SINAR HARIAN
Annuar Musa
KOTA BHARU - Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa mengesahkan
beliau akan bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi Umno pada
pemilihan parti Oktober depan.
Annuar berkata beliau membuat keputusan untuk bertanding pada pemilihan parti selepas memenangi kerusi Parlimen Ketereh pada pilihan raya umum lepas 'berehat' satu penggal pada 2008.
"Apabila kembali sebagai anggota Parlimen, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjadi pembuat dasar. Saya buat keputusan untuk tawarkan diri bertanding sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno.
"Namun, ia terpulang kepada kira-kira 150,000 wakil cawangan untuk membuat keputusan memilih siapa," katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar The Red Warriors bersama pengamal media di sini semalam. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan