Khamis, 25 Julai 2013

Selangor Syaratkan 30% Wanita Sebagai Ahli Majlis Di Setiap PBT


Datuk Teng Chang Khim 30persen Wanita Sebagai Ahli Majlis Di Setiap PBT

SHAH ALAM  : Kerajaan Negeri mensyaratkan setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus Ahli Majlis di kalangan wanita untuk penggal akan datang.

Ia merupakan salah satu kriteria yang diperlukan pada pemilihan Ahli Majlis PBT yang akan bermula pada 1 Januari 2014.

Selain itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim berkata, tempoh perkhidmatan Ahli Majlis juga tidak boleh melebihi daripada empat tahun atau dua penggal berturut-turut.

Katanya, antara syarat minimum adalah mesti berumur 21 tahun ke atas, dan memiliki kelayakan minimum akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan menetap sekurang-kurangnya lima tahun di bawah PBT berkenaan.

Pembahagian kuota juga hendaklah 75 peratus merupakan calon daripada parti politik, manakala 25 peratus daripada calon Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Calon NGO hendaklah daripada organisasi berdaftar dan namanya hendaklah dicadangkan oleh organisasi berkenaan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Tiada ulasan: