Isnin, 5 Ogos 2013

Penemuan baru kes tembakan pengasas AmBank

OLEH MUZLIZA MUSTAFA

Polis mendedahkan perkembangan penyiasatan pembunuhan pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi (gambar) selepas membongkarkan identiti penembaknya hari ini.

Penembak dikatakan merupakan penarik kereta berusia 44 tahun.

 Ketua Siasatan Jenayah Datuk Ku Chin Wah berkata polis turut menjumpai sepucuk pistol separa automatik Smith dan Wesson yang dipercayai kepunyaan penembak itu.

“Walau bagaimanapun, senjata itu dipercayai bukan digunakan untuk membunuh Hussain Najadi,” kata Ku.

Polis menggeledah rumah penembak berkenaan dan menjumpai pengenalan diri dalam beg penembak.

“Kami percaya dia masih berada dalam negara,” katanya yang menambah polis telah mengedarkan gambar suspek minggu lalu yang mengesahkan polis kini berada di landasan yang betul.

Berhubung pemandu teksi yang ditahan pada Isnin lalu, Ku berkata pemandu berkenaaan membawa polis ke sebuah apartment di Brickfields di mana senjata tadi dijumpai.
 
Pemandu itu memberitahu polis, seseorang telah mengarahkannya menyembunyikan senjata berkenaan.
 
Hussain, 75, ditembak ketika sedang menuju ke keretanya di kawasan letak kereta di Jalan Ceylon.
 
Hussain terbunuh di tempat kejadian sementara isterinya yang berusia 44 tahun terselamat selepas ditembak di peha dan lengan.

Tiada ulasan: