Mahkamah di Malaysia memecah rekod apabila menganugerahkan bayaran kos
setinggi RM150,000 apabila membuang petisyen pilihan raya tahun ini,
lebih tinggi berbanding nilai kelazimannya kira-kira RM20,000.
Majlis Peguam, peguam dan bekas pegawai kehakiman berkata, kos yang
tinggi dengan pembuangan petisyen berikutan kesilapan teknikal memberi
gambaran bahawa hakim menghukum calon dan pengundi berkenaan serta tidak
menggalakkan litigasi diambil ke peringkat lebih tinggi dengan
menggunakan kerugian berbentuk kewangan untuk menakut-nakutkan pihak
terbabit.
Mereka berkata, petisyen pilihan raya tidak boleh disamakan dengan kes
sivil dan komersial iaitu kos dianugerahkan pada bantahan permulaan dan
sebelum ini tidak ada jumlah kos yang terlalu tinggi dianugerahkan.
Peguam senior, Karpal Singh, yang berpengalaman mengendalikan petisyen
pilihan raya berkata, kos yang dianugerahkan sebelum ini kurang daripada
RM20,000 dan kos itu tidak bermaksud untuk membuat mana-mana pihak
kaya.
“Secara idealnya, ia patut kos yang minimum, atau setiap parti patut
diperintahkan untuk menanggung kos masing-masing,” katanya kepada The
Malaysian Insider di Kuala Lumpur, minggu ini.
Tetapi, ini tidak terjadi kepada keputusan terkini pada Khamis apabila
mahkamah pilihan raya menganugerahkan RM150,000 selepas membenarkan
bantahan permulaan untuk kerusi Kuala Berang, Terengganu.
Hakim yang bersidang bagi petisyen kerus Pasir Panjang di Perak turut
memerintahkan pempetisyen untuk membayar kos RM120,000 kepada tiga
responden termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Bagi petisyen pilihan raya yang difailkan bagi kerusi persekutuan Balik
Pulau di Pulau Pinang, mahkamah memerintahkan bayaran RM120,000.
Pengerusi Majlis Peguam, Christopher Leong, berkata petisyen pilihan
raya adalah membabitkan kepentingan rakyat dan tidak patut disetarakan
dengan kes sivil atau komersial.
“Petisyen adalah untuk menjaga kepentingan awam, kos yang dianugerahkan tidak sepatutnya terlalu tinggi.
“Ia juga penting untuk dinyatakan bahawa hampir semua petisyen dibuang tanpa meneleti merit kes,” katanya.
Leong berkata, kos yang tinggi memberi tanggapan seolah-olah mahkamah menghukum litigant.
Beliau berkata, majlis bimbang petisyen yang dibuat hanya kerana
masalah teknikal dan sudah tiba masanya pemeriksaan semula yang lebih
komprehensif dilakukan.
Seorang peguam senior yang enggan namanya didedahkan, berkata jumlah kos yang tinggi hanya berlaku jika ada perbicaraan.
“Kos yang tinggi akan dipertimbangkan jika perbicaraan mengambil masa beberapa hari da nada memanggil saksi,” katanya.
Peguam, Malik Imtiaz`Sarwar, berkata ada pengecualian daripada petisyen pilihan raya yang pernah dikendalikan sebelum ini.
“Perkara interlokutori dalam kes komersial dan sivil sekali pun,
biasanya mahkamah tinggi akan memerintahkan beberapa ribu ringgit
sahaja,” katanya.
Pengerusi Bersama Bersih, Ambiga Sreenevesan, berkata penghakiman itu
memberi mesej yang negative kepada orang awam dnegan mengenakan kos yang
lebih tinggi.
Katanya, pihak yang tidak berpuas hati akan takut untuk mendapatkan keadilan kerana faktor kos.
“Ia tidak menggalakkan seseorang melaksanakan hak asas untuk membuat
rayuan,” katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
Bekas ketua Majlis Peguam itu turut berkata, kos yang dianugerahkan
kepada pihak yang menangi adalah bagi menampung sebahagian perbelanjaan
sepanjang kes berlangsung dan trend terkini
Katanya, kos yang terlalu tinggi itu adalah cara untuk menafikan hak terhadap mendapatkan keadilan.
Ambiga berkata, calon dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat dan
mahkamah tidak patut mengenakan kos yang tinggi kerana ia adalah satu
bentuk hukuman.
“Ini mematahkan semangat seseorang untuk pergi ke mahkamah dan meneruskan ke peringkat rayuan,” katanya.
Beliau juga mempersoalkan mengapa SPR memohon mendapatkan kos sedangkan
ia adalah tugas mereka untuk mengendalikan pilihan raya yang bebas dan
adil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan