pasaran Bumiputra yang sama. Hasilnya semua sekim amanah yang
bercambah itu telah mengalami kerugian dan ditutup operasinya. Orang
Melayu kerugian berbillion ringgit wang simpanan mereka yang tidak
seberapa itu.
Sebenarnya ‘kesilapan’ Abdullah hanyalah mengecewakan kehendak peribadi
Dr Mahathir sahaja. Abdullah tidak sedar yang beliau telah dipilih oleh
Dr Mahathir kerana Mahathir merasakan beliau boleh di perlakukan apa
sahaja oleh beliau (Mahathir) kerana Mahathir masih banyak agenda
peribadi beliau dan memerlukan Abdullah untuk memberikan ruang bagi
mendapatkannya.
Dr Mahathir tidak tahu yang Abdullah walaupun seorang yang lembut,
tetapi lembutnya Abdullah tidak boleh disudu oleh Dr Mahathir. Abdullah
sememangnya seorang yang bukan mudah mendengar kata-kata nasihat
Mahathir kerana beliau juga tahu niat dan kehendak Mahathir itu
selalunya bertentangan dengan aspirasi rakyat yang ramai.
Akhirnya siapa sahaja yang menjadi pilihan Dr Mahathir adalah pilihan
salah dan akhirnya Mahathir juga yang akan berusaha menurunkan mereka
yang beliau naikkan. Musa Hitam pilihan beliau, akhirnya Musa juga tidak
sesuai dengan beliau. Musa digantikan dengan Ghaffar, akhirnya beliau
memilih Anwar untuk menumpaskan Ghaffar. Selepas itu beliau juga sedar
yang Anwar juga bukan pilihan yang betul bagi beliau maka Abdullah lah
yang dijangka orang yang paling sesuai untuk menggantikan beliau.
Apabila Abdullah menjadi gantian kepada beliau, Abdullah juga tidak
sesuai, maka dari persaraan beliau menyuruh arah Muhyiddin untuk
bergerak menolak Abdullah kerana akhirnya beliau berhasil mendapatkan
gantian kepada Abdullah, iaitu Najib.
Sekarang ini sudah dipanggil ramai perwakilan UMNO oleh Dr Mahathir dan
mengkritik Najib pula. Najib juga tidak betul kepada Dr Mahathir.
Mungkin kali ini Mahathir hendak menaikkan Muhyiddin pula. Ramai pasti
yang Muhyiddin juga akan menjadi pilihan yang salah jika Mahathir masih
hidup sehingga umur 100 tahun.
Pendeknya jika kita menerima pilihan Mahathir keadaan negara tidak akan
menjadi aman politiknya. Pilihan-pilihan Mahathir semuanya pilihan yang
salah.
Kenapa pilihan Mahathir itu salah?
Jawapannya mudah kerana pemilihan Dr Mahathir oleh Hussein Onn sebagai
pengganti beliau itu adalah pilihan yang salah. Dr Mahathir sentiasa
menuduh timbalannya yang salah kerana pemilihan beliau sendiri oleh
Hussein Onn itu dianggapkan oleh ramai orang-orang lama dalam UMNO itu
sebagai pilihan yang salah.
Fomula bagi membuat pilihan yang betul elok dipilih mereka yang dari awal Mahathir tidak suka atau cemburui. Kita mengaku yang semua pilihan beliau itu adalah pilihan yang salah. Yang mana Dr Mahathir tidak suka itu, itulah dia pilihan yang secocok dengan politik dan negara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan