Polis meminta anak lelaki pengasas kumpulan perbankan Arab Malaysia, Hussain Ahmad Najadi (gambar), untuk datang ke negara ini bagi membantu siasatan berhubung kematian bapanya, yang ditembak mati, Isnin lalu.
"Jadi kita minta dia datang ke negara ini tampil beri maklumat. Itu lebih baik.
"Bila dia tidak berada di negara ini, dia tidak tahu apa yang terjadi," katanya selepas menyertai kempen Op Selamat dan lawatan tinjauan mesra di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, malam tadi.
Isnin lalu, Hussain Ahmad, 75, terbunuh sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir selepas meninggalkan sebuah tokong di Lorong Ceylon.
Pascal Najadi semalam dilaporkan berkata bahawa pembunuhan bapanya bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi dirancang lebih awal.
Beliau juga dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan datang ke Malaysia sehingga suspek yang membunuh bapanya ditangkap.
Sementara itu, Mohmad berkata polis percaya suspek kes tembak berkenaan masih berada di negara ini.
"Kita masih menjejaki suspek. Pasti ada orang kenal dia. Jika anda ada maklumat bantulah kita salurkannya kepada balai polis berhampiran," katanya.
Beliau berkata polis percaya dapat menyelesaikan kes itu dalam masa terdekat. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan