Selasa, 2 Julai 2013

SPR diberi seminggu dedah pembekal dakwat kekal

Mohd Arif Juhani

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberikan masa seminggu untuk mendedahkan nama syarikat pembekal dakwat kekal dalam parlimen atau bakal mendapat malu besar.

RafiziPengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, SPR ada jawapan kepada persoalan itu manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah menubuhkan panel penyiasat.

“Saya sudah buat kenyataan dalam dewan untuk mempercepatkan proses itu supaya SPR dan SPRM segera mengambil tindakan sewajarnya.

“Apabila ia mula didedahkan di luar, ia akan lebih memalukan mereka.

“Jadi saya beri masa seminggu kepada SPR,” ujar Ahli Parlimen Pandan kepada Keadilandaily.

Rafizi sebelum ini mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa syarikat pembekal itu  milik rakyat Singapura yang tiada pengalaman berkaitan.

Manakala modal  menguruskan pembekalan dakwat kekal melalui dana seorang ahli perniagaan dari Kampung Baru.

Tiada ulasan: